Setelah penat bekerja, pasti ada segelintir daripada anda akan ‘reward’ diri sendiri dengan bercuti dalam ataupun luar negara. Malah, antara destinasi pilihan dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Korea, Thailand, Jepun dan sebagainya.

Drama Korea Hotel Del Luna boleh dikatakan drama Korea terbaik pada tahun ini dan menjadi perhatian ramai orang terutama sekali peminat drama Korea di Malaysia. Terdapat beberapa lokasi dalam drama tersebut yang pasti buat anda ingin ke sana untuk ‘remake’ gambar seperti babak dalam drama tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @maknae_taja telah berkongsi cara berkunjung ke lokasi pengambaran drama Hotel Del Luna. Lihat perkongsian beliau di bawah ini.

1. Hotel Seine

1562941272644-6
Sumber: Naver blog

Jangan tertipu dengan namanya iaitu Hotel Seine kerana ia sebuah kafe. Jika anda lihat, kebanyakan babak dalam hotel dilakukan di sini.

cafe_seinejang
Sumber: Naver blog

Kafe ini terletak di 27-5 Donhwamun-ro 11 Gil, Nakwondong, Jongno-gu. Anda hanya perlu turun Jongno 3 (sam) ga station dan keluar exit 6. Kemudian jalan dalam 500 meter dan anda akan nampak bangunan berwarna pink.

2. Seoul Books Bogo

hoteldelluna
Sumber: KissAsian

Jika anda ingat, ada satu babak dalam bilik hotel yang dipenuhi dengan buku, inilah tempatnya. Tempat ini terletak di Oguem-ro 1, Songpagu, Seoul.

OKH06548
Sumber: Naver blog

Anda hanya perlu turun ke stesen Jamsillaru dan keluar exit 11. Kemudian, jalan dalam 300 meter dan sampai.

3. Mokpo Modern History Museum

Screenshot 2019-12-24 at 12.09.15 PM
Sumber: Kissasian

Bagi anda yang mengikuti drama ini, anda pasti tahu bahawa hotel tersebut terletak di tengah-tengah bandar. Sebenarnya ia adalah sebuah muzium.

¹Ú¹°°ü1-1
Sumber: Naverblog

Muzium ini terletak di 6 Yeongsanro 29 Beongil, Daeuidong 2-ga, Mokpo-si, Jeollanamdo. Anda perlu menaiki KTX dari Seoul ke stesen Mokpo. Selepas itu, anda hanya perlu berjalan dalam lebih kurang 800 meter dan anda akan jumpa muzium ini.

4. Changhwadang Daehakno Branch

66475459_488252625079601_6921785520620044288_o
Sumber: Kissasian

Karakter Jang Man Wol dalam drama ini sangat suka ke restoran atau kafe untuk ‘food hunting’. Changhwadang Daehakno Branch adalah antara kafe yang ada dalam drama.

Kafe ini terletak di 39 Changgyeonggung-ro 26-gil, Myeongnyun 4(sa) ga, Jongnogu seoul. Anda hanya perlu turun di stesen Hyewha dan keluar ikut exit 3 serta jalan dalam 300 meter.

5. Buyeo Garimseong Fortress

zelkova
Sumber: Kissasian

Masihkah anda ingat babak Go Chung-Myung dan Jang Man Wol di bawah sepohon pokok ketika era Joseon? Tempat ini adalah Buyeo Garimseong Fortress dan terletak di 167, Imcheon-myeon, Buyeo-gun, Chungcheongnamdo.

sarang-tree-768×757
Sumber: Naver blog

Anda boleh menaiki subway turun ke Nambu Bus Terminal dan menaiki bas ke Buyeo Intercity Nus Terminal. Kemudian, anda naik bas 301 (hijau) iaitu 23 hentian untuk sampai ke Hyanggyotteum. Selepas itu, anda hanya perlu jalan dalam 10 minit sahaja.

6. Ilsan Lake Park

5
Sumber: Kissasian

Anda boleh berkelah seperti Jang Man Wol di Ilsan Lake Park yang terletak di 595, Hosuro, Ilsandong-gu, Goyangsi, Gyeonggido.

Ilsan lake park
Sumber: Rilexlah

Anda perlu menaiki subway ke stesen Jeongbalsan dan keluar melalui exit 2. Kemudian, hanya jalan dalam 10 minit dan sampai.

7. Eum The Place

e12
Sumber: Kissasian

Sebuah rumah yang agak klasik iaitu Eum The Place merupakan rumah Koo Chan-Seong dan Sanchez terletak di 35-3, Samcheongdong, Jongno-gu, Seoul.

Untuk ke sini, anda hanya perlu meaiki subway ke stesen Anguk dan keluar melalui exit 2 serta hanya jalan 15 minit daripada stesen.

8. Pizza Alvolo

12pz
Sumber: Kissasian

Restoran milik Sanchez iaitu dikenali sebagai Pizza Alvolo terletak di 3 Yeongdeungpo-ro 12-gil, Yeongdeungpo-gu, Seoul.

Sumber: Facebook Tien Tien

Anda hanya perlu menaiki subway turun ke stesen Yangpyeong dan keluar melalui exit 2, kemudian jalan selama 5 minit sahaja.

9. Forest of Wisdom

book
Sumber: kissasian

Perpustakaan Forest of Wisdom yang terletak di 145 hoedong-gil, Paju, Gyeonggido ini adalah tempat dimana Jang Man Wol dan Koo Chan-Seong berjumpa dalam episod terakhir.

Forest of Wisdom
Sumber Korea Net

Jika anda ingin ke sini, anda hanya perlu turun ke stesen Hapjeong dan keluar menerusi exit 1. Kemudian, naik bas 2200 berwarna merah dan tunggu 5 hentian dan turun di Eunseokgyo Sageori. Selepas itu, jalan dalam 3 minit sahaja.

10. Bukhangang Railroad Bridge

Bukhangang Railroad Bridge
Sumber: Twitter Eunbi

Jambatan ikonik dimana semua roh akan melalui jambatan ini menuju ke alam satu lagi. Jambatan tersebut terletak di 511-2 Yangsuri, Yangseo-myeon, Yangpyeong, Gyeonggido.

Anda hanya perlu turun di stesen Ungilsan dan keluar melalui exit 2. Kemudian, anda hanya perlu jalan dalam 10 minit.

11. Coffee In Ddeurak

EMHcVrRU0AAZXrQ
Sumber: Kissasian

Pada awal-awal drama ini, anda pasti masih ingat akan babak Jang Man Wol cuba approach Koo Chan-Seong di kawasan lorong-lorong.

Coffe in Dduerak
Sumber: Korean Dramaland

Anda boleh ke Coffee in Ddeurak dengan ke stesen Anguk dan keluar menerusi exit 2 serta jalan kaki dalam 900 meter sahaja.

Jika anda akan ke Korea dalam masa terdekat, ini masanya untuk anda ‘remake’ bergambar di sana. Pasti cun gambar anda nanti.

Tahukah anda bahawa ada peminat dakwa Hotel Del Luna kini berada di Malaysia? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Peminat Dakwa Jumpa ‘Hotel Del Luna’ Sebenar Di Malaysia

Rasai Pengalaman Unik, ‘Check-In’ Ke Hotel Berhantu Pertama Di Asia Tenggara

5 Hotel Di Malaysia Yang Sangat Unik Dan Bersejarah

Sumber