Seringkali kita melihat kes melibatkan wang lesap adalah disebabkan kecuaian sendiri atau disebabkan digodam pihak ketiga. Walau bagaimanapun, lain jadinya pada kali ini apabila wang yang disimpan adik lelakinya di Maybank lesap RM40 ribu.

Melalui perkongsian tweet daripada @ChinBabad, beliau yang pada awalnya mengesyaki kehilangan wang yang berlaku adalah disebabkan aktiviti godam telah ke Maybank untuk mendapatkan pertanyaan lanjut.

Berdasarkan maklum balas daripada pihak bank, Maybank menjelaskan aktiviti ini bukanlah disebabkan aktiviti godam sebaliknya mengatakan berpunca daripada adik lelakinya. Beliau turut membuat laporan polis serta meminta pihak bank untuk bekukan akaun beliau untuk mengelakkan lebih banyak transaksi yang tidak diingini berlaku.

Beliau turut mengongsikanĀ bukti transaksi yang dibuat pihak ketiga dimana dua transaksi bernilai RM20,000 ke akaun berbeza dilakukan melalui platform DuitNow.

Berdasarkan perkongsian beliau, netizen tertanya-tanya apakah bank tidak mempunyai respon terhad isu yang berlaku. Terdapat juga yang bertanya adakah beliau tidak menerima sebarang nombor TAC berikutan transaksi dilakukan ke atas akaun beliau.

Sebaliknya beliau mengesahkan adiknya tidak menerima sebarang mesej berkenaan nombor TAC. Masalah ini nampaknya turut terjadi kepada beberapa individu yang berkongsi masalah yang sama.

https://twitter.com/LoungersLala/status/1185043690273656832

Setakat ini kes ini masih lagi dalam usaha untuk diselesaikan mangsa. Walau bagaimanapun, berdasarkan perkongsian netizen serta isu melibatkan DuitNow, adalah lebih baik sekiranya anda lebih berhati-hati dalam memasuki berkongsi username dan kata laluan perbankan atas talian anda.

Selain itu, adalah lebih baik sekiranya mengambil langkah berhati-hati dengan merendahkan had transaksi DuitNow bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini melibatkan jumlah wang yang besar.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi kisah melibatkan scam pengguna melibatkan Agoda. Turut dikongsikan bagaimana gaya cool peguam ini dalam menangani scammer. Klik pautan di bawah untuk membacanya.

Disyaki ‘Scam’ Pengguna, Netizen Serang Laman Facebook Agoda

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer