Bila bercuti, ada yang lebih suka ke tempat sejuk dan dingin. Di samping mahu rehatkan badan dan minda, tempat begini juga selalu menjadi pilihan mereka yang mahu berbulan madu.

Andai bajet tidak mengizinkan untuk anda bercuti ke negara 4 musim, Indonesia boleh dijadikan pilihan alternatif kerana di negara ini juga ada lokasi yang sejuk dan dingin.

Kami senaraikan 10 tempat berikut untuk anda pilih, sama ada sekadar untuk bersantai hinggalah ke lokasi ekstrim yang kaya alam semulajadi, khas buat pencinta alam. Pilih saja mana satu yang berkenan di hati anda, cari tiket ke sana dan terbang.

1. Taman Nasional Lorentz, Papua

lokasi-sejuk-indoneesia-1

lokasi-sejuk-indonesia-3

lokasi-sejuk-indonesia-2

lokasi-sejuk-indonesia-4
Sumber gambar: cinaynww di Instagram

Merupakan 1 daripada 3 tempat di dunia yang mempunyai glasier dan salji di kawasan beriklim tropika, berkunjung ke Taman Nasional Lorentz bagaikan berada di tempat unik dan terasing.

Dianugerah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1999, Taman Nasional Lorentz yang terletak di Papuan ini juga merupakan taman negara terbesar di Indonesia, iaitu  seluas 2.4 juta hektar.

Dikatakan juga, masih banyak lokasi di taman negara ini yang tidak dipetakan dan tidak dijejaki manusia. Ia juga mengandungi spesis tumbuhan dan haiwan unik yang sebahagiannya hanya terdapat di sini.

Setakat ini terdapat 630 spesies burung dan 123 spesis haiwan mamalia telah didokumentasikan. Lebih menarik di taman negara ini juga terdapat spesies kangaru dan wallabies yang berkeliaran bebas.

Bagi anda yang inginkan sesuatu yang lain, masih misteri dan sukakan keindahan alam, inilah tempatnya untuk anda jejak dan terokai. Apatah lagi Puncak Jaya yang terletak di Gunung Jayawijaya (di dalam taman negara ini) merupakan gunung tertinggi di Indonesia, dan tersenarai di dalam 7 gunung popular di dunia.

Disebabkan topografi melampau serta laluan yang mencabar untuk ke puncak, permohonan permit hendaklah dibuat sebelum anda dibenarkan mendaki di gunung ini.

2. Kampung Sampireun, Garut, Jawa Barat

lokasi-sejuk-indonesia-10

lokasi-sejuk-indonesia-11

lokasi-sejuk-indonesia-12

lokasi-sejuk-indonesia-13

lokasi-sejuk-indonesia-14

Dikelilingi hutan dan gunung, kompleks traditional Kampung Sampireun, Garut terletak kira-kira 7km dari Gunung Berapi Guntur. Lokasi ini juga tidak jauh dari Jakarta dan berada di Kabupaten Garut.

Dengan suasan romantis dan suhu dingin pergunungan di sini, ia adalah lokasi sesuai untuk yang mahu berbulan madu dan berehat bersama keluarga.

Bagi yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh mendaki Gunung Papandayan yang menyediakan hutan mati dengan suasananya yang misteri, dan di bahagian lain pula hamparan pemandangan bunga Edelweiss yang menarik.

Di sekitar sini juga ada 3 air terjun yang boleh anda kunjungi iaitu Curug Jagapati, Curug Cibadak dan Leuwi Jurig.

3. Bukit Ollon Bonggakaradeng, Tana Toraja

lokasi-sejuk-indonesia-15

lokasi-sejuk-indonesia-16

lokasi-sejuk-indonesia-18

Keunikana utama di sini adalah keindahan alam dan tradisi lama yang  masih diamalkan. Bukit Ollon Bonggakaradeng sekali imbas bila dilihat akan buat anda terasa bagi berada di Swiss.

Ditambah dengan cuaca dingin dan nyaman pergunungan, hamparan hijau padang rumput dan air sungai mengalir jernih, ia pasti memberi satu pengalaman baru buat anda. Bukit Ollon Bonggakaradeng juga digelar Bukit Tele Tubbies Tana Toraja.

Dan bukan itu saja, di sini juga ada ladang menternak kuda yang boleh anda kunjungi. Jika mahu lihat bintang di langit di malam hari pula, dirikan saja khemah di padang menghijau dan nikmati malam dingin ditemani suasana tenang dan cengkerik.

Di Puncak Buntu Burake, Makale pula terdapat patung besar Jesus Kristian yang berada di ketinggian 1.100 meter dari aras laut. Khabarnya, ini antara patung Jesus tertinggi di dunia. Tak perlu kita travel jauh hingga ke Brazil lagi, cukup ke negara seberang saja.

