Pernahkah anda fikir mengapa bendera-bendera direka sedemikian rupa? Tidakkah anda ingin mengetahui tentangnya? Baru-baru ini Just The Flight telah mengeluarkan satu infografik tentang 24 buah bendera dan kisah disebalik penciptaannya. Rupa-rupanya bendera-bendera negara bukanlah direka sewenang-wenangnya kerana ia perlu menampilkan sejarah dan warisan sesebuah negara itu.

Menurut Vocket, ini 11 dari 24 bendera yang mempunyai kisah paling menarik:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Amerika Syarikat

13 jalur melintang mewakili 13 koloni yang telah mengisytiharkan kemerdekaan dan menjadi negeri pertama Union, dan 50 bintang melambangkan 50 negeri di Amerika Syarikat pada masa kini.

2. Bangladesh

Warna hijau melambangkan kesuburan tanah negara Bangladesh dengan banyak tumbuhan hijau. Warna merah pula melambangkan darah mereka yang meninggal dunia demi mencapai kemerdekaan. Bulatan merah mewakili kebangkitan matahari Bengal.

3. Brazil

“Ordem e Progresso” merupakan motto yang ada di atas bendera Brazil. Ia bererti “Order and Progress” dan ia telah diinspirasikan oleh ahli falsafah Perancis, Auguste Comte yang menjurus kepada kepositifan. Bintang-bintang putih melambangkan langit di waktu malam yang menyelubungi Rio de Janeiro.

“Love as a principle and order as the basis; progress as the goal” = Auguste Comte

4. China

Warna merah melambangkan revolusi komunis di China. Lima bintang dan perhubungan antara bintang-bintang itu melambangkan kesatuan orang Cina di bawah kepimpinan Parti Komunis China (Communist Party of China). Orientasi bintang dengan kedudukan 1 bintang besar dilengkungi 4 bintang kecil melambangkan kesatuan disekitar yang lebih besar.

5. United Kingdom

Bendera ini dikenali sebagai The Union Jack. Ia mempunyai 3 palang merah yang mewakili Saint George (England), St Patrick (Ireland) dan Saltire of Saint Andrew (Scotland). Wales tidak dimasukkan kerana semasa The Union Jack direka, Wales masih lagi sebahagian dari Kingdom of England.

6. Greece

Maksud disebalik 9 jalur di bendera Greece ini mewakili 9 suku kata frasa bahasa Greece yang bererti “Freedom or Death”. Manakala palang putih di bahagian atas kiri melambangkan Eastern Orthodox Christianity.

7. India

Bendera India wujud pada tahun 1931. Warna jalur hijau melambangkan orang Muslim dan warna jalur oren saffron melambangkan orang Hindu. Warna jalur putih pula melambangkan keinginan keamanan di antara Muslim dan Hindu. Roda warna biru dengan 24 jaring mewakili 24 jam sehari.

8. Iran

Di dalam budaya Iran, warna hijau adalah simbolik pertumbuhan dan kegembiraan, manakala putih pula bermakna keamanan dan merah untuk keberanian, api dan cinta. Tulisan berwarna putih yang diulang sebanyak 11 kali di tepi warna hijau dan merah ialah frasa “Allahu Akhbar” (Allah Maha Besar).

9. Malaysia

Bendera Malaysia mempunyai 7 jalur merah dan 7 jalur putih yang melambangkan status yang sama bagi 13 negeri dan kerajaan persekutuan. Bulan sabit kuning pula melambangkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam.

10. Nepal

Bendera Nepal tidak berbentuk segi empat. Ia mempunyai bentuk yang melambangkan puncak Himalaya dengan paparan simbol matahari dan bintang yang melambangkan ketenangan dan keazaman. Warna merah tua merupakan warna bunga kebangsaan Nepal, rhododendron dan garisan berwarna biru memberi maksud keamanan.

11. Vietnam

Warna merah terang melambangkan kecenderungan ke arah komunis dan mewakili darah tumpah demi kemerdekaan. 5 poin pada bintang kuning mewakili kesatuan pekerja, askar, petani, orang muda dan orang bijak pandai.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram