Setelah lebih seminggu saya menjejakkan kaki di San Francisco, kali ini saya nak kongsikan 10 lokasi menarik yang wajib dilawati sekiranya berpeluang bercuti ke sini.

San Francisco sebenarnya terletak di dalam daerah California dan kebanyakan kawasannya adalah berbukit serta berhampiran dengan pantai.

San Francisco juga terkenal sebagai bandar IT kerana disinilah terletaknya Silicon Valley yang menempatkan kebanyakkan syarikat IT seperti Facebook, Pinterest, Cisco dan banyak lagi.

Walaupun banyak syarikat IT kat sini tapi tak bermakna San Francisco ni terlalu canggih dan takde tempat menarik. San Francisco ni begitu unik dan menarik sekali untuk dilawati kerana bandaraya San Francisco yang sungguh mixed culture dengan budaya lain seperti Asia.

1. Pier 39

bercuti-di-san-francisco-usa-1

Pier 39

bercuti-di-san-francisco-usa-2

Suasana kat sini sangat cantik dan tenang

bercuti-di-san-francisco-usa-3

Diantara kedai-kedai cenderahati dan seafood kat Pier 39

bercuti-di-san-francisco-usa-4

Kedai yang menjual peralatan dan pakaian sukan NFL dan banyak lagi

bercuti-di-san-francisco-usa-5

Banyak singa laut bersantai kat sini

bercuti-di-san-francisco-usa-6

Sea Lion tidur

Pier 39 ni terletak di kawasan bay area yang selalu menjadi tumpuan pelancong. Kawasan Pier 39 ni dibangunkan supaya menjadi destinasi shopping sambil bersantai menikmati pemandangan pantai yang indah.

Dari Pier 39 ni juga kita dah boleh nampak Alcatraz dan Golden Gate Bridge dari jauh. Memang banyak barangan yang unik kat sini yang takde dijual ditempa lain seperti cenderamata berbentuk Golden Gate Bridge, tshirt, topi NHL dan banyak lagi.

Kat Pier 39 ni juga terletaknya kedai Hard Rock Cafe dan terdapat banyak street performances.

Selain tu juga di Pier 39 kita boleh melihat singa laut setiap hari tanpa mengira masa. Sebenarnya, terdapat tempat khusus untuk singa laut ni berehat dan tidur kat sini.

Dengar kata, singa laut ni datang sendiri ke kawasan Pier 39 sehingga akhirnya pihak Pier 39 menyediakan tempat khusus untuk mereka. Saya boleh menghabiskan masa sehari suntuk di Pier 39 ni tanpa berjalan ke tempat lain.

2. Golden Gate Bridge

bercuti-di-san-francisco-usa-7

Bergambar di Golden Gate Bridgre

bercuti-di-san-francisco-usa-8

Cantik sungguh cuaca ketika ni.

bercuti-di-san-francisco-usa-9

Diantara cenderahati yang dijual

bercuti-di-san-francisco-usa-10

Boleh bergambar di park

Golden Gate Bridge ni merupakan landmark utama San Francisco. Jambatan berwarna merah ni sangat terkenal dan selalu muncul dalam filem-filem barat seperti X-Men, Spiderman dan banyak lagi.

Warna merah digunakan untuk mewarnakan jambatan ini kerana bagi memudahkan penglihatan kapal yang berlayar di kawasan sekitar kerana kawasan jambatan ni selalunya berkabus tebal.

Selain itu juga Golden Gate Bridge ni terkenal sebab ianya merupakan di antara jambatan paling mustahil untuk disiapkan. Lokasi paling hampir untuk melihat Golden Gate Bridge adalah di Golden Gate Park. Di sini kita bukan saja boleh bergambar bersama Golden Gate Bridge dari pelbagai angle, tetapi dapat juga membeli cenderamata.

