Buat pertama kalinya, terdapat 10 buah Universiti Tempatan berada dalam kelompok 110 universiti terbaik Asia. Untuk pecahan 10 universiti ini, 7 adalah Universiti Tempatan dan 3 adalah Universiti Swasta.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2021 pada 25 November 2020, Universiti Malaya (UM) mendahului di tempat ke-9, diikuti Universiti Putra Malaysia (ke-28), Universiti Sains Malaysia (ke-34), Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-35), Universiti Teknologi Malaysia (ke-39), Universiti Teknologi PETRONAS (ke-70), Universiti Taylor’s (ke-89), Universiti UCSI (ke-105), Universiti Utara Malaysia (ke-107) dan Universiti Teknologi MARA (ke-108).

Tahun 2020 merupakan separuh penggal pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPMPT) dan telah menunjukkan peningkatan kualiti dan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi tempatan dalam tempoh yang singkat.

“Ini adalah pencapaian terbaik negara setakat ini dan membuktikan Kementerian Pengajian Tinggi berada di landasan yang betul,” kata Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Pencapaian ini secara tidak langsung meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah hub untuk pengajian tinggi di rantau Asia, dalam masa yang sama memupuk kerjasama dengan penyelidik dari luar negara.

Ini juga adalah kali pertama Universiti Malaya memasuki senarai Top-10 universiti terbaik Asia di tempat ke-9 berbanding ke-13 tahun lalu.

Pendidikan tinggi negara terus ke mercu.Tahniah!#MalaysiaPrihatin#KPTPrihatin#KitaJagaKita#KitaMestiMenang

Posted by Kementerian Pengajian Tinggi on Wednesday, November 25, 2020

“UM juga telah berjaya mengatasi Shanghai Jiao Tong University yang menduduki tempat ke-10 dalam penarafan tahun ini. Shang Jiao Tong University merupakan universiti terkemuka yang telah memperkenalkan Academic Ranking of World Universities atau lebih dikenali sebagai Shanghai Jiao Tong University Rankings yang menilai kekuatan penyelidikan universiti di seluruh dunia,” tambah Noraini.

Pada siri penarafan kali ini, 35 buah universiti tempatan telah tersenarai iaitu dengan pertambahan 6 buah universiti baharu berbanding dengan 29 buah universiti yang tersenarai pada tahun lepas.

Dalam Laporan Quacquarelli Symonds (QS) juga dinyatakan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menunjukkan peningkatan terbaik di dalam penarafan kali ini. Sistem pendidikan negara telah diterima sebagai bereputasi tinggi dalam kalangan akademik dan majikan di peringkat Asia.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat pelbagai persediaan bagi menghadapi cabaran COVID-19 di Malaysia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Bagaimana Kementerian Pendidikan Malaysia Hadapi Cabaran COVID-19 Dengan Penuh Profesional

Jadikan Belajar Sebagai Hobi, Lelaki Ini Berjaya Raih 32 Ijazah Dalam Masa 21 Tahun