Minggu lepas, saya dan kawan-kawan (5 orang) mengembara ke bumi Kashmir, India. Jadi, saya nak kongsikan itinerari kami selama di sana, mana tahu boleh bantu sesiapa yang berminat nak backpacking / travel di Kashmir.

1. Dari New Delhi International Airport, kami ambil penerbangan (Jet Airways) ke Srinagar iaitu ibu negeri Jammu dan Kashmir, penerbangan ambil masa selama 1 jam 30 minit, masa dalam flight pun dah teruja sebab dapat tengok pemandangan bukit dan gunung yang dilitupi salji. Memang cantik.

2. Sampai-sampai di Srinagar Airport, isi borang pendaftaran untuk pelancong dan lepas tu terus jumpa dengan pemilik House Boat yang kami akan tinggal selama 4 hari, merangkap guide kami selama di Kashmir. Saya pilih Mr. Yusof dan nama House Boat dia, Gulshan Rose lepas dapat recommend daripada beberapa orang kenalan di group travel di Facebook.

3. Lepas angkat barang semua, Mr Yusof terus bawa kami pergi tengok Dal Lake. Memang teruja masa tu sebab background Dal Lake berlatarbelakang bukit bukau / gunung ganang yang bersalji. Lepas tu, Mr Yusof bawa kami pergi taman Pari Mahal Garden dan Nehru Memorial Botanical Garden.

Dengan latarbelakang gunung yang bersalji, gambar memang cantik sangat dan pemandangan memang indah. Huhu. Seperti biasa di musim sejuk, pokok-pokok semua jadi kering dan daun-daun semua gugur. Di taman ni pun, salji pun banyak turun.

Saya rasa kalau korang pergi masa musim bunga/panas, memang kawasan ni lagi cantik, sebab pada musim bunga, mereka akan tanam bunga Tulip pula. Lepas tu, kami pergi Masjid Hazratbal, antara masjid utama di Kashmir untuk solat dan ambil gambar sebanyak mungkin. Masjid ini terletak di tepi Tasik Dal.

4. Hari ke 2 kami di bumi Kashmir, kami pergi ke Sonamarg, yang terletak kira-kira 90 km dari bandar Srinagar. Disebabkan ini pertama kali kami pergi tempat yang sejuk dan bersalji, dia punya teruja memang luar biasa, sepanjang pemandangan memang indah (SubhanaAllah), dengan kawasan kampung dan rumah-rumah dilitupi salji.

Di Sonamarg, kami ambil pakej dan buat aktiviti horse riding hingga sampai ke Thajwas Glacier, Sonamarg. Dalam perjalanan pulang ke Srinagar, kami berhenti tengok pasar dan beli apa yang patut.

Baca: Mahu Travel Ke Kashmir? Baca 11 Tip Penting Ini Dahulu

Srinagar International Airport. Pintu masuk utama ke Jammu dan Kahsmir.
Buku karya penulisan saya.
Perkampungan dalam salji , dalam perjalanan nak ke Sonamarg.
Pemandangan atas dalam penerbangan ke Kashmir. SubhanAllah. Memang cantik
Kami bersama dengan Mr Yusof dan abangnya Mr Fayyaz. Buku Doktor Vet Menulis pun ada haha.
Kami di Taman Botani Nehru, di tengah-tengah bandar Srinagar. Kering je semua.
Saya dengan kawan-kawan di Thajiwas Glacier, Sonamarg. Gaya dah macam naik Everest dah huhuhu.
Depan pintu masuk ke Pahalgam.
Bergambar di depan masjid Hazratbal, Srinagar.
Dale Lake, Srinagar, Kashmir.

5. Untuk hari ketiga, awal-awal pagi lagi kami dah bergerak ke Pahalgam. Antara lokasi terkenal untuk pengembaraan filem-filem Hindustan. Kat Pahalgam kami naik kuda lagi (Haha) sebab nak explore tempat -tempat yang best ni, gigih pulak kuda bawa kitaorang yang ringan ni. Huhu.

Ada banyak check point yang korang boleh pilih, mengikut kemampuan masing-masing. Antara lokasi utama iaitu Chandanwari, Betaab Valley dan Aru valley. Dan yang paling terkenal ialah Baisaran atau dikenali juga dengan nama “Mini Switzerland”.

Sebab datang musim sejuk dan salji, jadi nampak pemandang tu macam sama je. Hehe. Selain itu, kami ada juga singgah di Masjid (lupa nama dia), antara salah satu tempat scene Salman Khan singgah, semasa dikejar oleh pihak polis dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Tak sangka, boleh sampai kat sini!