3. Lombard Street

bercuti-di-san-francisco-usa-11

Lombard Street

bercuti-di-san-francisco-usa-12

Memang rare pemandangan kat sini

Agak pelik sebenarnya kenapa Lombard Street sangat terkenal dan menjadi salah satu tempat wajib untuk melawat. Lombard Street sebenarnya adalah jalan raya yang dibina secara bersimpang siur dan menuruni bukit.

Di kawasan sekitar Lombard Street terdapat banyak pokok-pokok bunga yang cantik menghiasi pemandangan ketika kenderaan menuruni Lombard Street.

Lombard Street menjadi tarikan ramai pelancong bukan saja kepada pelancong yang ingin bergambar berlatar belakangkan Lombart Street, tetapi juga menjadi tarikan kepada pelancong yang ingin memandu kenderaan menuruni Lombard Street.

4. Alcatraz Island

bercuti-di-san-francisco-usa-13

Alcatraz Island

bercuti-di-san-francisco-usa-14

Suasana di dalam penjara

bercuti-di-san-francisco-usa-15

Gambaran di dalam salah sebuah cell penjara

Alcatraz sebenarnya adalah sebuah penjara lama yang terletak di sebuah pulau berhampiran dengan San Francisco Bay.

Bermula sebagai pusat pertahanan tentera sehinggalah bertukar menjadi penjara, Alcatraz menyimpan 1001 jenis misteri dan ramai penjenayah terkenal pernah dikurung di sini. Sekarang Alcatraz tidak lagi dijadikan sebagai penjara dan telah dibuka kepada pelancong dari serata dunia.

Untuk ke Alcatraz, pengunjung haruslah menaiki feri dari kawasan Bay Area. Tour di Alcatraz sungguh berbeza dan unik sekali. Setiap pengunjung diberi alat pendengar dan tour dilakukan melalui audio yang dimainkan.

Setiap pengunjung akan dibawa oleh suara audio tour dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan audio tour tersebut menerangkan secara interaktif apa yang berlaku di setiap lokasi.

5. Walt Disney Family Museum

bercuti-di-san-francisco-usa-16

Di Walt Disney Family Museum

bercuti-di-san-francisco-usa-17

Plan Disneyland yang pertama

bercuti-di-san-francisco-usa-18

Meja pelukis Disney

bercuti-di-san-francisco-usa-19

Bersama lukisan frame by frame

bercuti-di-san-francisco-usa-20

Diantar merchandise pertama yang dihasilkan oleh Disney

Kalau biasanya saya hanya tahu mengenai Disneyland dan Mickey Mouse saja, tapi kali ni saya berpeluang ke Walt Disney Museum. Di sini kita boleh mengenal sejarah Walt Disney iaitu pengasas dan pencipta watak Mickey Mouse.

Museum yang berkonsepkan galeri interaktif ni menceritakan dari mula Walt Disney berkecimpung dalam dunia kreatif, melukis kartun di surat khabar sehinggalah berjaya mempopularkan Mickey Mouse dan seterusnya membangunkan Disneyland.

Walt Disney Museum ini merupakan hasil usaha dari waris Walt Disney dan ianya hanya terdapat di San Francisco sahaja.

6. Winchester Mystery House

bercuti-di-san-francisco-usa-22

Winchester Mystery House

bercuti-di-san-francisco-23

Banyak misteri di sini

bercuti-di-san-francisco-24

Melawat rumah Winchester bagi mengetahui sendiri misteri rumah lama ini

Terletak di selatan San Francisco, nama Winchester Mystery House jarang-jarang sekali disebut sebagai salah satu destinasi wajib di San Francisco.

Rugi kalau tak datang ke sini sebab rumah misteri Winchester begitu unik dan tak terdapat di tempat lain.

Pemilik asal rumah ini iaitu Sarah Winchester telah membina rumah yang besar dengan 160 bilik, 40 bilik tidur dan rumah ini tak pernah disiapkan sehinggalah Sarah meninggal dunia pada tahun 1922.

