Kita baru sahaja dikejutkan dengan laporan kebocoran data pengguna di AirAsia. Kini sudah timbul pula dakwaan terbaharu berkenaan data pengguna WhatsApp rakyat Malaysia sedia dijual.

Menerusi sebuah forum terkemuka dikalangan penggodam, kini dilihat sekitar 500 juta rekod WhatsApp dijual. Malah, dikatakan sebagai pengkalan data terkini melibatkan lebih 80 buah negara termasuklah Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mengikut angka yang dikongsikan, sekitar 11.6 juta data pengguna dari Malaysia didakwa turut dijual. Di samping itu, Malaysia kini berada di dalam senarai 20 negara teratas dengan angka data pengguna WhatsApp yang tinggi untuk dijual.

Masih belum diketahui bagaimana data-data ini berjaya dihimpunkan namun didakwa penggodam menawarkan data melibatkan pengguna aktif platform tersebut. Buat masa ini, pihak Meta belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan kebocoran data kali ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna dinasihatkan berwaspada dengan sebarang mesej yang diterima menerusi WhatsApp lebih-lebih lagi daripada yang tidak dikenali.

Sumber