Nota Editor: Makanan-makanan yang dinyatakan di bawah diambil dari sumber-sumber yang dinyatakan pada setiap jenis makanan. Kami tidak dapat memberi status kehalalan setiap sumber makanan atas dasar kesukaran untuk mendapatkannya di Malaysia. Sumber yang mendapat pengesahan halal telah kami sertakan sekali dalam penulisan kami. Nilai yang dinyatakan telah ditukar dari USD Dolar ke Ringgit Malaysia.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda 11 jenis makanan yang termahal di dunia.

Makanan-makanan ini menjadi mahal adalah disebabkan kesukaran serta masa yang diperlukan untuk mendapatkannya.

BeFunky-collage-42
HYPE
Pengalaman Berharga, McDonald’s Tawar Peluang Untuk Anda ‘Spend Time’ Bersama Finalis AJL 35
Baca lagi →

Nak tahu makanan apa yang mahal sangat tu? Jom tengok senarai di bawah.

1. Ayam Cemani – RM10,000/ekor

Ayam eksotik ini boleh didapati di Indonesia. Warna ayam ini adalah hitam dari bulu pelepah hingga ke organ dalamannya. Dagingnya penuh zat besi sesuai untuk ibu lepas bersalin untuk menambah darah.

Sumber: MSN

2. Bluefin Tuna – RM29,000/kg

Ikan ini sangat digemari rakyat Jepun. Atas badannya mempunyai jalur berwarna biru menyebabkan ia dipanggil ‘Bluefin’. Isinya berwarna merah dan selalu dijadikan sebagai sushi dan sashimi. Aktivis haiwan mengecam Jepun kerana ikan tuna ini termasuk dalam kategori spesis yang terancam.

Sumber: MSN

3. Kopi Luwak – RM370/kg hingga RM2200/kg

Peminat kopi boleh cuba kopi luwak ini. Kalau anda nak tahu, kopi ini terhasil dari najis musang dan terdapat di Indonesia. Hukum meminumnya boleh didapatkan di portal e-fatwa. Disebabkan proses untuk mendapatkan biji kopi ini sangat sukar, ia menjadi kopi termahal di dunia.

Sumber: MSN

4. Coklat To’ak – RM946/keping

Coklat itu dihasilkan daripada 81 peratus campuran koko gred terbaik yang diperoleh daripada 14 petani di seluruh negara Equador dan memerlukan 36 tahap proses untuk menyiapkan sekeping coklat seberat 42 gram.

Sumber: Kosmo

5. Saffron – RM22,000/kg

Saffron merupakan sejenis tumbuhan yang dijadikan rempah dalam masakan serta ubat traditional untuk asma dan batuk. Proses penanamannya adalah menggunakan 100% tenaga manusia menyebabkan ia menjadi antara makanan yang termahal di dunia.

Sumber: MSN

6. Truffle Putih – RM25,000/kg hingga RM200,000/kg

Truffle merupakan sejenis tumbuhan yang terhasil daripada fungus (keluarga cendawan). Disebabkan proses kultivasinya sangat sukar menyebabkan harganya sangat mahal. Popular dalam masakan Perancis dan Itali.

Sumber: MSN

7. Yubari Melon – RM27,000/biji

Buah yang mirip tembikai susu ini merupakan lambang status seseorang di Jepun. Isinya berwarna kuning serta sangat manis. Buah ini menjadi rebutan ramai sehingga ianya dilelong dengan harga tinggi.

Sumber: MSN

8. Daging Wagyu Jepun – RM5000/kg hingga RM10,000/kg

Daging yang mempunyai lemak yang bersinar-sinar serta rendah kolestrol ini sangat lembut apabila dimasak. Anda akan dapat merasakan dagingnya seperti mencair di dalam mulut. Terdapat restoran halal menyediakan daging wagyu di Malaysia.

Sumber: MSN

9. Densuke Black Watermelon – RM22,000/biji

Buah tembikai hitam ini sangat sukar untuk didapatkan kerana ia hanya hidup di kepulauan Hokkaido, Jepun. Sekali tiba musim menuai, hanya beberapa dozen sahaja yang berjaya dikutip. Keistimewaan buah ini ialah kerangupan serta kemanisan yang tak dapat ditandingi oleh buah tembikai biasa.

Sumber: The Star

10. Caviar – RM5,000/tin (100gram)

Caviar merupakan telur ikan sturgeon yang hanya boleh didapati di laut Caspian dan Laut Hitam (Eropah). Rasanya masin dan berlemak menyebabkan ramai orang meminati Caviar sebagai hidangan mewah.

Sumber: Food Republic

11. Foei Gras – RM450/kg

Foei Gras merupakan produk makanan dari hati itik ataupun angsa yang telah dipenuhkan dengan lemak secara istimewa. Itik ataupun angsa ini dipaksa untuk makan jagung yang dikenali sebagai proses gavage. Rasanya kaya dengan lemak berbanding dengan hati itik atupun angsa biasa. Foei Gras mendapat tentangan aktivis haiwan kerana memberi makan secara paksa kepada itik mahupun angsa.

Sumber: About

Mahalnya makanan-makanan di atas bukan? Apakah makanan termahal yang anda pernah cuba?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka