Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Tuan Mizan Hashri dalam Facebook beliau dan dikongsi semula di Vocket dengan kebenaran. Semoga pencarian anda dalam mencari karya-karya terbaik berbahasa Melayu terjawab dengan penulisan ini.

100-buku
Mizan Hashri

100 Novel (dan Koleksi/Antologi Cerpen) Melayu Yang Mesti Dibaca

Pernah tengok cerita The Equalizer?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tenang betul watak utamanya yang berusaha membaca 100 buah buku yang mesti dibaca. Senarai 100 buah buku Bahasa Inggeris ini senang sahaja dicari di Amazon dan Goodread.

Tapi kalau khazanah buku kita sendiri?

Inilah persoalannya. Celah mana nak cari senarai 100 novel terbaik yang mesti baca?

Tenang semua, jangan berputus asa dan memilih untuk membaca novel seperti Suamiku Dulu Ganas Kini Manja sebagai jalan pintas untuk kelihatan tenang membaca buku seperti The Equalizer.

Jadi inilah dia, 100 buah novel-novel Melayu yang mesti dibaca dan senarai ini tidak disusun berdasarkan ranking. Sebelum kita sibuk hendak baca khazanah buku luar negara, lebih molek untuk kita meneliti khazanah dalam negara kita sendiri.

Perut bumi, tinggi langit, ombak badai dan panas mentari kesemuanya habis digali, diamati dan diambil inspirasinya oleh penulis-penulis berkenaan. Dan ingatlah, terdapat kesalahan yang lebih besar daripada membakar buku iaitu tidak membacanya.

Sedikit nota, kriteria pemilihan novel-novel tersebut adalah berdasarkan ulasan pembaca dan yang menekankan mana-mana unsur ini:

  1. Semangat kebangsaan
  2. Kemanusiaan
  3. Komentar sosial dan politik
  4. Cerita yang berlatar belakangkan persekitaran dan sikap masyarakat dan;
  5. Jalan cerita yang sedap untuk dibaca.

Cabaran terbesarnya untuk kita sekarang adalah untuk mendapatkan naskhah-naskhah tersebut yang sebahagian besarnya agak terhad atau tidak lagi berada di pasaran. Tuan-tuan dan puan-puan mungkin boleh menghubungi DBP, ITBM atau mana-mana kedai buku yang bermaruah.

shahnon-ahmad
Mizan Hashri

Akhir kata, tanamkan azam untuk cuba membaca buku-buku ini. Tak dapat 100, separuh pun jadi. Tak dapat separuh, 10 pun jadi. Tak dapat 10, Cubalah satu dulu.

Kalau satu pun tidak sudi hendak membaca, periksalah denyut nadi sendiri. Mungkin sudah jadi zombi.

  1. Naratif Ogonshoto – Anwar Ridhwan
  2. Ranjau Sepanjang Jalan – Shahnon Ahmad
  3. Anak Mat Lela Gila – Ishak Haji Muhammad
  4. Rimba Harapan – Keris Mas
  5. Sangeetha – Azizi Haji Abdullah
  6. Putera Gunung Tahan – Ishak Haji Muhammad
  7. Turunnya Sebuah Bendera – Usman Awang
  8. Salina – A. Samad Said
  9. Jibam – Ibrahim Anon
  10. Manikam Kalbu – Faisal Tehrani
  11. Seorang Tua Di Kaki Gunung – Azizi Haji Abdullah
  12. Budak Beca – Ishak Haji Muhammad
  13. Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman – Anwar Ridhwan
  14. Sungai Mengalir Lesu – A. Samad Said
  15. Imam – Abdullah Hussain
  16. Langit Petang – A. Samad Said
  17. Ayahanda – Azizi Haji Abdullah
  18. Rahsia Perindu – Ramlee Awang Murshid
  19. Leksikon Ledang – Nor Azida Ishak, Fadli Al-Akiti
  20. Empunya Hikayat – Zainal Rashid Ahmad
  21. Luka Nering – Malim Ghozali PK
  22. Nenek – Razali Endun
  23. Juara – S. Othman Kelantan
  24. Penyeberang Sempadan – Anwar Ridhwan
  25. Merentas Gerhana – Norhisham Mustaffa
  26. Tivi – Shahnon Ahmad
  27. Kail Panjang Sejengkal – A. Samad Ismail
  28. Senjakala – Baharuddin Kahar
  29. Hikayat Faridah Hanum – Syed Sheikh Ahmad Al Hadi
  30. Anak Titiwangsa – Keris Mas
  31. Srengenge – Shahnon Ahmad
  32. Bila Tuhan Berbicara – Faisal Tehrani
  33. Serigala Dan Sekuntum Tulip – S.M Zakir
  34. Warisnya Kalbu – Sri Rahayu Mohd Yusop
  35. Hujan Pagi – A. Samad Said
  36. Tulang-Tulang Berserakan – Usman Awang
  37. Panglima Awang – Harun Aminurrashid
  38. Warisan – Abdul Talib Mohd Hassan
  39. Sidang Serangga – Ishak Haji Muhammad
  40. Ah Fook – Jong Chian Lai
  41. Mereka Yang Tertewas – Hasanuddin Md Isa
  42. Waris Pejuang – Ruhaini Matdarin
  43. Hikayat Abdullah – Munsyi Abdullah
  44. Menara – Isa Kamari
  45. Wira Bukit – A. Samad Said
  46. Tembok Tidak Tinggi – A. Samad Ismail
  47. Sulatus Salatin – Tun Seri Lanang
  48. Bukan Legasi Lalang – Sri Rahayu Mohd Yusop
  49. Konserto Terakhir – Abdullah Husssain
  50. Semenanjung Menangis – Ariff Mohamad
  51. Puisi Untuk Esdyzuar – Nisah Haji Haron
  52. Bercakap Dengan Jin #1 – Tamar Jalis
  53. Hikayat Tanah Jauh – Zainal Rashid Ahmad
  54. 1515 – Faisal Tehrani
  55. Sukma Angin – Arena Wati
  56. Nyawa Di Hujung Pedang – Ahmad Murad Nasaruddin
  57. Kunang Pesisir Morten – Raiha Bahaudin
  58. Daerah Zeni – A. Samad Said
  59. Kanang: Cerita Seorang Pahlawan – Maznan Noordin
  60. Saga – Abdul Talib Hassan
  61. Begawan – Arena Wati
  62. Melor Kuala Lumpur – Harun Aminurrashid
  63. Keris Melaka – Ahmad Bakhtiar
  64. Rantau Selamat – Abdullah Hussain
  65. Embargo – Zahari Affandi
  66. Mencari Locus Standi – Nisah Haji Haron
  67. Odisi Tanah Kencana – Sri Rahayu Mohd Yusop
  68. Di Negeri Belalang – Anwar Ridhwan
  69. Ini Saya Punya Kerja – Usman Awang
  70. Patah Tumbuh – Keris Mas
  71. Ingin Jadi Pujangga – A. Samad Ismail
  72. Lagenda Budak Setan – Ahadiat Akashah
  73. Ahli Politik – S.M Zakir
  74. Kelabu – Nadia Khan
  75. Perlumbaan Kedua – Marwilis Haji Yusof
  76. Merpati Putih Terbang Lagi – Khadijah Hashim
  77. Ombak Bukan Biru – Fatimah Busu
  78. Buah Kering Di Hujung Ranting – Marwilis Haji Yusof
  79. Bumi Lestari – Rebecca Ilham
  80. Tok Guru – Shahnon Ahmad
  81. Sudara – Arena Wati
  82. Pujangga Melayu – Mohd Affandi Hassan
  83. Yang Miskin Dan Yang Mewah – Ishak Haji Muhammad
  84. Masuk Ke Dalam Cahaya – Abdullah Hussain
  85. Lentera Mustika – Nisah Haji Haron
  86. Ombak Samudera – Arena Wati
  87. Adik Datang – A. Samad Said
  88. Desa Pinggitan – Ibrahim Omar
  89. D.U.B.L.I.N – Wan Nor Azriq
  90. Tujuh Keturunan – A. Razak Adam
  91. Penderhaka – Ramli Selamat
  92. Interlok – Abdullah Hussain
  93. Pulanglah Perantau – Aziz Jahpin
  94. Pecah – Khairulnizam Bakeri
  95. Tombiruo – Ramlee Awang Murshid
  96. Di Sebalik Dinara – Dayang Noor
  97. Awang Vampiro – Nizam Zakaria
  98. Rindu Aroma Padi Bunting – Arena Wati
  99. Mahabbah – Shahnon Ahmad
  100. Dunia Adalah Sebuah Apartmen – Anwar Ridhwan

BACA: Saya Baru Habis Baca Novel ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ Dan Ini Apa Yang Saya Rasa

BACA: 10 Kata-Kata Buya Hamka Yang Menjentik Hati Dan Minda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber