KLCC merupakan antara bangunan ikonik yang membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia. Apabila pelancong dari luar datang ke Malaysia, pastinya mereka akan singgah ke KLCC untuk bergambar dan membeli-belah, serta rakyat Malaysia juga tidak terlepas untuk turut serta.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Semestinya terdapat pelbagai tarikan lain yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang boleh dikunjungi seperti Aquaria KLCC, Tugu Negara dan banyak lagi. Malah, ada segelintir yang pergi ke Kuala Lumpur hanya untuk bermalam di hotel yang memiliki infinity pool dan berlatar belakangkan KLCC.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter diyanasabri telah berkongsi beberapa tempat yang sesuai untuk anda lepak, dinner date dan meeting. Menariknya, tempat-tempat yang dinyatakan olehnya menampakkan bangunan ikonik KLCC. Jadi, mari kita lihat perkongsiannya di bawah ini:

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Tempat yang sesuai untuk dinner date dan sambutan hari lahir:

1. Thirty8, Grand Hyatt
2. Horizon Grill, Banyan Tree
3. Troika
*Nota: Untuk Thirty8 dan Horizon Grill, kebiasaannya harga untuk dua orang RM400 dan keatas

Tempat yang sesuai untuk lepak:

1. Marinis, 57
2. Vertigo, Banyan
3. W hotel
4. Helipad

Tempat yang sesuai untuk meeting:

1. Four Seasons Hotel Lounge
2. Blackbyrd.kl, Naza Tower
3. Mandarin Oriental Lounge

View this post on Instagram

Playing tourist πŸ‡²πŸ‡Ύ

A post shared by diyana | 20 πŸ‡²πŸ‡Ύ (@diyanasabri) on

Anda pasti teruja setelah ketahui tempat-tempat ini, bukan? Pasti anda ingin pergi sendiri dan merasai pengalaman serta mengambil gambar dengan banyak.