Ramai yang PM saya berkenaan pengurusan stress di tempat kerja. Pengurusan stress ini perlu bermula daripada HARI PERTAMA BEKERJA, supaya ia tidak melarat lama-lama sehingga jadi kes yang parah seperti mencederakan diri atau bunuh diri. Cuma kalau tak dapat mula hari pertama bekerja, mulakanlah HARI INI.

Saya ingat masa saya houseman doktor muda adalah masa di mana ramai doktor senior akan cuba ambil kesempatan, membuli, dan menyindir kami yang paling junior. Walaupun ini adalah perangai yang tidak sihat di kalangan doktor senior, tapi inilah hakikatnya yang sering berlaku. Maka kita perlu adjust expectations & handle events based on your principles.

Kalau consultant jenis super-malignant yang kata dulu diorang bertahan saja caci maki, tak perlu pun kaunseling ni masa diorang MO atau HO, dulu diorang oncall every other day, doktor junior sekarang ni manja – look how they suffer from those psychotic rages. Engkau lah mangsa depa sekarang ni. You wanna be like that at 40 or 50 years old?

Saya bagi sikit tips yang saya ingat pernah saya buat. Bagaimana?

1. Always set to go home on time.

Kalau waktu tagging kena kerja sampai pukul 10pm, pastikan by 10pm you finish up everything. Mana kerja yang ada sila habiskan, dan passover pada yang oncall kalau perlu.

Samalah kalau hari kerja biasa habis 5pm, pastikan semua kerja siap pada masa tu. Jangan ambil kerja baru. Pastikan dokumentasi sempurna tiptop! Nampak macam remeh, tapi inilah batas yang perlu anda hadkan.

2. Confront your bullies.

Aku punya ego tinggi sikit, I refused to be pushed around. Kalau ada yang aku rasa unjustified bullying, I confronted the person directly even if he is a super consultant or specialist (but please pick your battles you want to win carefully, not all battles are winnable as doctors).

Pernah aku report sorang consultant punya misconduct towards houseman pada timbalan pengarah. The hospital sided with me, a first year houseman. Pernah juga aku confront seorang specialist sebab layanan yang buruk sebab percaya fitnah orang terhadap aku.

Percayalah, your career doesn’t depend on them, once you make official complains in black and white. Confront & talk to them how they are incompetent as a boss if you have to. No boss is worth your mental health, especially if they themselves are mental. (This tip is especially thanks to my special upbringing in Russia where we eat mental people for breakfast).

3. Make friends, create alliances or support group – tak tipu.

Kau kena ada kawan nak kongsi semua cerita pengalaman kerja seharian, boss ni teruk boss ni bagus, camana nak handle pesakit ini, nurse itu, specialist malignant sebegitu.

Berbaiklah sesama kawan doktor, nurse, boss pakar, MA, lab people dan staf-staf lain. Keluarlah makan sekali, lepak weekend sekali, sembang-sembang waktu free dan sebagainya. Socialize a little. These are the friends that can last throughout your career. Barulah kau rasa semua beban bukan atas bahu kau sorang.

4. Prioritize.

Buat kerja urgent & important dahulu, kemudian baru kerja yang non-urgent. Jangan biarkan anda punya thought process sering diganggu kerana ia melibatkan diagnosis yang betul dan plan rawatan yang komprehensif. Tanya bos kalau tak tahu, kerana ia melibatkan nyawa orang tu! Bosses are there for a reason.

5. Seek help early.

Macam aku cakap tadi, no boss, no colleague, no nurses, no patient/client/customer are worth your mental health. Kalau perlu kaunseling, cakap pada boss cepat dan minta cuti. Jangan jadi psikotik atau suicidal baru kalut nak mintak tolong. Biarlah dilabel bermasalah atau tak kompeten pun, asalkan kau boleh teruskan hidup.

6. Gunakan cuti.

Ambillah cuti 4-5 hari berterusan (termasuk hujung minggu atau cuti umum sekali) setiap 2 bulan. Relax, baca buku, tengok wayang, travel dekat-dekat cari pantai atau gunung atau hutan.

Setiap end of posting boleh juga kalau nak rancang percutian tempat jauh sikit, sekurang-kurangnya kau akan look forward pada cuti penghujung posting. Work-life balance is very important.

Kalau consultant jenis malignant yang kata dulu diorang tak perlu pun cuti-cuti ni masa diorang MO atau HO, dulu diorang oncall every other day, doktor junior sekarang ni manja asyik nak bercuti – look how they suffer from those psychotic rages. You wanna be like that at 40 or 50 years old?

Baca: ‘Jadi Orang Yang Ringkas’, Rahsia Ibu Bekerja Kurangkan Stress Di Rumah

Gambar di pergunungan Kaukasus. Bila stress, panjatlah gunung.

7. Have a vision or an exit plan.

Apa sebenarnya kau nak daripada jadi doktor ni? Dalam 5-10 tahun adakah anda lihat diri sendiri sebagai pakar perubatan, atau MO kronik atau macam mana? Kalau tak, adakah kau nak keluar kerja di private atau buat bisnes lain?

Semua ni kena ambil tahu. Kalau tak, nak bangun pergi kerja liat, selalu ambil MC dan EL, baru parking kereta kat hospital dah stress, baru punch in rasa nak melarikan diri. Know what you want, and you will come to work with much less stress.

8. Family is valuable.

Jangan abaikan keluarga kerana keluarga yang sakit bukannya boss atau rakan sekerja nak jaga. Kita jugak yang jaga sendiri. No work is worth sacrificing your family. Compromise yes, but not sacrifice.

9. Kesihatan jasmani.

Makan elok-elok kalau boleh jangan skip meal, kalau terpaksa juga beli sikit makanan masuk dalam poket makan bila boleh. Tidur awal. Exercise sikit. Basic stuffs.

10. Kesihatan rohani.

Sembahyang, baca quran, baca buku, travel, tolong mereka yang tidak berkemampuan.

11. Coffee really helps. Seriously tak tipu.

Perlu diingatkan pengurusan stress ini perlu fine-tuned dengan situasi anda. Ada mungkin memang ENGKAU yang menyebabkan stress orang lain di tempat kerja, to which you need to question yourself, are you the problem or the victim? Don’t play victim, it is counterproductive and won’t help with stress management. Be proactive instead of reactive, set your boundaries, adjust your expectations and pick your battles well.

Saya rasa cara kat atas ni berkesan bukan untuk doktor saja, malah industri lain pun boleh pakai juga. Kalau ada orang ada tips lain yang boleh tambah, dipersilakan tulis di ruangan komen.

Baca lagi: Nazri Berjaya Tukar Stress Kepada Gembira Sewaktu Buru PhD Di Oxford Dan Ini Rahsianya

Artikel di atas disumbangkan oleh Faiz Najmi. Beliau merupakan seorang bekas doktor dan kini adalah penasihat kewangan.. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