Penggemar drama bersiri di Netflix pastinya mengetahui siri apa yang sedang trending kini dan menjadi tempat rujukan rakan-rakan. Terbaharu Netflix UK & Ireland baharu sahaja mengeluarkan senarai siri paling banyak ditonton sepanjang bulan April dalam kalangan penonton.

Senarai tersebut menunjukkan 10 filem, siri, dokumentari, program realiti dan rancangan bukan berbahasa Inggeris paling banyak ditonton di United Kingdom bulan lepas. Menurut kenyataan Netflix, 10 siri terbaik ini dikira sebagai satu tontonan sekiranya ditonton 70% daripada satu episod.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Netflix UK juga memberitahu mereka sedang dalam tempoh untuk menghasilkan senarai 10 siri terbaik secara mingguan bermula minggu ini. Mungkin Netflix boleh mengeluarkan senarai siri dan file terbaik yang ditonton di seluruh dunia tidak lama lagi.