Bagi yang akan ke Shanghai anda mungkin mahu ke Shanghai Disneyland, taman tema Disney pertama dibina di Tanah Besa China, dan merupakan taman tema kedua selepas Hong Kong bagi Republik China. Jika ye, tips berikut mungkin dapat membantu anda.

1. LOKASI

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Shanghai Disneyland terletak agak jauh dari pusat bandar Shanghai iaitu hampir 1 jam perjalanan menaiki metro (tambang 7 RMB) dan hampir 45 minit menaiki teksi (tambang 120RMB).

Terletak di daerah Pudong, jarak perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong adalah selama 30 minit. Bagi mengelak bersesak dengan penduduk tempatan yang menaiki Shanghai Metro dan untuk elakkan dari terpaksa bangun seawal 6 pagi untuk ke Disneyland, amatlah digalakkan untuk menempah hotel sekitar di Shanghai Disneyland.

Bagi yang tinggal di sekitar pusat bandar (Nanjing Road) anda perlu menaiki metro Laluan 2 dan tukar ke Laluan 16 di Longyang Road dan kemudian tukar ke Laluan 11 di Luoshan Road untuk turun di Disney Resort Station. Pintu masuk taman tema hanyalah sekitar 300 meter dari stesyen metro Disney Resort.

2. PENGINAPAN

Terdapat dua buah hotel rasmi disneyland di dalam kawasan Disneyland iaitu Toy Story Hotel dan juga Shanghai Disneyland hotel. Dengan kadar RM600++ untuk satu malam di Toy Story Hotel dan RM1200++ untuk satu malam di Shanghai Disneyland,ia menyediakan penginapan bertemakan watak klasik Disney.

Tetapi amatlah tidak munasabah untuk tinggal di hotel mewah tersebut kerana kebanyakan masa akan dihabiskan di taman tema berbanding hotel. Jadi saya membuat keputusan untuk menempah hotel lain di sekitar Taman Tema Disneyland.

Terdapat dua hotel yang saya syorkan iaitu Novotel Shanghai Clover yang terletak hanya 3km dari Disneyland dan mempunyai akses ke Shanghai Metro terus ke Disneyland.

Begitu juga bas pengantara percuma dan juga Courtyard Shanghai International Tourism and Resorts Zone yang terletak 2km dari Disneyland tetapi agak jauh dari Shanghai Metro dan turut menyediakan bas pengantara ke Disneyland.

Dengan kadar harga RM300++ untuk 1 malam, ianya lebih munasabah dan berpatutan. Disebabkan saya adalah ahli platinum bagi keahlian Marriott Rewards, saya hanya menebus points untuk mendapatkan penginapan percuma (7500 Marriott points 1 malam) iaitu sangat berbaloi kerana hotel ini dikategorikan sebagai CAT1 hotel dalam senarai hotel-hotel yang menyertai keahlian Marriott.

tip-ke-disneyland-shangahai-1
Storybook Enchanted Castle
tip-ke-disneyland-shangahai-2
Checked in at Courtyard by Marriott Tourism Zone.
tip-ke-disneyland-shangahai-4
2 queen bed fit for 4 pax!.
tip-ke-disneyland-shangahai-3
Free Shuttle Bus from hotel to Disneyland.
tip-ke-disneyland-shangahai-5
Pudong skyscrapers.
tip-ke-disneyland-shangahai-6
Pemandangan dari blik hotel di Park Hyatt, level 88.
tip-ke-disneyland-shangahai-7
Stunning roundabout!
tip-ke-disneyland-shangahai-9
Amazing architecture.
tip-ke-disneyland-shangahai-10
Clean and beautiful city.
tip-ke-disneyland-shangahai-11
Stuning pudong skyline.
tip-ke-disneyland-shangahai-12
Pudong skyline at night.

3. MASA LAWATAN

Umum mengetahui masa terbaik melawat Disneyland adalah pada hari bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat. Tetapi dinasihatkan agar anda mengelak dari berkunjung pada hari Isnin,Jumaat, cuti hujung minggu, cuti-cuti umum seperti hari kebangsaan dan cuti persekolahan kerana jumlah pengunjung selalunya meningkat berkali ganda.

Disneyland Shanghai dibuka dari jam 9 pagi sehingga jam 8.30 malam. Pastikan anda sudah berada di depan pintu masuk sekurang-kurangnya 30 minit sebelum pintu dibuka bagi memaksimumkan penggunaan masa agar anda dapat menikmati pengalaman Taman Tema Disney sepenuhnya.

Sudah pasti ramai yang teruja untuk bergambar di sekitar taman tema dan juga bersama watak-watak Disney sebaik melangkah masuk taman tema. Ia amatlah tidak digalakkan dan seeloknya cuba dapatkan Fastpass terlebih dahulu dan cuba sebanyak mungkin tarikan sebelum semakin ramai pengunjung pada sebelah tengah hari.

Percayalah anda masih banyak masa pada waktu petang untuk bergambar disekitar taman tema.

4. TIKET MASUK

Begitupun ianya adalah Taman Tema Disney kedua terbesar didunia,jangan terkejut jika saya katakan ianya adalah taman tema Disneyland yang termurah di dunia.

Terdapat 2 harga berbeza untuk masuk ke taman tema iaitu harga normal (hari bekerja) dan juga waktu puncak (hujung minggu dan cuti umum). Berikut merupakan harga tiket masuk ke taman tema Disneyland sehingga Oktober 2017.

Pass 1 hari:
Dewasa
Hari biasa : RM235
Hujung minggu dan cuti umum: RM320

Kanak-kanak
Hari biasa: RM178
Hujung minggu dan cuti umum: RM240

Pass 2 hari:
Dewasa
Hari biasa: RM427
Hujung minggu dan cuti umum: RM570

Kanak-kanak
Hari biasa : RM325
Hujung minggu dan cuti umum: RM433

5. PERMAINAN WAJIB DICUBA

Kebanyakkan permainan di Shanghai Disneyland adalah lain dari taman tema Disneyland yang biasa anda lawati. Ia direka khas untuk Shanghai Disneyland sahaja dan terbahagi kepada 6 zon iaitu Mickey Avenue, Garden of Imagination, Fantasyland, Adventure Isle, Treasure Cove dan Tomorrowland.

Berikut merupakan top 5 permainan yang wajib anda cuba jika ke Shanghai Disneyland.
1. TRON Lightcycle Power Run – Presented by Chevrolet
2. Pirates of the Caribbean Battle for the Sunken Treasure
3. Roaring Rapids
4. Soaring Over the Horizon
5. Camp Discovery

Baca: 7 Lokasi ‘Superb’ Yang Kami Pergi Semasa Travel Ke Yunnan, China

tip-ke-disneyland-shangahai-13
Disneyland Shanghai apps with waiting time
tip-ke-disneyland-shangahai-14
You can request for fastpass here.
tip-ke-disneyland-shangahai-15
Entrance ticket,please bring your passport together.

tip-ke-disneyland-shangahai-16 tip-ke-disneyland-shangahai-17

6. MAKANAN

Tidak seperti Hong Kong Disneyland yang mempunyai 2 buah restoran yang menyediakan makanan halal, Shanghai Disneyland tidak menyediakan satu pun outlet ataupun rrestoran makanan halal.

Disebabkan itu tidak seperti taman tema lain, Shanghai Disneyland membenarkan pengunjung membawa masuk makanan- makanan kering seperti roti dan sebagainya.

Makanan-makanan berat seperti mee segera ataupun nasi adalah dilarang untuk menjaga kebersihan taman. Saya diberitahu bahawa pihak taman sedang dalam proses memohon sijil halal bagi satu outlet mereka ‘’Tangled Tree Tavern’’ yang terletak di kawasan Fantasyland kerana hanya outlet tersebut tidak menyediakan makanan berasaskan babi dan juga lemak babi.

7. SISTEM FAST PASS

Bagi mengelak dari beratur panjang dan menghabiskan masa beratur untuk mencuba sesuatu permainan, Shanghai Disneyland menyediakan satu sistem yang diberi nama fast-pass. Apakah itu fast-pass?

Ia adalah satu sistem di mana pengunjung akan diberikan satu tempoh masa untuk kembali mencuba permainan tanpa perlu beratur di barisan menunggu biasa, sebaliknya hanya perlu terus ke fast line dimana tempoh beratur adalah lebih singkat.

Hanya sesetengah permainan menyediakan fastpass. Untuk mendapatkan fast pass setiap pengunjung harus scan tiket masuk masing-masing di kiosk servis yang disediakan dan ia adalah percuma.

Sebagai contoh, barisan untuk menaiki permainan ‘soaring over the horizon’ adalah 40 minit, anda hanya perlu ke kiosk fast pass, scan tiket anda dan kemudianya anda akan diberi satu tiket yang tertera tempoh anda harus datang kembali ke permainan tersebut tanpa perlu beratur.

Sistem ini sama seperti sistem yang digunakan di Disneyland lain di seluruh dunia. Cuma kelainanya ialah kiosk fast-pass tidak lagi diletakkan di setiap pintu masuk permainan sebaliknya hanya diletakkan di satu pusat bagi setiap zon.

Pastikan anda merancang dan menggunakan system ini dengan sepenuhnya untuk memanfaatkan dan memaksimumkan masa anda di dalam Taman Tema. Kekurangan bagi sistem ini ialah bagi setiap permainan fast pass yang diedarkan adalah terhad.

Jadi pastikan anda mendapatkan fast pass untuk permainan yang memang anda inginkan dan cuba untuk request fast pass baru sebaik sahaja anda dibenarkan mengambilnya semula.

Gunakan Apps Shanghai Disneyland untuk request fast pass baru ,jadi anda tidak perlu berlari ke zon-zon lain untuk mendapatkan fast pass yang mana sudah tentu akan membuang banyak masa dan tenaga.

8. SINGLE RIDER LINE

Begitu juga Single Rider Line,pastikan anda menggunakan sepenuhnya system ini kerana ini dapat menjimatkan banyak masa anda.

Saya cuba memaksimumkan penggunaan kedua-dua system diatas dan dapat mengulangi Tron Lightcycle sebanyak 7 kali, Pirates Caribean ride 4 kali, Soaring 3 kali dan Roaring Rapid sebanyak 3 kali dan permainan lain walaupun pengunjung agak ramai dan ianya adalah tidak mustahil terima kasih kepada sistem fast pass.

Pun begitu, tidak semua permainan menawarkan single rider line, hanya 4 permainan menyediakan kemudahan berikut. Berikut senarai permainan yang menawarkan single rider line untuk dimanfaatkan sebaiknya.

1. Roaring Rapids
2. Seven Dwarf Mine Ride
3. Tron Lightcycle Power Run
4. Pirates of the Caribbean Battle for the Sunken Treasure

9. AKSES INTERNET DAN MEDIA SOSIAL

Akses internet disekitar kawasan Shanghai Disneyland adalah percuma tetapi anda perlul mempunyai simkad tempatan untuk mendaftar supaya boleh menerima kod yang akan diberi untuk didaftarkan.

Bagi yang tidak mempunyai simkad tempatan, jangan malu untuk meminta tolong mana-mana staff Disneyland yang sangat peramah. Maklumkan anda mahu pinjam no hp mereka untuk penerimaan kod dan kemudian register melalui kod yang dihantar ke hp mereka.

Ia  agak mencabar bai kita untuk meminta tolong disebabkan kekangan bahasa tetapi tidak salah untuk mencuba.

tip-ke-disneyland-shangahai-18

tip-ke-disneyland-shangahai-19

tip-ke-disneyland-shangahai-20

tip-ke-disneyland-shangahai-21

tip-ke-disneyland-shangahai-22

10. CADANGAN PERJALANAN

Berikut merupakan cadangan rancangan perjalanan dari saya dan ini tertakluk kepada sebarang perubahan. Setibanya di pintu masuk Disneyland, pastikan anda beratur di bahangian paling kanan kaunter tiket bagi memudahkan anda menuju ke Adventure Isle yang menjadi tarikan utama pengunjung.

Semua pengunjung akan berpusu-pusu ke arah Adventure Isle sebaik masuk ke kawasan taman tema. Anda dinasihatkan tidak berlari tetapi haruslah berjalan laju menuju ke Adventure Isle untuk ke fast pass station.

Perkara pertama yang saya buat ialah mengambil fast pass untuk permainan Soaring Over the Horizon yang terletak di hadapan Roaring Rapid kerana permainan ini selalunya akan mempunyai masa beratur terpanjang, kadang-kadang melebihi 3 ja. Fast pass untuk permainan ini selalunya akan habis diedarkan menjelang tengah hari.

Ia merupakan kegemaran penduduk Shanghai. Selepas mengambil fastpass untuk Soaring, boleh beratur normal line di Roaring rapid dan jika anda tidak kisah berseorangan, gunakan barisan single rider.

Jika masa untuk Soaring belum sampai, dinasihatkan anda terus ke Pirates of The Carribean yang merupakan antara favourite ride saya di sana. Berbeza dengan permainan Pirates of The Carribean di tempat lain, berani saya katakan di sini adalah yang tercanggih di dunia.

Anda akan dibawa menaiki bot dan sepanjang perjalanan anda akan bertemu dengan animatronic dari watak terkenal filem tersebut yang sangat canggih dan realistic! Anda akan terpegun dengan dengan kesan khas yang digunakan terutamanya ketika babak anda melalui kawasan kapal yang tengah berperang dan berada di tengah-tengah peperangan, dengan kesan khas bunyi meriam dan percikan air dan efek cahaya, sangat memukau.

Semua prop seperti kapal lanun adalah pada skala sebenar dan sangat mengkagumkan! Selesai menaiki Ride Pirates Carribean, anda boleh bersiar-siar seketika sementara menunggu masa untuk ke Soaring.

Soaring adalah ride di mana anda akan dinaikkan di atas satu kenderaan dan akan diterbangkan di sekitar monument-monumen terkenal seperti Eifiel Tower, Taj Mahal, Pyramid Giza dan juga Bandaraya Shanghai.

Dengan kesan bunyi yang mempersonakan serta kesan khas bau bagi setiap kawasan yang anda jelajahi, ian pasti membuat anda terpukau. Skrin layar gergasi semi sfera akan memberikan pengalaman seperti anda terbang di dunia sebenar, berbeza dari pengalaman menonton wayang 4d.

Selepas habis menikmati pengalaman terbang di Soring, anda dinasihatkan mengambil fast pass soaring sekali lagi kerana kemungkinan ia hampir habis menjelang tengah hari dan kemungkinan fast pass tersebut mungkin yang terakhir untuk tempoh masa petang.

Permainan seterusnya yang perlu diberi keutamaan ialah Seven Dwarf Roller Coaster. Ia adalah kegemaran masyarakat di sini kerana adanya watak klasik Disney. Seven Dwarf Roller Coaster ialah mini ride coaster dengan keadaan kenderaan yang boleh melambung ke kiri dan ke kanan secara bebas, membuatkan anda seperti melayang setiap kali anda melalui selekoh.

Tema Snow White yang dipaparkan sangat menarik ditambah dengan watak orang kerdil yang lucu dan comel. Di sini juga terdapat kemudahan Single Rider Line. Cuba guna sepenuhnya jika ia dibuka.

Seterusnya masa yang ditunggu-tunggu iaitu Tron Light Cycle. Boleh saya katakan ini adalah roller coaster terbaik yang pernah saya rasai. Reka bentuk bangunan yang moden sudah tentu membuatkan anda teruja sebelum menaikinya.

Sebelum menaiki permainan ini, anda harus menyimpan barang-barang yang mudah jatuh di loker yg diletakkan di depan pintu masuk secara percuma untuk tempoh masa 2 jam.

Sila bawa telefon bersama anda untuk rakam gambar tempat beratur yang sangat awesome. Jangan risau, terdapat kotak penyimpanan barang kecil di Tron Lightcycle anda untuk anda simpan telefon bimbit sebelum berlepas.

Tempat beraturnya sahaja sudah membuatkan saya teruja. Dengan bentuk Coaster yang direka seperti lightcycle dalam filem tron, anda akan menaikinya dalam keadaan seperti menunggang motosikal.

Roller coaster anda akan memecut dengan kelajuan maksimum 127kmj terus ke bahagian luar dan kemudiannya masuk ke bahagian indoor di mana anda seakan berlumba dengan lightcycle lain melalui selekoh tajam dan cerunam, memang seakan akan anda berada dalam set filem!

Selepas permainan Tron, anda dinasihatkan untuk berhenti seketika dan menikmati Disney Parade yang berlangsung di sekitar Garden of Imagination. Spot terbaik adalah di bahagian hujung Mickey Avenue bertentangan dengan Disneyand Castle.

Selepas selesai Disney Parade, ambil masa untuk menikmati keindahan Istana Enchanted Storybook yang merupakan istana Disneyland yang terbesar di dunia!

Bagi yang meminati watak klasik Disney, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk meneroka keseluruhan istana. Terdapat tarikan yang diberi nama Once Upon A Time Adventure di mana anda akan meneroka ruang istana yang menceritakan tentang kisah puteri klasik Disney seperti Snow White dan Sleeping Beauty.

Tarikan lain yang anda perlu cuba ialah Voyage To The Crystal Grotto dan Alice in the Wonderland Adventure yang mempamerkan landskap dan pemandangan menarik di sekitar Istana Enchanted Storybook.

Pastikan anda tidak melepaskan peuang menonton persembahan water fountain, light and laser, projection mapping dan juga bunga api yang menakjubkan setiap hari pada jam 8.30 malam yang diberi nama ‘Ignite the Dream’ sebelum mengakhiri hari anda di Disneyland.

Disneyland Shanghai akan membuka zon baru menjelang pertengahan tahun 2018 iaitu Toy Story Land yang mempunyai permainan dan tarikan yang sama seperti di Hong Kong Disneyland. Jadi bagi yang merancang untuk ke sana dalam waktu terdekat mungkin boleh tangguhkan lawatan ke taman tema ini buat sementara waktu.

Baca lagi: 5 Persiapan Sebelum Travel Solo Ke Laluan Sutera Di China Dan 8 Lokasi Menarik Di Sana