Mengembaralah kerana ianya cara terbaik untuk kita memahami sendiri cara masyarakat setempat dan budaya di sesebuah lokasi. Destinasi seperti Jepun, Korea Selatan, Vietnam dan beberapa negara ASEAN lain sering menjadi pilihan untuk melancong. Tetapi pernah atau tidak terlintas dalam fikiran anda untuk ke Macao?

Jika tidak, harap anda pertimbangkan bandar Macao ini dalam destinasi wajib travel anda. Menarik tentang bandar Macao ini adalah sejak kurun ke-16, Macao berada dibawah seliaan pentadbiran Portugis sebelum dikembalikan semula ke kerajaan China pada tahun 1999.

Menerusi satu trip yang dianjurkan pihak Macao Government Tourism Office (MGTO), kami berpeluang untuk ke Macao bulan lalu untuk merasai sendiri pengalaman jalan-jalan di Macao ini. Jadi saya akan ceritakan pengalaman sepanjang berada di sana.

1. Macao dan Melaka ‘Bersaudara’

https://www.instagram.com/p/BLLUm7ZD5M6/?taken-at=245978216

Sejarah negara Macao juga sangat unik dan boleh dikaitkan dengan Tanah Melayu. Kenapa kami kata begitu? Kerana Macao satu ketika dahulu pernah ditadbir oleh Portugis. Jadi memang banyak tinggalan sejarah jajahan Portugis yang dapat dilihat di Macao.

Mount Fortress dan Ruins of St Paul’s adalah antara tinggalan sejarah di sini yang hampir sama seperti binaan Portugis di Melaka, A Famosa. Seperti juga di Melaka, Mount Fortress dan Ruins of St Paul’s ini diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan tempat wajib lawat sekiranya anda sampai ke Macao.

Di Mount Fortress terletaknya Muzium Macao dan anda perlu masuk ke muzium ini untuk mengetahui sejarah Macao dengan lebih lanjut. Saya juga terkejut apabila melihat belacan ada di muzium ini dan menurut sejarah, belacan dibawa masuk ke Macao oleh pedagang dari Melaka dan belacan turut digunakan dalam masakan traditional Macao.

2. Keunikan Sisi Baharu Dan Lama Macao

Setibanya anda ke sini, anda akan dikejutkan dengan architecture yang pelbagai di pulau ini. Perkara pertama yang akan keluar daripada mulut anda pastinya perkataan ‘Wow’ kerana saya sendiri tidak menyangka pulau ini mempunyai bangunan tinggi yang hebat-hebat belaka.

Kebanyakkan bangunan yang hebat ini adalah hotel Setiap hotel mempunyai rekaan dalaman yang berlainan untuk menarik perhatian pelancong untuk menginap di hotel mereka. Ini adalah di kawasan new Macao.

https://www.instagram.com/p/BjMKWMJAz_r/?tagged=senadosquare

Di bahagian old Macao tidak kurang hebatnya. Di sini anda boleh lihat suasana kehidupan penduduk Macao yang lain pula. Kemajuan di Macao ini boleh dikatakan seimbang dan anda perlu ke seluruh pulau untuk merasai keindahannya. Di kawasan inilah terletaknya Monte Fort, Ruin of St Paul dan Senado Square untuk anda membeli barangan cenderahati dan sebagainya.

3. Satu Benua Eropah Ada Di Macao, ‘shopping heaven’ untuk kaki shopping

https://www.instagram.com/p/BjZ0n-cgqNw/?tagged=venetianmacau

Boleh kata satu benua Eropah ada di sini! Mengapa saya kata demikian? Kerana kebanyakkan hotel di sini mengambil inspirasi dari Eropah untuk rekaannnya. Jika anda ke hotel Parisian anda rasa seperti anda di Paris (siap dengan replika Eiffel Tower yang hebat), Jika anda ke Venetian anda rasa seperti anda berada di Venice dan jika anda ke Legend Palace Hotel pula anda rasa seperti anda berada di Rom. Memang dahsyat mereka mencipta ilusi ini dan sesuatu yang anda tidak dapat rasa di tempat lain.

https://www.instagram.com/p/BjNCavPFHvA/?tagged=parisianmacao

Aktiviti yang anda wajib anda lakukan adalah hotel hopping kerana di setiap hotel ada butik jenama terkemukanya yang tersendiri. Jadi, anda perlu ke setiap hotel untuk window shopping jenama yang anda suka. Kebanyakkan hotelnya juga walking distance untuk memudahkan anda hotel hopping ini.

Jangan terkejut kerana hotel seperti Venetian mempunyai 500 butik dan kedai di dalamnya! Satu hari pun tak tentu habis untuk pusing satu Venetian. Apa tah lagi untuk pusing satu Macao.

4. Makanan Halal

Pateis_de_nata_3

Selalunya jika kita mahu travel, makanan halal adalah salah satu perkara penting yang kita akan lihat. Ketika ini, sudah banyak restoran yang menawarkan menu halal di Macao.

Sepanjang kami di Macao, ini adalah antara restoran halal yang boleh anda kunjungi sekiranya anda tiba ke Macao – Dong Lai Shun Muslim Restaurant, Taste Of India (Roti nan keju terbaik yang saya pernah makan), makanan laut di Coast (MGM, Cotai) dan Golden Peacock (Restoran Michelin Star).

Jika anda sudah tiba di Macao, tidak sah kedatangan anda jika tidak cuba portuguese egg tart Lord Stow. Ini adalah egg tart paling sedap pernah kami makan dan disebabkan itu egg tart oleh Lord Stow ini tersenarai dalam pilihan tempat makan perlu dikunjungi oleh TripAdvisor serta Michelin Star certified.

Apa yang saya dapat simpulkan adalah di Macao, tersembunyi 1001 keunikan yang boleh anda jelajahi. Sisi moden dan pembangunan pesat bandar Macao langsung tidak mengganggu sisi traditional Macao.

Ya, jika anda peminat filem ‘Now You See Me 2’ pasti anda akan lebih teruja. Anda juga boleh melawat sendiri set penggambaran filem ini di sini. Jadi tidak perlu fikir panjang, masukkan Macao dalam senarai wajib travel anda. Dalam artikel kedua, saya akan kongsikan pula tentang aktiviti menarik yang anda boleh buat di Macao. Teruja mahu cerita tetapi tunggu ya?