Selain daripada itu, budaya dan tradisi masyarakat Tana Toraja yang unik juga menjadi tarikan tersendiri untuk anda ke sini.

4. Pura Ulun Danu Bratan, Bedugul, Bali

lokasi-sejuk-indonesia-19

lokasi-sejuk-indonesia-20

lokasi-sejuk-indoneesia-21

Tempat dingin di Bali yang boleh anda kunjungi. Lebih menarik, ini adalah salah satu tempat yang dimasukkan ke dalam Rupiah Indonesia, iaitu wang kertas bernilai IDR50.000.

Keindahan dan suasana nyaman di tempat ini tidak dapat disangkal lagi terutama bila dinikmati sambil berperahu mengelilingi tasik.

Selain itu, di lokasi berhampiran terdapat Bali Strawberry Farm & Restauran untuk anda singgah hilangkan dahaga sambil menikmati straberry milk shake. Pasti terasa lebih enak bila ia adalah hasil dipetik sendiri sewaktu kita di ladang strawberry ini.

Di sini juga terdapat resort mewah iaitu Munduk Moding Plantation, yang diberi nama julukan ‘resort di atas awan’. Infiniti pool yang disediakan di resort ini bakal menjadikan percutian romantis anda lebih menarik, seolah berenang di atas awan.

Di samping itu, anda juga boleh singgah ke Air Terjun Sekumpul, lokasi di mana 7 air terjun mencurah jatuh berdekatan antara satu sama lain.

5. Malino Highlands, Sulawesi Selatan

lokasi-sejuk-indoneesia-22

lokasi-sejuk-indoneesia-23

lokasi-sejuk-indoneesia-24

lokasi-sejuk-indoneesia-25

Untuk ke sini sebenarnya sangat mudah. Hanya memerlukan pemanduan singkat dari Makassar, dan apabila sampai ke sini anda bakal dihidangkan dengan pemandangan dan landskap menarik.

Terletak di ketinggian 1,050m dari paras laut, Malino Highlands sesuai untuk percutian bersama keluarga dan bulan madu.

Antara aktiviti menarik di sini adalah paraglyding, menunggang kuda, trampolin, cross country running, festival layang-layang dll.

Kira-kira 5km dari Malino Highland pula, anda boleh berkunjung ke Air Terjun Takapala, atau dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai Air Terjun Jodoh yang memiliki ketinggian 100 meter. Jatuhan air terjun di sini juga selalu membentuk kabus setinggi 20 meter. Adakala lengkungan pelangi cantik menghiasi di sekitar air terjun turut terbentuk.

Baca: Sungai 2 Lapis, Obor-Obor Tak Berbisa Antara Tarikan Di Lokasi Tidak Popular Di Indonesia Ini

6. Kota Seribu Bunga Tomohon, Sulawesi Utara

lokasi-sejuk-indonesia-28

lokasi-sejuk-indonesia-26

lokasi-sejuk-indonesia-27

Lokasi yang menjadi pilihan ramai warga Sulawesi Utara kerana suhunya berkisar antara 18 – 20 darjah Celsius, nyaman, sejuk dan sesuai bagi yang ingin berbulan madu atau berehat. Lokasi Tomohan yang diapit 2 gunung, iaitu Gunung Lokon dan Gunung Mahawu menjadikan cuaca sentiasa dingin, ditambah dengan keindahan alam semulajadi.

Antara tarikan popular di sini adalah Danau Linow, yang mana airnya berubah 3  warna iaitu hijau, biru dan kuning coklat.

Disebabkan cuaca dan suhu di sini juga, banyak bunga yang hidup dan tumbuh liar di bandar ini hingga Tomohon digelar Kota Seribu Bunga. Festival bunga turut diadakan setiap tahun di bandar ini.

7. Danau Toba, Sumatera Utara

lokasi-sejuk-indonesia-45

lokasi-sejuk-indonesia-30

lokasi-sejuk-indonesia-31
Sumber gambar: debbysimarmata

lokasi-sejuk-indonesia-32

Siapa tak kenal tasik semulajadi terbesar di Asia Tenggara yang terbentuk hasil letupan gunung berapi beribu tahun dahulu. Udara segar, air tasik yang hijau kebiruan, dan suasana nyaman di sini pasti memberi satu perasaan damai bagi yang mahu berehat dan menikmati keindahan alam.

Di tengah tasik ini pula, ada Pulau Samosir (sebuah pulau di dalam pulau) yang menjadi tarikan utama para pelancong ke Danau Toba. Antara aktiviti menarik di sini adalah mendaki Pusuk Buhit, dan dari atas anda dapat lihat keindahan pulau ini, mandi di Pantai Pasir Putih Parbaba, melawat kampung Tuk Tuk, berbasikal di sekitar Pulau Samosir, paragliding di Kampung Martahan Janji, atau sekadar mencuba makanan tempatan di Kampung Tomok.

Dan jika ingin hangatkan badan selepas melalui cuaca dingin di sini, anda boleh berendam di kolam air panas semulajadi di Kabupaten Samosir.

8. Dataran Tinggi Dieng, Wonosobo, Jawa Tengah

lokasi-sejuk-indonesia-33

lokasi-sejuk-indonesia-35

lokasi-sejuk-indonesia-34

lokasi-sejuk-indonesia-36

Dataran Tinggi Dieng yang berada di ketinggian 2093 meter dari paras laut bukan hanya menawarkan cuaca sejuk, tapi juga adakala berkabus, menjadikan suasana di sini sungguh dramatik dan menarik.

Antara yang mesti anda kunjungi adalah Kawah Sikidang di Dieng Barat yang menyajikan pemandangan kontras menarik hasil gabungan antara asap belerang, hamparan bukit hijau dan tanah kapur.

Jika mahu melihat Telaga Warna dan Telaga Pengilon pula, anda boleh ke Batu Ratapan Angin (juga dikenali dengan nama Batu Pandang Dieng) untuk melihat kedua-dua tasik ini serentak. Selain daripada itu, anda juga boleh melihat dua tasik ini dari atas Jembatan Merah Putih.

9. Bandungan dan Ungaran, Semarang, Jawa Tengah

lokasi-sejuk-indonesia-38

lokasi-sejuk-indonesia-39

lokasi-sejuk-indonesia-40
Susan Spa & Resort.

lokasi-sejuk-indonesia-41

Kota Bandungan dan Ungaran yang terletak di Semarang ini merupakan kawasan yang sudah jauh dari pantai di Semarang, menawarkan cuaca dingin dan nyaman buat yang berkunjung ke sini. Sama ada mahu berehat atau sertai aktiviti lasak, keduanya ada di Kota Bandungan dan Ungaran.

Antara tarikan utama di sini adalah Candi Gedong Songoyang, terletak 1297 meter dari paras laut. Terdapat 9 kompleks bangunan candi di lereng gunung. Apabila dilihat di waktu pagi yang berkabus, ia kelihatan sangat misteri.

Anda juga boleh ambil gambar sambil menunggang kuda di sini, dengan berlatar belakangkan Candi Gedong. Gambar pasti nampak unik.

Pilihan penginapan dengan rekabentuk tradisional Indonesia beserta kemudahan lain turut ada di sini. Antara yang popular adalah Susan Spa & Resort yang sering menjadi pilihan mereka yang mahu beristirehat dan berbulan madu. Resort yang menyediakan kolam renang air panas ini turut dikenali kerana pakej ‘Spa on the Sky’, di mana anda boleh menikmati spa sambil melihat keindahan alam.

Bagi yang  gemarkan aktiviti lasak, anda boleh mendaki Gunung Ungaran, dan berkhemah di tapak perkhemahan Mawar.

10. Karanganyar, Solo, Jawa Tengah

lokasi-sejuk-indonesia-8
Candi Cetho
lokasi-sejuk-indonesia-7
Kampung Halloween di Bukit Sekipan.
lokasi-sejuk-indonesia-9
Air Terjun Grojogan Sewu

Bagaikan getaway to heaven, itulah yang sesuai digambarkan apabila anda berdiri di tangga Candi Cheto yang terdapat di lereng Gunung Lawu ini. Gerbangnya yang mirip Candi Pura Lempuyang di Bali menjadikan ia salah satu lokasi mesti dikunjungi jika anda ke Solo.

Selesai di Pura Lempuyang, anda boleh pula ke Kampung Halloween dan bergambar dengan hantu-hantu di sini. Haha. Usah takut, semua hantu di sini dibuat daripada patung. Yang penting ia pasti buat gambar Instagram anda kelihatan menarik.

Selain 2 lokasi di atas, anda juga boleh singgah di Air Terjun Grojogan Sewu. Aktiviti lain yang ada di sini termasuk kemudahan kolam renang dari aliran gunung dengan airnya yang dingin, flyfox dan gazebo untuk anda berehat dan bersantai.

AirAsia menyediakan 350 penerbangan seminggu ke 15 lokasi di Indonesia, menjadikan perancangan percutian anda ke negara seberang ini sangat mudah.

Kini AirAsia sedang menawarkan promosi tambang murah ke seluruh destinasi penerbangan mereka di Indonesia dari serendah RM79, untuk tarikh penerbangan dari sekarang hingga 30 April 2018. Tempahan sekarang di AirAsia.com.

Jika anda merancang travel ke Bandung, jangan lepaskan peluang ke 28 Lokasi Unik Ini.