Cuti sekolah datang lagi. Pasti ramai ibu bapa yang mahu bawa anak-anak bercuti dan berseronok sambil mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

Kali ini kami ingin kongsikan 10 taman tema yang menarik dan seronok untuk dikunjungi di sepanjang cuti sekolah kali ini.

1. Sunway Lagoon

theme-park-1

Terletak di Bandar Sunway , Selangor, lokasi ini mungkin agak strategik untuk ibu bapa yang tinggal di kawasan Lembah Klang.

Antara yang ditawarkan adalah Water Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park, Cleopatra dan Hi-Dive.

Boleh check info lengakp di website Sunway Lagoon

Jom tonton video Sunway Lagoon ini.

 

2. Desa Waterpark

theme-park-7

Jangan tertipu dengan namanya. Desa Waterpark ini terletak di Kuala Lumpur, bukan di desa. Hehe.

Yang menarik di sini adalah gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt.

Info lanjut ada di website Desa Waterpark.

Jom tonton video Desa Waterpark ni. Layan.

 

3. Taman tema i-City

theme-park-3

Taman Tema i-City ini terletak di Shah Alam.

Taman tema ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu taman tema air yang menyediakan gelongsor Tornado Ride setinggi 7 tingkat bangunan,  Wave Pool, River Adventure dan Giant Jacuzzi

Nak main salji? Tak perlu pergi jauh lagi sebab dah ada di i-City.

Untuk lebih banyak info tentang i-City, anda boleh cek di website i-City

Jom layan video snow walk di i-City ni.

 

4. Legoland Malaysia

theme-park-4

Terletak Nusajaya, Johor, taman tema ini merupakan Legolang pertama di Asia.

Nak rasa tinggal dalam rumah lego? Anda boleh cuba menginap di hotel di Legoland ini untuk pengalaman yang unik dan berbeza.

Info tentang Legoland ada di website Legoland.

Jom lihat preview Legoland ini.

 

5. Lost World of Tambun

taman-tema-5

Terletak di Perak, selain dari taman tema air, Lost World of Tambun juga mempunyai zoo yang mempamerkan 400 jenis haiwan.

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang Lost World of Tambun disini.

Jom lihat apa yang ada di sini.

 

6. Bukit Merah Lake Town Resort

theme-park-5

Satu lagi taman tema di perak ialah Bukit Merah Lake Town Resort.

Selain dari mandi manda di sini, ada juga boleh lihat orang hutan dan berseronok di ecopark.

Info lanjut, sila ke web Bukit Merah Lake Town Resort.

Jom tonton video tentang Bukit Merah Lake Town Resort ini.

 

7. Gold Coast Morib

theme-park-9

Berhampiran dengan pantai Morib, selain dari bermain di taman air, anda juga boleh menikmati paorama senja atau matahari naik di sini jika anda menginap di resort yang di sediakan di sini.

Info lanjut, sia le website Gold Coast Morib.

Ini serba sedikit video tentang Gold Coast Morib

 

8. Genting Theme Park

theme-park-6

Menyediakan indoor theme park dengan berbagai jenis permainan. Kiranya kalau ke sini hujan pun tiada masalah, anda masih boleh bermain di bahagian indoor theme park di sini.

Anda boleh dapatkan info lanjut tentang Genting Theme Park di sini.

Jom lihat apa yang ada di Genting Theme Park ini.

 

9. Wet World Water Park

theme-park-2a

Terdapat di 3 lokasi :
1. Shah Alam (Selangor)
2. Pedas (Negeri Sembilan)
3. Batu Pahat (Johor)

Tiket masuk ke Wet World ini boleh dikatakan agak lebih murah berbanding taman tema air yang lain.

Untuk info dan harga, anda boleh cek di website mereka : Wet World Water Park

Jom tonton preview tentang Wet World ni

 

10. A Famosa Resort

theme-park-8

Terletak di Melaka,selain dari boleh mandi manda, taman tema ini juga menawarkan Safari Wonderland bagi memberi peluang kepada anak anda melihat haiwan-haiwan yang terdapat di sini.

Info lanjut, sila ke website A Famosa Resort.

Jom tonton apa yang A Famosa ni ada.

Dah pilih mana satu nak pergi pada musim cuti sekolah kali ini?

Like page The Vocket di Facebook