6. Hari yang sama juga, kami pergi ke Gulmarg. Kawasan peranginan resort ski antara termasyhur dan terkenal di dunia. Di sini, korang boleh naik cable car/gondola yang merupakan antara yang terpanjang di dunia.

Selain itu, boleh main ski jugak di bawah bimbingan instructor yang terlatih. Boleh main skin sampai puas, sampai lebam dan sampai bila-bila sebab tempat ni dibuka 24 jam. Kalau terror, boleh main masa malam. Kalau level beginner, bawah-bawah je okay. Main ski kat sini pun sangat lah murah, memang berbaloi untuk pengembara bajet!

7. Untuk hari terakhir, kami bersiap sedit untuk pulang semula ke New Delhi. Disebabkan security check di Airport Srinagar sangat ketat, jadi kami datang awal. 1km sebelum sampai airport lagi, dah kene scan beg dan lepas tu, ada beberapa lagi scanning and checking point.

Jadi datang awal lagi bagus untuk elakkan daripada masalah, sebelum disoal siasat yang bukan-bukan. Hari last, kami ambil gambar depan Boat House dan beri cenderahati pada Mr Yusof iaitu buku Doktor Vet Menulis (DVM).

8. Sepanjang di Srinagar dan Kashmir, kami tinggal di Gulshan Rose Houseboat yang terletak dalam 20-30 minit dari airport. House boat ini dari luar, nampak biasa-biasa jer. Tapi dalam sangat bersih, kemas dan cantik.

Dan yang paling penting, service dia, kami puas hati. Kalau Mr Yusof tadi jadi guide kami sepanjang jalan-jalan di Kashmir, abang dia (Mr Fayyaz) pulak yang beri service sepanjang kami tinggal dekat houseboat diorang. Abang dia sangat peramah dan banyak cerita pasal Kashmir pada kami.

Sepanjang di Kashmir, kami bayar pada Mr Yusof termasuk pengangkutan, penginapan dan juga makanan. Emak Mr Yusof sediakan breakfast dan dinner untuk kami. Sedap dan memang kami makan banyak. Haha. So, anyone who are planning to visit Kashmir, we recommend to take their service and you guys can contact him; Mr Yusof via WhatsApp @ +919797771228.

9. Antara isu yang penting di Kahsmir ialah keselamatan disebabkan konflik yang berpanjangan di antara puak pemisah dan kerajaan India. Jadi, di kawasan bandar, banyak askar dan polis yang berkawal. Tapi, secara keseluruhan, kami rasa selamat sepanjang disana. Lagi-lagi, kami bergerak dengan orang tempatan disana.

10. Majoriti penduduk Kashmir ialah beragama islam, jadi makanan halal mudah didapati, dimana-mana. Aktiviti ekonomi utama masyarakat di sini ialah berkaitan dengan pelancongan dan kehadiran pelancong asing dan domestik ialah rezeki bagi mereka.

Taman Pari Mahal Garden, Srinagar Kashmir. Kalau musim bunga lagi lah bertambah cantik. Sekarang pokok-pokok kering je.

Nehru Botanical Garden, Srinagar.
Kawasan kampung di Sonamarg, Kashmir.
Keindahan Sonamarg ketika musim sejuk dan salji.
Kami bersama warga tempatan semasa jalan-jalan di sekitar masjid.
Masjid Hazratbal, Sringar. Masjid berkubah putih ditepi tasil dale membuatkannnya indah.
Dale Lake.
Kawasan sekitar masjid Hazratbal.
Masjid lokasi penggambaran filem Bajrangi Bhaijaan, tempat masa Salman Khan menyorok masa dikejar oleh polis.
Kangan Market, kami berhenti masa otw balik dari Srinagar.
Pahalgam.
Ponnie Rding di Pahalgam. Hati-hati jangan sampai terjatuh kuda macam saya. Nasib baik jatuh dalam ais. Huhu.
Di Gulmarg untuk aktiviti main ski. Banyak murah dan boleh main sampai puas. Bergambar bersama instruktor kami.
Meja makan dalam house boat kami.
Another room in the house boat. Some local people came to sell pashamina, kurta to us.

Kalau ada rezeki lagi, kami nak ke Kashmir lagi masa musim bunga dan musim panas. Memang berbaloi!

Setakat itu sahaja perkongsian kami, selain dari Kashmir, kami pergi ke Agra (Taj Mahal) dan New Delhi juga. Terima kasih kerana membaca! Happay travelling and backpacking! Dan berikut video sepanjang kembara kami.

Baca lagi: 10 Tips Khas Buat Anda Yang Mahu Travel Ke Jammu Dan Kashmir