Baru-baru ini, ramai juga yang mengajak kami join itu ini.

Pelaburan emas, jualan minyak wangi, jualan produk kesihatan dan pelbagai lagi produk yang cuba diketengahkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Timbul rasa kagum di dalam hati melihat kesungguhan seseorang yang ingin mengubah nasib hidupnya. Syabas dan tahniah kami ucapkan :D

Namun begitu, dalam hendak mengubah hidup menjadi lebih baik, ada ketika seseorang sampai terlupa syariat-syariat di dalam urusan muamalat.

Bagi merungkai kemusykilan di dalam soal ini, kami beranikan diri bertanya kepada Tuan Azizul Azli yang kami kira arif tentang permasalahan sebegini.

Berikut adalah perbualan di antara kami dan juga beliau.

——————————————–

Soalan:

Assalamualaikum Tuan Azizul Azli yang saya hormati.

Bolehkah kiranya saya mohon pandangan dan pendapat tuan mengenai satu sistem ini, yang dikenali sebagai xxx?

Modus operandinya lebih kurang begini, simpan duit dan tak perlu buat apa-apa tetapi duit akan “beranak-pinak”.

Mohon pandangan tuan di dalam isu ini.

Terima kasih.

Jawapan:

Walaikumussalam Fatin yang baik,

Saya belum pernah dengar nama xxx. Walaubagaimanapun, Fatin boleh merujuk kepada beberapa perkara berikut:

1. Bagaimana duit tersebut beranak?
2. Apakah jenis pelaburan yang menjadikan duit itu beranak?
3. Bagaimanakah ia beranak?
4. Apakah ia syariah compliance?
5. Apakah bentuk bonus yang diterima tetap?
6. Berapakah kadar tetap yang dijanjikan?
7. Bagaimana jika saya ingin keluar daripada pelaburan ini?
8. Apakah syaratnya?
9. Mohon semak senarai watch list di Bank Negara Malaysia.
10. Siapakah pendana terbesar di dalam pelaburan ini?
11. Perlukah saya mencari downline atau orang lain untuk ikut melabur sama?

Itu persoalan asas sebelum kita mengenal pasti pelaburan itu bersifat skim cepat kaya atau tidak.

Jika falsafahnya tidak perlu buat apa-apa dan duit beranak-pinak, ia cenderung kepada skim cepat kaya.

Pelaburan biasa pun kita kena pantau dan ada ilmu.

Berapa perlu disimpan pada permulaannya?

Terima kasih.

Kredit: Tuan Azizul Azli Ahmad

——————————————–

Melalui penjelasan oleh Tuan Azizul Azli ini, dapat kami simpulkan bahawa tiada jalan pintas menuju kekayaan. Jika mahu melabur sekalipun, kita perlu lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh berkenaan selok-belok pelaburan dan syarikat yang kita ingin libatkan diri itu.

Selain itu, persoalan-persoalan berikut juga boleh digunakapai bagi sistem pelaburan lain yang terdapat di negara kita.

Nasihat kami, berwaspadalah. Tidak salah untuk mempamerkan sikap berhati-hati sebelum melabur atau menceburkan diri di dalam sesuatu perniagaan itu. Tindakan yang terburu-buru boleh mengundang akibat yang buruk buat diri sendiri dan juga insan tersayang.

Ingat, bijaklah membuat keputusan. Anda bijak sekarang, pasti anda kaya di hari-hari kemudian ;)

Ikuti pelbagai kisah menarik di The Vocket.

Like dan Share The Vocket di Facebook.