Sebut sahaja Pakistan pasti anda sudah terbayang keindahan Lembah Hunza yang berada di pergunungan Gilgit. Lagi-lagi ketika musim luruh, memang lebih cantik pemandangan di sana.

Sebelum anda ke Pakistan Utara, ini adalah 10 perkara penting yang anda wajib tahu yang dikongsi oleh pengguna Facebook Shazlyn Milleana. Baca perkongsian beliau di bawah ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1) Penerbangan

Banyak penerbangan yang boleh terus ke Pakistan dari Malaysia. Akan tetapi, penerbangan yang saya gunakan untuk perjalanan kali ini, saya menggunakan Thai Airways dan transit di Bangkok.

2) Lapangan terbang

Anda boleh pilih untuk turun di lapangan terbang Lahore atau Islamabad. Tapi untuk lebih mudah ke Pakistan Utara, anda boleh pilih untuk turun di Islamabad.

72089203_10156442439586363_8016859339077713920_o

74392057_10156442445286363_6471947469423902720_o

3) Permohonan visa

Visa boleh dimohon secara online di sini. Untuk rakyat Malaysia, Pakistan menawarkan dua jenis visa iaitu Tourist Visa or Visa on Arrival. Saya cadangkan untuk memilih Tourist Visa kerana tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mendapatkan e-visa ketika tiba di lapangan terbang Pakistan.

4) Letter of Invitation

Anda perlu lampirkan surat ini dan perlu dibawa satu fotokopi sebagai simpanan semasa di sana kerana di airport Pakistan, pihak imigresen meminta Letter of Invitation. Untuk mendapatkan ia, anda boleh minta daripada ajen yang anda upah di Pakistan untuk diemailkan kepada anda.

75580537_10156442442116363_4801418672629350400_o

74392057_10156442445286363_6471947469423902720_o

5) Waktu terbaik melawat Pakistan

Jika anda ingin lihat autumn di Pakistan Utara terutamanya Hunza Valley, masa yang terbaik untuk melawat adalah pertengahan bulan Oktober sehingga awal November. Tetapi ada sesetengah area di Pakistan Utara contohnya Fairy Meadows waktu ini adalah musim salji. Tidak digalakkan untuk datang ke Pakistan semasa salji kerana cuaca yang terlalu sejuk dan banyak tempat menarik ditutup seperti Fairy Meadows, Babusar top, Naran dan sebagainya.

6) Makanan

Makanan di Pakistan Halal kerana penduduk mereka hampir 90% adalah Muslim. Jadi boleh cuba pelbagai makanan di sana. Satu kelebihan untuk turun di lapangan terbang Lahore boleh buat food trip sekali.

74527610_10156442439071363_5215061638557728768_o

75044633_10156442440761363_2327888371969425408_o

7) Currency

Dicadangkan untuk tukar duit USD di Malaysia dan tukar Pakistan Rupee di sana sebab rate lebih murah di sana.

8) Pengangkutan

Saya cadangkan untuk mengambil private tour yang termasuk kereta, pemandu, minyak, tol, dan hotel. Ia sangat memudahkan perjalanan daripada Lahore ke Pakistan Utara kerana perjalanan yang akan dilalui sangat panjang. If direct perjalanan daripada Lahore- Hunza Valley, ia mengambil masa lebih kurang 20 jam perjalanan menggunakan kereta.

Tidak dicadangkan untuk naik pengangkutan awam jika ada anak kecil atau ibu bapa kerana pengangkutan awam di sana bukan seperti di negara-negara maju dan struktur jalan raya mereka tidak sebaik seperti di Malaysia.

74937317_10156442438521363_1879311207207272448_o

75576409_10156442443106363_6146964229191630848_o

9) Kesesuaian bawa anak kecil atau ibu bapa

Trip ke Pakistan satu trip yang sangat mencabar terutama sekali di Fairy Meadows. Saya cadangkan kalau ada anak kecil atau ibu bapa tidak digalakkan ke sana kerana perlu melalui jeep track yang sangat mencabar selama 2 jam setengah dan hiking atau horse riding selama 2 jam untuk sampai ke atas. Tetapi ia sangat berbaloi dengan view yang menakjubkan. Kalau hanya ke Hunza valley, tidak ada masalah dengan untuk bawa ibu bapa atau anak kecil.

10) Keselamatan

Keselamatan di sana bagi saya sangat baik. Askar dan polis sangat menjaga keselamatan pelancong yang datang. Banyak check point yang akan dilalui dan perlu serahkan salinan pasport untuk diberikan pada mereka. Dicadangkan untuk membuat salinan pasport yang banyak untuk memudahkan perjalanan di sana dan kadang-kadang ada ajen yang bawa kita sudah buat salinan siap-siap. Askar atau polis akan memastikan kita sampai di tempat yang kita nak tuju.

Lihat 5 lokasi air terjun terbaik di Pakistan yang pasti buat anda ingin ke sana sekarang.

5 Lokasi Air Terjun Di Pakistan Yang Buat Saya Terus Mahu Ke Sana

Tak Sangka Begini Sekali Indahnya Musim Luruh Di Lembah Hunza, Pakistan

Abdul Sattar Edhi, Lelaki ‘Biasa’ Yang Telah Mengubah Pakistan

Sumber