Senarai individu paling kaya di Malaysia sudah keluar menerusi Forbes Malaysia dan Robert Kuok menduduki tempat pertama, 11 kali berturut-turut dengan nilai aset bersih RM42.1 billion. Robert yang kini berusia 92 tahun tidak bermasalah untuk duduk di tangga pertama walaupun ada aset beliau yang mengalami penyusutan sejak beberapa tahun ini.

Pemilik Maxis dan Astro, Ananda Krishnan di tangga kedua dengan nilai kekayaan RM31.2 billion. Saham Astro sedikit terjejas ekoran kedatangan Netflix di Malaysia Januari yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar AS, 2016 adalah tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia. Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan mereka.

Jadi mari kita lihat senarai 10 orang terkaya di dunia.

1. Robert Kuok (RM42.1 billion)

1.kuok

2. T. Ananda Krishnan (RM31.2 billion)

2. ananda

3. Tan Sri Quek Leng Chan (RM22.3 billion)

3. quok

4. Tan Sri Teh Hong Piow (RM19.6 billion)

4. teh

5. Tan Sri Lee Shin Cheng(RM19.4 billion)

5

6. Tan Sri Lim Kok Thay (RM19.2 billion)

6

7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (RM9.5 billion)

7

8. Tan Sri Lau Cho Kun (RM6.5 billion)

88

9. Tan Sri Syed Mokhtar (RM6.1 billion)
9

10. Datu Surin Upatkoon (RM4.8 billion)

10

Antara individu ternama dalam senarai ini adalah anak Tun Dr. Mahathir, Mokhzani Mahathir di tangga ke-28 dengan nilai kekayaan RM2.02 billion, boss Air Asia, Tony Fernandes di tangga ke-45 dengan nilai RM969 juta dan pemilik Cardiff City, Vincent Tan di tangga ke-17 dengan nilai kekayaan RM3.8 billion.

Individu paling muda (39 tahun) dalam senarai 50 orang ini adalah cucu kepada Loh Boon Siew (pengasas Boon Siew Honda), Loh Kian Chong di tangga ke-37 dengan nilai kekayaan RM1.15 billion. Jika anda mahu lihat senarai penuh 50 orang paling kaya di Malaysia, boleh lihat di sini.