Sebelum mahu memulakan bisnes, anda perlu fikir baik-baik tentang bisnes yang mahu dimulakan itu. Tapi setelah berbuat demikian, anda masih ragu-ragu sama ada mahu buat bisnes atau tidak. Kenali diri anda. Ini adalah 10 soalan dari Richard Branson yang patut dijawab oleh anda yang mahu memulakan bisnes:

1. Adakah anda memberitahu kepada semua orang bahawa anda ialah seorang usahawan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Usahawan jarang mempunyai masa untuk mengumumkan kepada dunia bahawa mereka adalah usahawan kerana mereka terlalu sibuk dan memberi tumpuan kepada bisnes.

2. Apakah anda mengusahakan bisnes sepenuh masa, atau itu adalah matlamat anda?

Keusahawanan bukan satu peranan kerja separuh masa atau mengisi masa di antara waktu bekerja makan gaji. Anda tentukan sama ada anda nak berada di dalam bisnes sepenuh masa dengan matlamat untuk menjadikan bisnes anda itu berjaya atau ia tidak akan bertahan dalam jangka masa panjang. Jika anda mahu jaminan kerja dan bekerja 9am hingga 5pm, lupakan sahaja niat jadi usahawan!

3. Apakah yang memotivasikan anda untuk melancarkan bisnes anda?

Anda bukan usahawan jika anda mahu bisnes kerana wang. Memang benar kita perlu jana pendapatan tetapi ia tidak boleh jadi sebab utama kita berbisnes. Kita fokus mengusahakan bisnes dan wang itu akan datang mengalir kepada kita sendiri satu hari nanti.

4. Apakah matlamat anda untuk bisnes anda?

Biasanya usahawan tidak mula dengan visi untuk membina syarikat yang besar. Contoh Richard Branson hanya mahu buat muzik dan Steve Jobs mahu bina komputer. Gabungkan contoh ini bersama soalan nombor 3, anda akan faham.

5. Adakah takut gagal memberhentikan anda daripada mencuba idea-idea anda?

Usahawan tidak takut gagal. Mereka akan belajar dari kegagalan yang dihadapi dan teruskan usaha. Henry Ford dan Walt Disney pernah muflis gara-gara mengejar impian mereka. Kini, Ford dan Disney menjadi satu perniagaan besar dan jenama yang dikenali di dunia.

6. Adakah anda risau dengan apa yang orang fikirkan tentang anda?

Soalan ini kesinambungan dari soalan nombor 5. Jika anda ada masalah untuk berdepan dengan risiko atau kritikan, dunia keusahawanan tidak sesuai dengan anda. Anda perlu kuat menghadapi tentangan terutama orang yang anda kenali. Contoh Jack Ma yang berani menyuarakan ideanya dan hanya sebilangan kecil sahaja yakin dengan idea itu. Jack Ma meneruskan ideanya dan kini dia menjadi billionaire.

Video: Jack Ma Sedang Membentangkan Idea Bisnesnya Kepada Kawan-kawannya Pada Tahun 1999

7. Adakah anda mengalu-alukan perhatian?

Usahawan perlu menjadi muka utama untuk bisnes dan syarikatnya. Jika anda tidak bersedia dengan itu semua, mungkin ada baiknya anda bekerja untuk orang lain. Jangan risau jika anda pemalu atau gementar bercakap di depan khalayak ramai kerana Richard Branson telah berjaya mengatasinya.

8. Adakah pekerja anda perlu melakukan segala-galanya dengan cara anda?

Jika anda jenis pengurus “my way or the highway”, anda tidak akan menjadi seorang usahawan. Seorang usahawan perlu ada kebolehan untuk bekerjasama dan delegasi.

Baca: 18 Sebab Kebanyakan Orang Jadi Usahawan

9. Adakah anda percaya kepada diri sendiri dan idea-idea anda?

Usahawan perlu mempercayai naluri mereka dan tidak akan terjejas apabila idea berani mereka diserang, yang kebiasaannya di atas sebab-sebab yang munasabah.

Semasa Virgin Records menjadi bisnes utama Richard Branson dan rakan kongsinya, Branson telah memulakan syarikat penerbangan. Ramai kata itu idea gila apabila orang bidang muzik mahu terlibat dengan industri penerbangan. Jika Branson termakan dengan kata-kata tersebut, pasti Virgin Atlantic Airways tidak wujud pada masa kini.

Usahawan perlu ada semangat keusahawan, sentiasa laparkan peluang, keinginan yang tinggi, keberanian dan kegilaan.

10. Adakah anda sedikit gila?

Jika anda tidak ada kegilaan, mungkin anda tidak sesuai menjalani kehidupan seorang usahawan. Terdapat banyak cara yang bermanfaat dan jauh kurang berbahaya untuk mencari nafkah, tetapi sedikit yang menyeronokkan. Kegilaan itu menyeronokkan dan ganjarannya berganda untuk dinikmati.

Sumber: Virgin

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram