Lazada sedang meraikan ulangtahun ke 5 mereka sebagai pasaraya online terbesar. Bagi kaki buru tiket penerbangan murah, sale barang travel murah, inilah masa terbaik untuk beli beberapa gajet travel dengan harga berpatutan.

Saya juga sebenarnya antara ribuan netizen yang gemar membeli belah di Lazada.com.my. Dan untuk sale kali ini, berikut antara travel gadjet yang sempat saya survey dan  berbaloi untuk dibeli.

Oh ya, anda cuma perlu klik pada gambar untuk baca info penuh dan akan terus dibawa ke Lazada untuk setiap barang. Jom!

1. Storage Bag Organizer

Berguna untuk susun baju dan semua barang travel sampai padat. Bila imigresen suruh buka beg, tidaklah terburai semua barang termasuk yang baju kecil pangkat adik-adik. Haha.

2. Universal Travel Wall Adaptor Charger

Antara gajet penting setiap kali travel ke luar negara. Lain negara lain jenis soket yang digunakan. Memang wajib bawa adaptor begini.

3. Penimbang beg digital

Kecoh sejak beberapa minggu ini bila AirAsia kenakan had untuk hand carry luggage. Penimbang digital begini boleh selesaikan kes beg terlebih berat. Boleh timbang hingga berat 50kg.

4. Pineng Extension Socket

Ini pun penting untuk cas smartphone, tablet, action cam, MP3, MP4 dan gajet anda yang lain semasa travel.

5. Expandable Monopod Untuk Action Cam

Boleh guna untuk selfie dengan action cam anda sama ada GoPro Hero 5, 4, SJCAM, EKEN, mahu pun XIAOMI.

6. World Scratch Map

Mereka yang suka travel akan suka peta begini. Boleh gores negara yang telah berjaya dikunjungi.

7. Tuala Microfiber

Saiz tuala 69 x 54.5cm. Mudah kering, ringan dan tidak makan ruang yang banyak. Sesuai untuk travel. Dijual bersama beg kecil, jadi boleh sangkut di luar bangpack  anda jika dalam beg dah tak muat. Ada dalam pilihan warna merah, kelabu, hijau, biru, dan purple.

8. Travel Cooker

Bagi yang nak berjimat sewaktu travel terutama ke negara yang matawang lebih tinggi daripada Malaysia, travel cooker merupakan antara barang penting.

9. Lazy Sofa

Ringan, muah dibawa, mudah masukkan angin. Boleh dibawa travel, berkhemah dan sewaktu lepak di taman atau tepi tasik.

10. Karrimor Sleeping Bag

Bakal travel ke negara sejuk? Highly recommended sleeping bag for you. Sesuai untuk suhu antara negative 13 (-13)  hingga 10 darjah celcius.

11. Karrimor Sleeping Bag untuk 3 musim (musim luruh, musim bunga dan musim panas)

Satu lagi gajet pilihan yang berbaloi untuk anda dapatkan.

Ada banyak lagi pilihan gajet lain di Lazada sempena sale kali ini. Lupa pula. Sale ini bermula sejak 22 Mach – 24 Mach. Hari ini adalah hari terakhir untuk anda rebut peluang membeli barangan di atas pada harga sale. Jadi apa tunggu lagi. Jom serbu Lazada Malaysia sekarang!