Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Facebook Page Travel More Pay Less. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis asal. Semoga ia membantu anda yang ingin travel ke Negara China.

backpack-china-8

10 Tips Backpacking Overland China

1. China ni besar. Make sure korang decide betul-betul nak pegi belah mana. Setiap daerah China tu ada keunikan yang tersendiri.

2. Budget hotel banyak, hostel pun banyak. Nak walk-in pun tak ada masalah. Yang penting, standby 3 atau 4 nama hostel / hotel yang ada kat tempat yang nak pergi.

backpack-china-2

3. Tiket train boleh beli on the spot kat train station. Tapi kalau time korang pergi tu time public holiday China, better beli awal sehari / dua hari.

4. Kalau banyak masa, saya suggest untuk try naik train setiap class. Daripada ekonomi class sampai la ke 1st class. Kalau nak jimat, beli standing tiket, pastu bawak kerusi lipat. Bagi kita memang pelik, tapi bagi orang kat sana benda ni biasa je. Siap ada yang bentang paper baring bawah seat train.

Baca: Mengembara 3000 KM Di China Dan Selfie Setiap Hari, Lelaki Ini Terkejut Dengan Perubahan Wajahnya

backpack-china-3

5. Print siap-siap map sekali dengan alamat tempat nak pergi tu. Kalau boleh tulis dalam tulisan Cina. Nanti kalau sesat senang nak tanya orang.

6. Makanan halal banyak kalau di bandar Xian, Guangzhou, Beijing.

7. Jangan simply naik beca / teksi. Kalau naik teksi, pasti kan dia pakai meter. Kalau naik beca, pasti kan dah negotiate harga awal-awal.

Buddhist monk standing next to stone carvings

8. Kalau beli barang, tawar harga kalau boleh half price. Dorang memang suka letak harga tinggi. Lagi-lagi kalau tahu kita ni orang Malaysia. Kat Beijing especially, banyak scam dalam jual beli barang.

9. Sentiasa bawa wet tissue dan botol kosong. Kalau emergency boleh la ke public toilet. Tapi seeloknya selesai kan lah urusan kat tempat korang menginap. Hehe.

backpack-china-6

10. Kalau pegi ke tempat-tempat yang kurang public transport, boleh try pergi ke mana-mana hostel, tanya dorang punya tour. Masa di Pingyao, kami ikut tour Harmony Guesthouse. Memang lah mahal sikit, tapi berbaloi sebab tempat-tempat attraction tu jauh. Dan yang paling penting, keselamatan Insya Allah terjamin.

PS: Kalau ada orang tanya, selamat ke backpacking ke China? Jawapannya, selamat. Dulu saya pergi berdua je dengan travel buddy saya Anis Sabli . Dedua perempuan. Kami overland dari selatan China ke utara China selama 10 hari.

Baca lagi: 10 Gambar Pemandangan Indah Dari China Ini Buat Kami Mahu Bercuti Sekarang Juga


LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram