Ada suara sumbang mengatakan pusat cuci kenderaan tak penting. Sebab orang boleh cuci dirumah. Saya senyum saja. Saya tak nafikan kerana ada betulnya. Cuma pasti ada sebab kenapa kami selaku pengusaha pusat cuci kereta meminta untuk beroperasi.

Point utama sudah pastinya kerana kami memerlukan pendapatan kerana pendapatan kami bergantung daripada pusat cuci kenderaan. Kalau kata ini mementingkan diri kami, saya senaraikan kenapa kami minta atau berpendapat pusat cuci kenderaan perlu beroperasi.

1. Pusat cuci kenderaan kebiasaanya menyediakan perkhidmatan cuci enjin. Mana2 kenderaan yang akan ke PUSPAKOM perlu enjinnya dibersihkan. Kalau kami tak buka, bagaimana kenderaan yang memerlukan pemeriksaan PUSPAKOM hendak cuci enjin?

125463757_189951072671924_3122610365337523656_n

Sumber: Saiful Bahari II

2. Tidak semua orang duduk di rumah teres. Kebanyakkan penduduk di rumah apartment, flat dan kondo mencari pusat cuci kenderaan untuk mencuci kenderaan kerana tempat mereka tiada ruang cucian kenderaan.

3. Kereta terlalu kotor dan berdebu akan menyebabkan kerosakkan pada kenderaan. Contoh kesan minyak, kesan tar, kesan calar, kesan watermark pada cermin dan beberapa kesan sampingan lain serta terdapat sebahagian pembersihan memerlukan orang yang mahir dan peralatan yang betul.

4. Penyediaan cuci dalaman kenderaan. Kita tidak sangka bila-bila masa kejadian tidak diingini boleh berlaku seperti anak kencing dalam kereta, muntah, air tumpah, minyak tumpah dalam kenderaan dan sebagainya.

125519475_189951562671875_5177103431578051950_n

Sumber: Saiful Bahari II

Oleh yang demikian, mereka memerlukan pusat cucian kenderaan untuk membersihkan kerana ia memerlukan peralatan yang sesuai. Bolehkah nak biarkan muntah dalam kenderaan berminggu-minggu?

5. Sebahagian orang di kampung, akan mengunakan kenderaan peribadi untuk masuk kebun. Jadi mereka perlu membersihkan kenderaan setiap hari untuk membuang sisa tanah atau lumpur di bahagian bawah kenderaan serta ianya perlu dibersihkan mengunakan tekanan air yang tinggi dan bahan kimia yang sesuai.

6. Setiap pusat cuci kenderaan ada yang bekerjasama bersama bengkel kenderaan, aksesori kenderaan, dan pusat pameran kenderaan. Kerana pihak-pihak ini akan menghantar kenderaan untuk dibuat polish,coating dan wax atau rujuk point nombor 3 dan 4. Maka, bila mana mereka beroperasi tapi pusat cuci kenderaan tidak dibenarkan beroperasi pastinya seakan tidak sempurna bukan?

7. Baik pulih dalaman kenderaan. Jika rujuk point nombor 4, ia adalah minor. Jika baik pulih major, kerusi dan karpet perlu ditanggalkan jika setiap kenderaan punya masalah serius seperti kerosakkan soundproof di bahagian cockpit yang menyebabkan air masuk daripada. bawah

144019976_239979664335731_2803545609960137004_n

Sumber: Saiful Bahari II

Hal ini turut mengundang kepada pembiakan lipas dan serangga yang serius sehinggakan meninggalkan bau. Masalah ini pastinya perlu disegerakan bagi mengekang masalah lebih serius seperti contoh, bahagian cockpit karat disebabkan air masuk.

8. Sebahagian bahan mentah akan rosak sebab tidak digunakan. Saya yakin, ketika pusat cucian kenderaan dibenarkan beroperasi tahun lepas, ramai pengusaha sudah mengunakan bahan-bahan mentah tertentu untuk beroperasi dan bahan mentah digunakan itu perlu dihabiskan dalam tempoh waktu tertentu.

Jadi jika dibiarkan, satu kerugian yang amat sangat pada semua pengusaha. Sebab kami tak jangka bila PKP dilaksanakan semula, pusat cucian kenderaan tidak dibenarkan beroperasi. Sudahlah pendapatan tidak ada, menangung pula kerugian bahan mentah.

9. Penyediaan sanitasi kenderaan. Setiap pusat cuci kenderaan ada menyediakan sanitasi kenderaan, lebih molek jika sanitasi kenderaan dilakukan oleh pusat cuci kenderaan kerana kami akan 100% melakukan pembersihan.

Bukan sekadar sanitasi tetapi mencuci bahagian luar dan dalam. Ini membuktikan, kenderaan yang masuk ke pusat cuci kenderaan akan keluar dalam keadaan bersih.

10. SOP yang selamat. Para pelanggan dan pekerja juga akan mengikut SOP seperti scan suhu, scan MySejahtera dan penyediaan hand sanitiser. Pihak pelanggan tidak akan bersentuhan dengan pekerja pusat cuci kenderaan. Kunci kenderaan akan ditinggalkan didalam kenderaan atau diletakkan di tempat disediakan. Ruang menunggu juga akan dipatuhi dengan jarak 1 meter.

Pusat cuci kenderaan juga akan mengikut pelan dari pihak majlis masing2 seperti penyediaan longkang kecil, zon cuci dan kering, serta perangkap minyak dan pembatasan kenderaan.

Berikut merupakan 10 sebab mengapa pusat cuci kenderaan sepatutnya dibenarkan beroperasi. Kongsikan jika anda setuju atau berikan komen anda mengenai pembukaan pusat cuci kenderaan sewaktu PKP.

Ketahui juga kes yang sedang tular minggu ini melibatkan seorang pensyarah yang memakki dan mendoakan pemandu lain dijangkiti COVID-19 selepas dikatakan membuat pusingan-U secara merbahaya.

Buat Pusingan-U Secara Merbahaya, ‘Pensyarah’ Ini Maki Dan Doakan Pemandu Lain Dijangkiti COVID-19

Asyik Menari Dengan Lagu ‘Bang Jago’, Wanita Ini Tak Sengaja Rakam Rampasan Kuasa Di Myanmar

Artikel di atas disumbangkan oleh Saiful Bahari II. Belia merupakan seorang pengusaha kepada pusat cuci kenderaan. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka