Kebanyakan rumah yang diubah suai ke tahap ekstrim adalah rumah model lama yang berusia 20 hingga 50 tahun. Ia membolehkan generasi baru memiliki rumah yang digayakan moden dan mengikut arus pembangunan semasa. Ini 11 contoh bahagian depan rumah teres yang telah diubah suai bagi menepati kehendak dan keperluan tuan rumah.

reno 01

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rumah teres dua tingkat di Seputeh, Kuala Lumpur ini diubah suai rupa keseluruhannya tapi tanpa meruntuhkan dinding atau membina semula keseluruhan bahagian. Maka, hasil akhir agak mengejutkan kerana rumah teres lama ini telah diberikan rupabentuk yang lebih moden dan kehijauan.

reno 02

Rumah teres dua tingkat ini pula mengaplikasikan rupabentuk industri moden yang simple. Asalnya ia merupakan sebuah rumah lama di Petaling Jaya yang mempunyai pelbagai masalah. Dengan pengubahsuaian ini, rumah ini kelihatan moden dan mempunyai ruang pengudaraan dan keluasan yang lebih baik dan selesa.

reno 03

Rumah teres ini terletak di Bangsar yang juga mementingkan ruang pengudaraan dan keluasan yang baik dan selesa bagi sebuah rumah di bandar besar. Ia juga kelihatan mewah dan berbeza berbanding rumah-rumah lain yang sederet dengannya.

reno 04

Ini pula rumah teres dua tingkat di Singapura yang telah diubah menjadi tiga tingkat. Rupa depan rumah ini mengaplikasikan bilah-bilah besi yang boleh digerakkan ke kiri atau ke kanan bagi mencipta ruang pengudaraan yang baik. Ia pastinya memberi kesan yang berbeza bagi muka depan rumah ini setiap kali bilah-bilah besi ditukarkan kedudukannya itu.

reno 05

Rumah satu tingkat yang diubah menjadi satu setengah tingkat ini disifatkan mempunyai rekabentuk kontemporari klasik. Ia direka sedemikian selepas mempertimbangkan bilangan koleksi antik cina yang banyak dimiliki oleh tuan rumah. Maka, ia diinspirasikan dari rumah Peranakan yang boleh dilihat di Jalan Jonker, Melaka.

reno 06

Rumah teres dua tingkat di Subang Jaya, Selangor ini masih mengekalkan bentuk atapnya tetapi diubah bilangan dan jenis tingkap bagi mencipta kelainan. Malah, ruang tempat kereta pula dibuat hanya untuk menempatkan dua buah kereta sahaja pada satu masa berbanding rumah-rumah lain.

reno 07

Sesiapa yang biasa dengan jalan di Seksyen 14, Petaling Jaya berkemungkinan besar mengenali rumah teres satu tingkat ini. Bumbung asal rumah tahun 1950-an ini telah digantikan dengan bumbung rata dan dindingnya diwarnakan dengan warna putih. Tuan rumah mahu menerapkan rekabentuk kontemporari dan membinanya dengan menggunakan reclaimed materials (bahan tambakan/guna semula).

reno 08

Rumah teres dua tingkat ini terletak di Bukit Antarabangsa, Selangor berusia 30 tahun lebih diubah suai agar dapat memaksimakan pencahayaan dan aliran pengudaraan ke dalam rumah.

reno 09

Ini rumah jenis townhouse tiga tingkat di Shanghai, China. Asalnya ia digunakan oleh satu keluarga sahaja tetapi telah diubah suai menjadi tiga apartment yang berbeza. Ia kelihatan menarik kerana bahagian depan bangunan ini menggunakan cermin besar sebagai dinding.

reno 10

Pemilik rumah teres tiga tingkat ini mahu menonjolkan elemen New Sustainable Residential Typology for Landed Houses yang bersesuaian dengan iklim tropika di Singapura.

reno 11

Rumah teres dua setengah tingkat ini terletak di Ujana Kingfisher telah diruntuhkan tiang tengah di depan rumah bagi membolehkan dua buah kereta diletakkan serentak pada satu masa. Atap tingkat atas pula dipanjangkan ke depan sebagai bumbung bagi bahagian bawah.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram