Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini nyata memberikan kesan kepada kita semua terutama sekali golongan usahawan dan ahli perniagaan.

Ada perniagaan yang dahulunya berjalan lancar terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan ada juga yang ditutup buat selama-lamanya.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Untuk meneruskan kehidupan dan survival perniagaan, pelbagai cara dilakukan para usahawan dan perniagaan di saat dunia sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.

Antaranya adalah menceburi bidang perniagaan baru seperti yang dilakukan pengusaha katering, Baharuddin Mohamed yang kini menceburi bidang penternakan.

Kisahnya menceburi bidang penternakan telah tular di media sosial selepas berkongsikan bagaimana kanopi yang digunakan untuk kerja kahwin sebelum ini ditukar menjadi reban ternakan ayam kampung.

cb3

Baharuddin Mohamed bersama ayam kampung yang diternaknya

“Ramai orang tanya kenapa saya pasang kanopi kahwin dalam kebun. Siap ada polis datang ingat saya ada buat kerja kahwin.

“Saya jawab ‘saya pasang kanopi sebab nak bela ayam’. Berkerut abam polis tu,” kongsinya.

143328365_3953096098034783_4183603379170375260_o

Kanopi ‘kerja kahwin’ yang diubah menjadi kandang ayam. FOTO: FB COach BAhar

Terkesan dengan pandemik

Berkongsi kepada The Vocket, Baharuddin menjelaskan idea untuk menjadikan kanopi tersebut timbul selepas perniagaannya sebelum ini terkesan dengan pandemik.

Menurutnya, perniagaan katering yang diusahakan sejak sepuluh tahun lalu itu menerima sambutan yang baik sebelum mula terjejas dengan penularan wabak ketika ini.

“Saya buat katering ini sudah lama. Sebelum ini dalam satu minggu (Sabtu dan Ahad) lebih kurang enam kerja kahwin.

“Sekarang ini bila pandemik majlis tiada dah dekat setahun, jadi saya tukar strategi (perniagaan) memandangkan pandemik ini tidak boleh selesai dengan cepat,” kongsinya.

Walaupun beralih bidang daripada perkhidmatan katering kepada penternakan, namun beliau menjelaskan ianya bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya. Ini kerana beliau juga pernah mengusahakan sistem fertigasi dan penanaman sayur sebelum ini.

“Jadi saya bela ayam untuk kapasiti (penduduk) kampung saya dekat sini. Jadi kita dapat murahkan harga ayam itu.

“Mungkin harga ayam kampung dekat luar boleh mencecah RM20 seekor, saya boleh jual dengan harga RM15 seekor secara lelong dimana kita boleh kurangkan harga sebab tiada orang tengah dan buat makanan ayam sendiri,” jelasnya.

Perusahaan ternakan ayam kampung itu menurutnya lagi pada masa turut mampu memberikan impak sosial kepada masyarakat setempat di mana mereka sebelum ini pernah menjual sehingga 5,000 ekor ayam dalam masa sehari.

Baca juga perkembangan semasa media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Azmeer Yusof Rasa Bersalah Terlepas Pandang Jiran Susah, Mahu Bina Rumah Baru Buat Mak Cik Ini

Rider Dan Orang Ramai Kumpul Duit Hadiahkan Basikal Buat ‘foodpanda Walker’ Di Kulim

‘Boss Susu’ Jawab Isu Pegangan Saham Yang Kecil Bersama Syarikat Tenusu

Anda Mungkin Suka