Drama siri ‘Start-Up’ baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Walaupun drama Korea tersebut sudah berakhir, kehangatan demam Han Ji-pyeong masih belum reda. Rata-rata penonton drama siri tersebut sudah terpalit sebuah sindrom yang cukup popular dikalangan peminat drama Korea yang dikenali sebagai the second lead syndrome.

Bagi yang tidak tahu apa itu second lead syndrome atau SLS, ia berlaku apabila penonton lebih menyukai watak utama kedua di dalam drama tersebut dan mengharap bahawa heroin drama tersebut memilih watak utama kedua dan bukan lah heronya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Han-Ji-Pyeong
SUMBER: NETFLIX

Seperti Han Ji-pyong, watak utama kedua umumnya merupakan seorang lelaki yang baik dan yang ikhlas menyukai si heroin. Mereka juga umumnya mempunyai jalan cerita yang menyedihkan sehingga membuatkan para penonton bersimpati dengan ‘the good boys’ ini.

SLS ini bukan lah sesuatu yang baharu dan eksklusif buat drama Korea sahaja, drama keluaran Hollywood malah Bollywood juga ada sindrom ini, cuma mungkin tidak lah seperti di Korea. Antara contoh watak utama kedua bagi Hollywood dan Bollywood adalah watak John Amrose dari siri Netflix ‘To All The Boys : P. s I Still Love You’ dan Aman dalam filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’.

Walaupun selalunya watak utama kedua ini mempunyai kualiti yang lebih baik, akhirnya si heroin tetap akan memilih heronya juga. Nama pun hero kan? Melihat kepada demam Han Ji-pyeong yang masih belum reda ini, hari ini The Vocket akan senaraikan 10 watak utama kedua yang terpalit dengan second lead syndrome.

1. In Guk-doo dari ‘Strong Woman Do Bong-soon’

Kim Ji-soo memang terkenal sebagai the second lead kerana sering melakonkan watak utama kedua. Antara wataknya yang popular ialah sebagai In Guk-doo dari drama ‘Strong Woman Do Bong-soon’. Guk-doo menyukai Bong-soon akan tetapi, dia terlambat untuk menyedari perasaan Bong-soon membuatkan dia terlepas peluang untuk bersama gadis tersebut membuatkan ramai bersimpati.

2. Grim Reaper/Wang Yeo dari ‘Goblin’

Watak Lee Dong-wook dalam drama yang cukup terkenal ini sedikit berbeza dari yang lain. Dong-wook memegang watak sebagai the grim reaper dan Wang Yeo dalam drama ini. Walaupun tiada elemen kisah cinta tiga segi, wataknya bersama Kim Sun menyentuh hati penonton. Ramai yang menonton drama ini mengharapkan wataknya bersama Kim Sun mendapat pengakhiran yang bahagia.

3. Kim Jung-hwan dari “Reply 1988”

Watak Kim Jung-hwan dalam drama ini merupakan diantara watak utama kedua yang paling popular. Watak yang dilakonkan oleh Ryu Jun-yeol ini menyukai heroin dari kecil lagi tapi tidak pernah ada keberanian untuk memberitahu perasaannya. Oleh kerana sifatnya yang tidak mementingkan diri, Jung-hwan mengundurkan dirinya apabila dia sedar bahawa rakannya turut menyukai heroin drama ini.

4. Goo Dong-mae dari ‘Mr. Sunshine’

Watak Goo Dong-mae dalam drama Mr. Sunshine ini menggambarkan maksud ‘cinta tidak berbalas. Dilakonkan oleh Yoo Yeon-sook, wataknya ini meraih simpati penonton kerana perbezaan latarbelakang wataknya dengan heroin. Ramai penonton bersimpati dengan watak ini apabila heroin mula jatuh hati kepada lelaki lain.

5. Shin Se-gi dari “Kill Me, Heal Me”

Drama ini mengisahkan tentang Cha Do-hyun yang menghidap Dissociative Identity Disorder (D.I.D) iaitu sejenis penyakit mental di mana pesakit mempunyai beberapa personaliti yang wujud disebabkan trauma yang pernah dihadapinya. Drama ini agak unik kerana watak utama kedua dalam drama ini merupakan diantara personaliti dari heronya iaitu Shin Se-gi. Watak ini dilakonkan oleh Ji-sung.

6. Kim Shin-hyuk dari “She Was Pretty”

https://www.youtube.com/watch?v=yych5vXq7oo

Watak Kim Shin-hyuk ini dilakonkan oleh bintang K-pop terkenal, Choi Si-won. Seorang yang kelakar, ikhlas menyukai heroin dan juga berkarisma, sudah tentu boleh buat penonton jatuh hati dan berharap agar watakya akan berkahir bersama heroin.

7. Jung Nam Gil dari “Go Back Couple”

Satu lagi kisah di mana watak utama kedua tidak mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaannnya kepada heroin mengakibatkan dia terlepas peluang. Watak Jung Nam-gil ini dilakonkan oleh Jang Ki-young, dan merupakan watak yang disukai para penonton oleh kerana keperibadiannya.

8. Go Seung-joon dari “Crash Landing on You”

Sama seperti watak Grim Reaper dalam drama siri Goblin, watak Go Seung-joon bersama pasangannya Seo Dan, membuat penonton berasa simpati diatas kisah cinta mereka yang berakhir dengan tragis sampai penonton menyoalkan adakah pasangan watak utama kedua ini tidak layak untuk mendapatkan kebahagiaan.

9. Choi Young-do dari “The Heirs”

Watak yang dilakonkan oleh Kim Woo-bin dalam drama ini bukanlah sebaik Han Ji-peyong. Malah, wataknya berbeza sungguh dengan mana-mana watak good boy yang sering dilakonkan oleh watak utama kedua. Oleh kerana wataknya yang kompleks dan kisah hidupnya yang menyedihkan, ia berjaya meraih simpati penonton sehinggakan penonton ingin wataknya bersama dengan heroin.

10. Yoon Ji-hoo dari “Boys over Flowers”

Kalau anda merupakan peminat drama Korea, anda pastu sudah tidak asing lagi dengan watak Yoon Ji-hoo dari ‘Boys over Flowers’ lakonan Kim Hyun-joong.

Watak Ji-hoo dalam drama ini boleh dikatakan diantara watak terawal yang membuat penonton mempunyai second lead syndrome. Wataknya yang baik dan penyayang, berbeza dengan watak Goo Jun-pyo yang kompleks membuatkan penonton lebih memilih Ji-hoo.

Kongsikan bersama watak yang anda rasa patut tersenarai dalam senarai di atas? Kongsikan bersama kami jika ada. Klik pautan di bawah untuk membaca artikel tentang drama korea yang pernah ditulis oleh kami.

Selepas Itaewon Class, Ini 5 Sebab Usahawan Muda Perlu Tonton Drama Korea Start-Up

10 Drama Korea Terbaik Bertemakan ‘Time Travel’ Yang Wajib Anda Tonton

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah