Mendapatkan smartphone dengan prestasi terbaik antara yang diidamkan buat para pengguna. Tidak kiralah sama ada anda seorang yang gemar bermain game mahupun seorang yang kerap multitask, mendapatkan smartphone yang smooth sememangnya menjadi suatu kepuasan.

Dalam mendapatkan smartphone yang mampu beraksi dengan baik, selain daripada spesifikasi, laporan daripada Antutu juga turut menjadi rujukan. Untuk pengetahuan anda, Antutu merupakan aplikasi khas untuk mengetahui tahap prestasi sesuatu smartphone. Kebolehan untuk memproses data serta spesifikasi yang hebat antara yang menjadi kriteria buat ujian Antutu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memandangkan 2016 sudahpun tamat, aplikasi Antutu telah mengeluarkan laporan bagi 10 smartphone dengan prestasi terbaik sepanjang 2016.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Antutu jelas menunjukkan iPhone 7 Plus dan iPhone 7 mendahului sebagai smartphone dengan prestasi paling baik dan ‘power‘. Tidak dilupakan juga kedua-dua model ini berkongsi platform yang sama iaitu iOS.

Agak menarik untuk melihat 7 daripada smartphone yang berada di dalam carta 10 terbaik ini semuanya berpengkalan di Asia. OnePlus 3T selaku smartphone yang dikeluarkan pada bulan terakhir 2016 berjaya mempunyai rekod tertinggi untuk platform Android.

Lebih mengejutkan Google Pixel selaku ‘Best Android Smartphone Of The Year’ juga tidak tersenarai di dalam carta. Malah, ini merupakan tempat Google Pixel bagi kategori 10 smartphone Android dengan prestasi terbaik sepanjang 2016.

Google Pixel XL dan Google Pixel sekadar berada ditempat kesembilan dan terakhir di dalam carta dan berikut merupakan jawapan bagi mengapa smartphone yang dikatakan terbaik Android ini tidak berada setidaknya di dalam kelompok lima terbaik.

Mengapa laporan Antutu bukanlah ukuran utama?

Untuk memahami dengan lebih mendalam, Antutu Benchmark mengukur smartphone hanya berdasarkan spesifikasi. Dalam erti kata lain, jika smartphone tersebut mempunyai processor terhebat dan RAM tertinggi, smartphone tersebut adalah juara?

‘Eh, tapi iPhone cuma ada 3GB RAM dan berjaya dipilih sebagai juara?’. Jawapannya terletak pada processor quad-core Apple A10 Fusion. Kecekapan untuk memproses data serta penggunaan platform iOS membolehkan iPhone 7 Plus beraksi dengan sangat baik.

Google Pixel pula masih smartphone Android yang terbaik dengan penggunaan Stock Android dimana masalah melibatkan bug dan lag dapat dikurangkan dengan lebih efisyen.

Dalam pada itu, dikatakan syarikat Meizu dan OnePlus dimana kedua-duanya merupakan syarikat daripada China dilaporkan cuba menipu dengan memaparkan markah yang lebih tinggi Antutu yang lebih tinggi daripada sebenar.

Berdasarkan pengalaman saya menggunakan model terbaru Meizu dan OnePlus 3 boleh saya katakan masing-masing mampu beraksi dengan baik. Kerja melibatkan multitasking juga berjalan dengan lancar meskipun didapati mengelat di dalam ujian Antutu.

Smartphone apakah yang anda gunakan ketika ini? Adakah anda berpuas hati dengan smartphone anda berdasarkan harga yang spesifikasi yang ditawarkan? Kami tertarik untuk mengetahui kriteria yang anda gunakan untuk memilih sebuah smartphone.

Sumber