Di zaman sekarang ini di mana media menyalurkan berbagai berita dari luar negara, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kita membaca laporan tidak tepat yang disampaikan oleh mereka.

Contoh terkini yang dapat dilihat dengan jelas adalah bagaimana media barat memutar belit laporan mereka sewaktu menyampaikan berita tentang cubaan rampasan kuasa dan menumbangkan Presiden Erdogan oleh sekumpulan tentera Turki baru-baru ini.

Berikut antara media yang terlibat:

1. The Independent

salah-lapur-media-1

The Independent nampaknya bekerja keras untuk kelihatan seperti berat sebelah terhadap Erdogan.

Perkataan ‘Treason’ yang bermaksud perkhianatan diletakkan tanda ‘quote’  agar rampasan kuasa tentera terhadap kerajaan yang memerintah meninggalkan sedikit ruang untuk orang awam merasa ragu-ragu sama ada ia adalah satu jenayah terhadap kerajaan.

2. The Telegraph

salah-lapur-media-2

The Telegraph sejak dari awal telah mula memuat naik laporan yang menghalalkan tindakan puak tentera dengan melabelkan mereka sebagai ‘guardians of Turkey’s secular constitution‘ yang bermaksud penjaga bagi perlembagaan sekular Turki.

Pasukan tentera ini digambarkan mempunyai niat baik, bukan sebagai pengkhianat kepada pakaian seragam tentera dan negara mereka.

3. The New York Times

salah-lapur-media-3

The New York Times memutuskan detik-detik awal cubaan rampasan kuasa sebagai saat yang baik untuk mengelirukan pembaca mereka dan mengingatkan para penyokong Erdogan yang pemimpin mereka adalah pemimpin unik autoritarian.

Sekali lagi, kerajaan Turki yang memerintah telah dilabel sebagai tidak begitu sah dan cubaan melalui laporan media adalah untuk mengurangkan bahang daripada cubaan rampasan kuasa tersebut.

4. The Times of Malta

salah-lapur-media-4

The Times of Malta pula telah memilih untuk pergi lebih jauh dan turut bersama dengan penerbitan lain, memuat naik di tweeter – sumber EU yang tidak dinamakan berkata bahawa rampasan kuasa adalah “mungkin berjaya.”

Tindakan memaparkan berita yang tidak sahih dan kekurangan sumber yang legit telah mencalar integriti kewartawanan dan penerbitan terutama di saat dan masa yang sensitif.

Ia merupakan satu pengkhianatan terhadap tanggungjawab kewartawanan. Ini secara tidak langsung membantu komplot rampasan kuasa dan memberikan gambaran seolah kumpulan tentera yang terlibat telah menang.

5. Sputnik News

salah-lapur-media-5

Sputnik News dari Rusia tidak menggambarkan mereka bersama kumpulan penentang, tetapi telah memaparkan orang awam yang sanggup menggadai nyawa turun ke jalanan dan berdemonstrasi menentang rampasan tentera sebagai ‘meraikan’ sepertimana yang tercatat di dalam buku propaganda USSR.

Sekali lagi, penerbitan berterusan dan secara konsisten oleh mereka menggambarkan pro-pemberontak dan anti-demokrasi.

6. The Daily Beast

salah-lapur-media-6

The Daily Beast dan banyak lagi penerbitan lain turut memaparkan berita tidak berasas dengan mengatakan Erdogan telah mendapat perlindungan suaka politik bukan daripada satu , tetapi 2 negara Eropah.

Namun diwaktu yang sama mereka juga turut memuat naik di Tweeter – Erdogan telah mendarat di Istanbul meskipun bandar itu bergegar di bom.

Sebagai jurnalist seharusnya mereka tahu, jika Erdogan telah meninggalkan Turki, pastinya tentera yang masih taat kepada presiden ini akan menyerah diri kerana menyangka kerajaan telah tumbang.

Dan disebalik semua salah lapor ini, mereka masih terus menerbitkan berita tidak berasas dan tidak sekali pun memohon maaf serta menyiasat siapakah yang telah memberikan laporan yang tidak tepat kepada mereka dan kenapa boleh berlaku sedemikian.

7. Vox

salah-lapur-media-7

Slogan Vox adalah ‘Understand The News‘. Mereka sepatutnya membawa slogan ‘understand the news, the way WE want you to understand it.’

Dengan menyediakan senarai seperti di atas, mereka telah memberikan pembaca informasi tidak lengkap.

Malahan mereka turut memasukkan kerja-kerja ‘hack’ yang secara terang-terangan merupakan pandangan berat sebelah. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ini bukanlah kerja kewartawanan, tetapi penyebaran propaganda seperti mana di bawah.

salah-lapur-media-8

salah-lapur-media-9

8. Fox News 

salah-lapur-media-10

Fox News memang diketahui ramai dengan agenda propaganda mereka. Antara menyediakan laporan bagaimana kerajaan sedia ada berusaha untuk mengawal situasi vs cubaan rampasan kuasa oleh tentera yang akan membawa ketidakstabilan sesebuah negara, mereka selalunya memilih untuk melaporkan yang nombor 2.

Sekurang-kurangnya Fox News taklah cuba berlakon seolah mereka memberikan laporan yang adil.

9. The Independent

salah-lapur-media-11

The Independent (sekali lagi) mengambil satu langkah ke hadapan dengan meletakkan satu artikel membincangkan teori konspirasi bahawa segala-galanya adalah satu penipuan oleh kerajaan di bawah pimpinan Erdogan seperti yang telah dilakukan oleh Nazi sebelum ini.

Rupa-rupanya jika sesuatu berita atau artikel itu adalah anti Erdogan, maka itulah yang akan menjadi bahan terbitan mereka tak kira sama ada ia berita gila, tidak berasas mahupun pandangan xenofobia.

10. Business Insider

salah-lapur-media-12

Dan akhirnya bila rampasan kuasa telah gagal, media barat kembali melaporkan berita seperti mana sebelum cubaan rampasan berlaku – Erdogan terlalu autoritarian dan kejam.

Seolah tiada kematian telah berlaku, tiada laporan bahawa kediamannya pernah dikepung oleh kereta kebal, parlimen telah dibom dan berapa ramai anggota polis telah terbunuh di ibu pejabat pemerintah.

Ye, Erdogan bukanlah seorang yang tiada salah dan silap. Sebagai seorang ahli politik pastinya ada kesilapan dan kekurangan yang telah beliau lakukan sebagai pemimpin negara.

Isu-isu bagaimana Erdogan menangani puak pemisah Kurdish, masalah ekonomi, sekatan media – semua ini seharusnya dilaporkan oleh media barat sebagaimana mereka melaporkan isu-isu yang sama di negara di mana media ini berpangkalan.

Nampaknya kata-kata Malcolm X ini memang tepat dan kena dengan apa telah berlaku di atas:

The media’s the most powerful entity on earth. They have the power to make the innocent guilty and to make the guilty innocent, and that’s power. Because they control the minds of the masses.” – Malcolm X

Oleh itu, sebagai pembaca seharusnya kita berfikir sebelum mempercayai sesuatu berita. Malahan, jika terdapat sumber lain yang boleh dijadikan rujukan alternatif itu adalah lebih baik.

Antara pilihan yang ada, adalah dengan mengikuti upate terkini oleh rakyat Malaysia yang menetap di Turki. Antara yang boleh anda jadikan sumber rujukan adalah Khalid Pattali dan Asyraf Farique yang menetap dan menjalankan perniagaan di Istanbul.

Baca lagi: 20 Dosa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan Yang Dibenci Oleh Musuhnya