Sarah memang sengaja tidak menyiapkan rumah ini kerana menurut tukang tiliknya pada ketika itu, dia harus sentiasa membina rumah yang tidak akan siap bagi mengelakkan nasib malang yang menimpa dirinya. Terdapat juga teori lain yang menyatakan, Sarah membina begitu banyak bilik bagi mengelirukan roh hantu yang terdapat di dalam rumahnya.

Tour ke Winchester Mystery House ni mengambil masa lebih kurang 1 jam dan saya dibawa ke lokasi-lokasi penting dan setiap bilik-bilik serta bilik misteri.

7. Cable Car

bercuti-di-san-francisco-25

View dari dalam Cable Car

bercuti-di-san-francisco-26

Petugas Cable Car sedang bersiap sedia

bercuti-di-san-francisco-27

Cable Car merupakan salah satu tarikan utama di bandar San Francisco

Menaiki Cable Car sebenarnya adalah salah satu lagi perkara wajib yang harus dilakukan ketika melancong di San Francisco.

Saya menaiki Cable Car dari pusat bandar di Market Street dan dibawa sehingga penghujung laluan iaitu di Bay Area. Sebenarnya Cable Car ni bukanlah pengangkutan utama kat sini tetapi lebih kepada memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman menaiki Cable Car.

Cable Car begitu istimewa di sini kerana kebanyakkan jalan raya di San Francisco adalah berbukit-bukit. Orang yang mengendalikan Cable Car ni hanya perlu mengawal brek untuk berhenti dan menggerakkan Cable Car.

Kadang-kadang terasa macam naik roller coaster sebab ramai orang akan menjerit-jerit bila menuruni bukit yang curam.

8. Aquarium Of The Bay

bercuti-di-san-francisco-28

Besar betul mata ikan ni

bercuti-di-san-francisco-29

Ni Star Fish

bercuti-di-san-francisco-30

Ni Jerung yang lalu atas kepala kita je

bercuti-di-san-francisco-31

Di Aquarium of the Bay

Aquarium Of The Bay ni terletak di kawasan Pier 39 dan lokasi wajib yang seterusnya. Berbeza dengan akuarium di Malaysia, Aquarium Of The Bay kat sini memfokuskan kepada habitat hidupan laut yang terdapat di perairan San Francisco.

Contohnya seperti jerung putih, sotong, pari dan banyak lagi. Terdapat juga di beberapa bahagian, kita diberi peluang untuk memegang ikan pari serta binatang-binatang lain.

9. Painted Ladies

bercuti-di-san-francisco-35

Pemandangan Painted Ladies yang terkenal

bercuti-di-san-francisco-36

Rumah-rumah yang dikenali sebagai Painted Ladies

Siapa pernah tengok tv series Full House dulu? Kalau nak tahu, Painted Ladies ni terkenal kerana tv series Full House.

Painted Ladies ni sebenarnya adalah kawasan rumah yang berkonsepkan “Victorian” yang cantik dengan warna-warna yang ceria. Terdapat 6-7 buah rumah khusus yang dipanggil Painted Ladies yang mana sering muncul di dalam poskad-poskad.

Sekiranya gambar Painted Ladies ni diambil pada angle yang betul, ianya akan berlatar belakangkan bandar San Francisco dengan cantik.

10. Madame Tussauds San Francisco

bercuti-di-san-francisco-32

Jumpa Salena Gomez kejap

bercuti-di-francisco-38

Call me Steve Jobs

bercuti-di-san-francisco-33

Anne Hathaway

bercuti-di-francisco-33

Bergambar lagi

Siapa yang tak kenal dengan Madame Tussauds yang menempatkan patung-patung lilin selebriti serta orang ternama.

Sama seperti Madame Tussauds di tempat lain, kat sini kita boleh bergambar dengan banyak patung-patung lilin yang terkenal seperti Anne Hathaway, Barack Obama, Steven Spielberg, Steve Jobs dan banyak lagi.

Sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik di San Francisco, tetapi ini adalah diantara 10 destinasi yang menarik yang harus dilawati.

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Zarin. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