Nota Editor: Tip ini telah diberikan oleh Khairul Naim, seorang doktor yang telah 6 tahun aktif mengembara ke serata dunia. Norway merupakan negara ke 49 yang telah beliau jelajahi dan untuk mencari kelainan, doktor muda ini telah travel ke sana secara solo. Namun sewaktu di Oslo beliau telah berkenalan seterusnya ‘hiking’ bersama warga dari Romania dan Jepun.

Tip ini telah ditulis oleh beliau untuk disiarkan secara ekslusif di Vocket. Semoga tip ini berguna buat mereka yang ingin mengembara ke Oslo dan menjadi inspirasi untuk anda terus mengembara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

khairul-17

Pasti ramai yang ingin ke Norway tetapi gusar kerana Norway merupakan
salah satu bandar yang termahal di dunia. Oslo sememangnya popular
dikalangan pelancong , tetapi jika anda seorang yang sukakan aktiviti
hiking atau outdoor boleh lah ke Trolltunga.

khairul-16

It’s 4 oclock in the morning local time and I’m on my way to Trolltungga. I can’t describe it, no words best to describe it. Subhanallah, I should redefining the meaning of SUMMER. Hellllo monday!

khairul-1

Trolltungga merupakan specktular cliff yang terletal di Ooda yang berketinggian 1100 dari aras laut. Hiking ke sini berjarak 22 km dan memerlukan masa sekurang-kurangnya 10-12 jam.

khairul-15

My hiking/camping mates from Romania and Japan. Semua dah ada couple kita je single.

Disini saya sediakan 10 tip dan cara berjimat untuk kesana.

1. Untuk lebih jimat boleh buat tempahan tiket melalui website.

Salah satunya adalah website NOR-WAY bus dan terdapat diskaun untuk pelajar jugak. Tiket dibeli untuk perjalanan dari Oslo Sentrum ke Odda Bus (mengambil masa 7 jam perjalanan).

khairul-3

2. Ambil bas malam untuk jimat kos hotel dan penginapan.

Bas malam adalah pada jam 11 malam dan tiba di Odda Bus station pada jam 5.30 pagi. Untuk ke Trolltungga , dari Odda Bus station hendaklah mengambil minibus ke Skjeggedal (1/2 jam perjalanan). Jadi anda boleh tidur dalam bas disepanjang perjalanan. Dah jimat kos hotel untuk 1 malam.

khairul-4

3. Pastikan anda cukup fit untuk melakukan hiking.

Ini kerana laluannya agak sukar tetapi jangan risau apabila anda berada dipuncak semua keletihan yang anda rasai hilang sama sekali sebaik saja melihat pemandangan indah di sini.

Baca: Kami Tak Pasti Bagaimana Mahu Lalui Highway Di Norway Ini. Memang Wow!

khairul-13

4. Membawa makanan dan minuman yang secukupnya.

Pastikan anda membawa makanan secukupnya. Jika tidak pasti rasa menyesal apabila melihat rakan rakan lain menjamu selera sewaktu berada di atas. Selepas penat mendaki ditambah cuaca yang sejuk pastinya anda mudah rasa lapar.

Air juga amat perlu untuk mengurangkan dehydrasi. Tapi jangan risau anda boleh mengisi kembali botol kosong anda dengan air dari sumber air terjun yang menjadi salji. Semestinya sejuk!

khairul-6

5. Mengambil tahu perkembangan cuaca terbaru disana.

Trek ini hanya dibuka pada pertengahan bulan 7 sampai bulan 10 setiap tahun. Walaupun saya kesana pada bulan 8 (musim panas), salji di atas sana masih lagi tebal. Bermula dari km ke 3 anda akan bermain dengan salji disepanjang pendakian.

khairul-5

Cuaca yang baik sangat penting kerana jika hujan anda terpaksa membatalkan rancangan pendakian kerana trek terlalu bahaya dan licin. Anda hendaklah sentiasa mengikuti laporan cuaca 2-3 hari sebelum hari anda merancang hiking cuaca kerana sentiasa berubah.

khairul-9

6. Pakaian hiking yang sesuai.

Harus diingat cuaca diatas sana adalah sangat sejuk dan bersuhu sekitar 3 ke 4 darjah. Jadi sediakan pakaian yang sangat sesuai untuk cuaca sejuk dan kalis angin.  Kasut juga sangat penting dan perlu sesuai untuk hiking serta kalis air kerana laluan trek berais, sangat licin, dan berisiko tinggi untuk terjatuh.

khairul-7

7. Jangan putus asa, teruslah berlari.

Pada 1 km pertama amat mencabar kerana keadaan yang berbukit tinggi dan cerun yang sangat curam menyebabkan keaadaan semakin mencabar. Pada kilometer ke 2 jalan agak landai tapi pada kilometer ke 3 laluan kembali berbukit dan bermula kilometer ke 4 laluan adalah bersalji hingga anda sampai ke puncak.

khairul-18

Pada satu ketika, jika anda merasa putus asa jangan risau dan teruslah berlari. Ingat kenapa anda bermula jika anda merasa putus asa.

8. Cermin mata hitam dan pelindung matahari

Walaupun cuaca bersalji, matahari mencacak apabila bermula di kilometer ke 5, jika ada tidak mempunyai sunglassess keadaan menjadi sukar kerana anda terpaksa tunduk dan sukar melihat jalan. Sunprotector amat perlu jika tidak mahu kesan terik bahang matahri.

khairul-12

9. Bawalah peralatan khemah sebagai back up.

Jika anda tidak larat untuk kembali ke Oslo pada hari yang sama atau ingin berkhemah di sana maka bolehlah buka dan pasang khemah. Jadi anda sudah dapat jimat kos hotel untuk 1 malam.

Dari sini juga anda boleh teruskan penjelajahan dan melawat Bergen.

khairul-14

10. Jika anda ingin lebih relaks boleh lah ke Preikestolen kerana laluan trek di sana lebih pendek dan tidak mencabar berbanding trek Trolltunga.


Diharap tips ini membantu anda semua.

Baca lagi: Kejadian Alam Semulajadi Ini Memikat Hati Kami Terbang Ke Norway, Kami Tidak Mahu Pulang

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram