Nota Editor: Perkongsian pengalaman dan 10 tip ini telah dikongsikan oleh Mohd Zairul M N secara ekslusif di Vocket. Semoga tip ini membantu anda yang ingin mencuba sukan lasak paragliding tak kira sama ada sewaktu travel di Swiss atau di dalam negara.

swiss-5

Bagi peminat sukan lasak atau suka mencuba adegan menguji adrenalin dan berkesempatan ke Switzerland, jangan lupa untuk mencuba sukan paragliding yang sangat mencabar tetapi memberikan kepuasan maksima ini.

Pada musim panas tahun lepas Jun 2014, saya mengambil keputusan untuk mencuba sukan tandem paragliding ini yang bermaksud terbang bersama penerbang terlatih.

Pada mulanya memang terasa menakutkan memandangkan tiada apa yang dapat membantu menyelamatkan kita sekiranya angin tidak menyebelahi kita sewaktu mencuba sukan ini. Tapi saya tawakkal je lah, kalau tak cuba tak tahu pulak kan.

swiss-2

Pagi itu saya bertolak dari Amsterdam ke Basel, Switzerland menaiki kapal terbang (tambang dalam 50Euro (return). Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam pejalanan dari 9 pagi dan sampai di Basel, Swiss pada 10 pagi.

Untuk sampai ke Gunung Pilatus, Luzern, saya kemudian menaiki keretapi dari Basel pada jam 12.04 tengahari dan sampai pada 1.05 petang (tambang keretapi dalam CHF 20 return).

swiss-11

Sepanjang perjalanan menaiki keretapi, pemandangan lereng bukit di Switzerland amat mengasyikkan. Kelihatan beberapa kanak-kanak Swiss mengucapkan ‘konichiwa’ kepada saya. Haha mungkin kerana saya ada iras-iras Jepun agaknya.

swiss-4

Permandangan sebelum terjun pada ketinggian 1000 kaki.

Seterusnya, sejurus sampai ke stesen Luzern, saya diambil oleh pemandu untuk menuju stesen cable car yang terletak di Kriens di kaki Gunung Pilatus.

swiss-3

Ada beberapa pakej yang ditawarkan oleh pemandu untuk anda, sebagai contoh;

Pakej 1: Pakej basic, terbang di altitude 1625ft dan penerbangan mengambil masa selama 5- 15 minit (CHF 160 – 180 = RM 800

Pakej 2: terbang pada latitude 3250 ft dan penerbangan mengambil masa selama 15- 30 minit (CHF 220-250 = RM 1000

Pakej 3: penerbangan pada altitud lebih dari 4500 ft dan penerbangan yang mengambil masa selama 30-60 minit (CHF 270 = Rm1200++).

Bagi yang baru nak cuba-cuba saya cadangkan pakej permulaan ataupun basic nanti kang ada yang pengsan pulak kat atas.

Baca: Diserang ‘Altitude Sickness’ Mengancam Nyawa, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Selamatkan Diri

swiss-9

Untuk tujuan ini, saya memilih pakej yang tengah dan terbang pada altitud lebih kurang 3000 kaki dari aras laut.

Antara tip-tip untuk memulakan cabaran paragliding

1. Tiada pengalaman serta kit penerbangan diperlukan hanyalah keberanian dan temu janji dengan penerbang bertauliah yang boleh dibuat di laman-laman web berkaitan. Baju serta kasut juga disediakan oleh penerbang. Tapi janganlah pulak pakai skirt ya!

2. 30 – 35 minit adalah maksimum penerbangan yang menyeronokkan, kalau lebih dah boring dah kat atas tu.

swiss-6

3. Penerbangan tidak semestinya boleh berlaku, semuanya bergantung kepada keadaan angin, sebab itu temujanji amat penting bagi mengelakkan kehampaan sekiranya belon tak cukup angin.

4. Semasa melompat dari gunung jangan teragak2, ketika ini adalah waktu yang kritikal sebelum memulakan pengembaraan paragliding tersebut.

swiss-7 5. Switzerland mempunyai pelbagai spot menarik untuk sukan ini, jadi pilihlah lokasi dan gunung yang sesuai bagi memenuhi selera adrenalin anda.

6. Elakkan makan sekurang-kurangnya 20 minit sebelum perjalanan, kerana kalau anda jenis stok mabuk laut, paragliding lagi mencabar kerana anda akan dilambung angin.

7. Minta izin kepada pemandu untuk membawa paragliding tersebut sendiri, di kiri dan kanan ada tali untuk mengemudi belon tersebut.

swiss-8

8. Pilih pakej yang memberi memori yang boleh diabadikan, kebanyakan pakej menyediakan gopro bagi tujuan ini.

9. Walaupun penerbangan dijalankan sepanjang tahun, waktu spring dan summer adalah yang terbaik bagi mencuba sukan ini, kerana angin ketika itu sangat sesuai bagi tujuan penerbangan.

10. Bagi mereka yang mempunyai berat badan melebihi 100kg, anda hendaklah memberitahu penerbang terlebih dahulu, kerana kit tambahan akan disediakan untuk anda.

Diharap tip ini membantu anda semua.


Baca lagi: 10 Tip Penting Yang Wajar Anda Ambil Tahu Jika Mahu ‘Hiking’ Di Norway

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram