Berapa ramai yang akan melompat kegirangan bila kita nampak AirAsia buat promo tiket flight gila-gila? Mesti ramai kan? Aku adalah salah seorangnya. Tapi, kalau waktu biasa tanpa sebarang promo, bisakah (Sheila on 7 sangat bunyinya!) kita nak dapat tiket flight murah? Bisa aja dong, ikuti 10 selok-belok ini dan InsyaAllah, ia akan membuahkan hasil. Bookmark dan kongsi post ini dengan rakan BFF anda ya, orang kata sharing is caring gitu!

1. Everywhere

Screenshot_1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cara ini boleh dipakai kalau kita guna Skyscanner. Letak saja “Everywhere” dalam carian dan nak lagi best? Tarikhnya pula letak “Cheapest month“. Skyscanner akan beri kita senarai lokasi-lokasi termurah pada bulan termurah. Cara ini lebih sesuai kalau kita baru nak mencari destinasi travel dan bukan untuk targeted location.

2. Selasa / Tengahari

Flight pada Jumaat malam dan Sabtu malam akan jadi paling mahal. Selasa tengahari sebaliknya, akan lebih menjimatkan poket travel anda. Sebabnya, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa akan keluarkan harga jualan tiket minggu mereka seawal Selasa tengahari. Terbang untuk flight tengahari juga akan jadi lebih murah dari terbang pada waktu awal pagi dan malam.

3. 7 Minggu / 18 Minggu

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Skyscanner dan CheapAir, 7 minggu adalah tempoh terbaik untuk penerbangan jarak dekat dan 18 minggu pula untuk penerbangan jarak jauh. Elakkan dari tempah terlalu awal dan juga last-minute booking.

4. Incognito Mode

2

Mungkin ramai dah pernah dengar tentang travel hack ni. Mesti ada yang pernah perasan, kali pertama cari tiket flight, harganya RM250 contohnya. Kali kedua kita datang ke flight booking website yang sama dan untuk penerbangan yang sama, tiba-tiba harga tiket naik jadi RM270. Ini fungsi Incognito Mode, syarikat penerbangan tak boleh manipulasi internet history kita untuk menaikkan sedikit harga dengan sewenang-wenangnya.

5. Perbandingan Harga

3

Walaupun aku selalu pakai Skyscanner, tapi aku akan bandingkan harga flight dengan beberapa flight booking website seperti Expedia, Kayak, Momondo dan sebagainya. Sebab kadang-kadang tu, Expedia boleh jadi lebih murah dari Skyscanner atau Momondo tawar harga paling tinggi berbanding yang lain. Rujuk poin seterusnya dulu sebelum anda nak tempah terus dari third-party companies ini.

6. Rujuk Harga Di Laman Web Rasmi Airlines

Rujuk di laman web third-party macam Skyscanner tu memang memudahkan kita, boleh nampak semua harga yang ditawarkan dalam satu page. Tapi, rajin-rajinkanlah menyinggah di laman web rasmi syarikat penerbangan dan bandingkan harganya juga. Sebab ada flight di Skyscanner contohnya, mengecas booking fee dan ada juga flight deals yang boleh didapati di laman web rasmi airline saja.

7. Satu Airlines Vs Multiple Airlines

Aku akui, terbang dengan satu airline dengan direct route lebih mudah dari terbang dengan multiple airlines. Tak perlu nak keluar masuk imigresen untuk transit atau menunggu berejam di ruang transit. Tapi, contoh terbaik aku boleh beri di sini adalah flight aku ke Tbilisi dari Kuala Lumpur. Direct flight dengan Turkish Airlines ketika itu adalah RM2200-RM2300. Flight aku hanya RM1500 saja, dengan terbang dengan multiple airlines.

8. 24 Hour Rule

Sebaik saja anda tempah tiket penerbangan, dalam masa 24 jam, rajinkanlah cek kalau ada harga tiket flight yang lebih murah tetiba muncul lepas tu. Kalau anda tempah melalui Skyscanner, anda boleh sign up untuk flight price alert. Kalau terma dan syarat dalam tiket penerbangan menyatakan anda boleh buat full refund dalam masa 24 jam tanpa sebarang cancellation fee, anda boleh batal tiket flight anda dan tempah tiket yang lebih murah. Tapi ingat, dalam masa 24 saja.

9. Teknik Layover

6

Selok-belok cara ini agak nakal sedikit. Aku sarankan hanya untuk berani saja. Aku pun pernah buat, pernah juga plan backfired. Begini, selalunya kita akan gunakan destinasi kita sebagai destinasi terakhir untuk kapal terbang mendarat, bukan? Berbeza dengan cara ini, kita menggunakan destinasi kita sebagai destinasi transit. Tiba saja di destinasi transit, kita terus menuju ke balai ketibaan dan bukan menuju ke bahagian penumpang transit. 2 benda anda kena ingat sebelum nak pakai cara ini, tiada daftar masuk bagasi dan hanya untuk penerbangan sehala saja.

10. Jangan Tempah Tempat Duduk

10

Teknik ini juga untuk pada yang sanggup. Selagi tempoh penerbangan aku tak lebih dari 3 jam,  aku tak kan tempah tempat duduk dengan bajet airline. Selain Airasia, kebanyakan bajet airline seperti Transavia, Ryanair akan mengenakan cas tambahan untuk pilihan tempat duduk. Nasib aku baik setakat ini, kebanyakan tempat duduk rawak aku dapat adalah window seat. Jarang dapat tempat duduk di bahagian tengah.