Di saat orang ramai terkesan dengan penularan wabak COVID-19 serta bakal menyambut Hari Raya tidak lama lagi, Celcom nampaknya hadir dengan pelan istimewa dengan menawarkan 100,000 telefon pintar percuma buat pelanggan yang mendaftar pelan pascabar Celcom MEGA Lightning.

Menariknya mengenai pelan ini, pihak Celcom turut menawarkan potongan 50 peratus bil pascabayar Celcom MEGA bersama talian keluarga selama tiga bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tawaran pelan ini sah ditawarkan sehingga 31 Mei 2020 dimana rebat ditawarkan kepada pendaftaran Celcom MEGA dengan pas seperti Unlimited M, Unlimited L, atau Lightning M, L, atau XL melalui Celcom Online Shop. Berikut merupakan antara model telefon pintar yang boleh anda miliki secara percuma mengikut pelan yang dipilih.

Celcom MEGA

Celcom Mega 2

Selain itu, pihak Celcom turut menawarkan pelbagai lagi tawaran menarik buat pelanggan pascabayar dan prabayar melalui kempen Nak Hadiah Raya yang bermula daripada 1 Mei sehingga 24 Jun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi, penawaran pelan terbaru dengan telefon pintar percuma ini adalah salah satu daripada inisiatif Celcom dalam mengurangkan beban orang ramai bersempena dengan penularan COVID-19.

Buat anda yang berminat dengan pelan Celcom MEGA Lightning beserta penawaran telefon pintar percuma ini, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.

Berdasarkan ura-ura, Apple iPhone 12 dijangka bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749 sahaja. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Apple iPhone 12 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Sekitar RM2,749?

iPhone SE 2020 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Serendah RM1,999

Sumber