Hipster adalah golongan manusia yang sukakan pakaian, muzik, makanan dan aktiviti yang di luar kebiasaan masyarakat. Bak kata orang putih, di luar konteks social mainstream. Ini bermakna jika anda seorang hipster, anda mesti membenci atau menentang arus perdana masa kini yang diikuti masyarakat.

Hunter Killer Cover
HYPE
Peperangan Bawah Laut Dan Darat Penuh Aksi Gempak Dan Mendebarkan Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Tonton: Majlis Perkahwinan Indie Di Malaysia

Perkataan ‘hipster’ ini berasal dari perkataan ‘hepcat’ yang pernah digunakan pada tahun 1940an yang menggambarkan orang putih kelas pertengahan yang bergaya seperti pemuzik orang kulit hitam. ‘Hepcat’ bermaksud seseorang yang bergaya atau suka berfesyen terutama di kalangan mereka yang meminati muzik jazz dan muzik popular. Kemudian, perkataan itu berevolusi menjadi ‘hipster’ yang mula digunakan pada tahun 1990an dan menonjol pada tahun 2010an. Gaya hipster juga berevolusi dari tahun ke tahun.

Tonton: Hipster Di Malaysia

Evolusi hipster 2000 – 2009

pastemagazine.com

pastemagazine.com

Evolusi hipster 2010 – 2015

pastemagazine.com

pastemagazine.com

Majoriti mengakui ramai orang yang berpersonaliti hipster tidak akan mengakui dirinya hipster. Ini kerana mereka hanya mahu kelihatan unik dan mempunyai identiti sendiri dengan mendokong falsafah-falsafah yang di luar kebiasaan masyarakat.

beta.diylol.com

beta.diylol.com

Manakala, hal-hal yang diperkatakan sebagai hipster pada hari ini ada berkemungkinan tidak akan selamanya menjadi hipster thingy kerana perkataan itu akan gugur sesudah ia diterima pakai oleh majoriti masyarakat. Ikut trend terbaru sebelum ia menjadi mainstream adalah hipster?

Oh! Confuse!

Apa itu hipster dan ciri-ciri seorang hipster?

Secara amnya, hipster tidak mahu berada di dalam kehidupan majoriti masyarakat. Mereka tidak mahu melakukan perkara yang sama sepertimana dilakukan oleh majoriti masyarakat. Mereka tidak mahu dipaksa berfikir seperti majoriti masyarakat kerana mereka mempercayai daya pemikiran mereka bersifat intelektual dan luarbiasa. Hipster juga mempunyai sifat berani menterjemahkan perbezaan diri mereka dengan tidak melakukan norma-norma yang diamalkan oleh majoriti masyarakat.

Namun, definisi hipster dan ciri-ciri hipster masih samar-samar. Hipster itu boleh jadi apa sahaja asalkan ia ada elemen cool. Benarkah?

Ini 10 tanda anda seorang hipster.

1. Lebih memilih mengayuh basikal atau berjalan kaki atau menaiki bas berbanding memandu kereta.

pastemagazine.com

pastemagazine.com

2. Suka baca label barang dan teruja dengan label pensijilan organik atau produk yang mempunyai bahan semulajadi.

3. Tak kisah kalori tetapi kisah berapa banyak aktiviti work out dibuat dalam setahun. Aktiviti itu mestilah yang mencabar, dan mengaktifkan adrenalin seperti memanjat dan berkayak.

pinterest.com

pinterest.com

4. Temujanji dibuat melalui teks sahaja. Suka romantik, dating cara orang lama, bersantai dan membuat sesuatu yang mengujakan (lihat poin 3).

5. Suka minum kopi. Jika minum teh, pilih teh pu-erh/teh hijau. Dan suka smoothies. Bekas minuman unik.

gizmodo.com

gizmodo.com

6. Instagram jadi pilihan utama hipster. Mudah muatnaik gambar ke semua laman sosial yang lain dengan hanya satu klik sahaja di Instagram. Caption pula bertentangan dengan gambar yang dimuatnaik. Apakah?

pinterest.com

pinterest.com

7. Suka membeli di kedai vintage atau kedai barangan terpakai. Harga murah tetapi berbaloi dan kelihatan unik.

Baca: Adakah Ini Ragam Anda Ketika Membeli-Belah?

8. Menyelamatkan binatang liar, mengamalkan diet pemakanan minoriti (contoh: vegan/vegetarian) dan suka menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

9. Dekorasi tempat tinggal memaparkan barangan yang jarang-jarang dilihat atau unik. Dinding juga dipenuhi bingkai gambar dan ada perabot buatan tangan.

theflatdecoration.blogspot.com

theflatdecoration.blogspot.com

10. Tidak mengaku diri anda seorang hipster. Malah, anda sedang menafikan diri anda seorang hipster selepas membaca ini semua.

quickmeme.com

quickmeme.com

Anda boleh klik Share dan tag nama kawan-kawan yang anda rasa mereka adalah hipster (tapi tak mengaku!).

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group