Sepanjang berada di Capetown, saya banyak mendapat undangan makan ke rumah orang Melayu disini yang sangat berminat untuk mengetahui budaya orang Melayu dari kepulauan Melayu khususnya Malaysia dan Indonesia.

Hal ini kerana, tidak ramai orang Melayu disini yang dapat melawat tanah asal datuk dan moyang mereka. Oleh itu, setiap kali ada orang Melayu yang datang ke Capetown, host saya, Abdullah Waggie akan menjemput datang ke rumahnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Abdullah sendiri sejak kecil akan menjemput ramai orang Melayu ke rumah ayahnya. Ayahnya, sentiasa akan membawa pelaut yang datang dari Nusantara untuk tinggal dan makan dirumahnya.

Ada kisah yang menarik mengenai Abdullah yang akan saya kongsi di post yang akan datang.

Untuk post kali ini, saya akan berkongsi mengenai makanan orang Melayu disini. Anda mungkin tertanya-tanya apakah makanan Melayu yang masih dimakan oleh orang Melayu disini?

Seperti yang saya ceritakan di bahagian 2, makanan orang Melayu telah banyak disesuaikan dengan cita rasa ‘Tuan’ mereka semasa bekerja sebagai tukang masak di rumah penjajah Belanda dan British.

Oleh itu, walaupun nama masakan mungkin Melayu, namun rasanya agak berbeza dari yang kita biasa makan. Hal ini kerana, orang putih tidak makan makanan yang terlalu pedas, jadi banyak bahan dalam masakan digantikan dengan bahan yang masam atau manis.

Antara beberapa jenis masakan yang sempat saya rasa ialah:

1. Blantjang

Blantjang (Belacan)
Blantjang (Belacan)

Blantjang (Belacan), ia dibuat daripada Jem Apricot, cili, dan cuka.

2. Sambal

Sambal
Sambal

Sambal, cara membuatnya seakan sambal asam, iaitu bawang, tomato, timun dan cuka.

3. Koesister

Koesister
Koesister

Koesister, rasanya seperti cakoi yang diadun bersama serbu kayu manis, dan disalut air gula sebelum ditabur dengan kelapa parut. Koesister atau ‘kuih’ sister merupakan kuih yang sering dimakan oleh orang Melayu disini.

Ia sering dihidangkan semasa hari ‘Lebarang’ (hari Raya) atau kenduri kahwin mahupun hari biasa terutamanya di hujung minggu dimana ramai ahli keluarga orang Melayu akan berkumpul dan melawat keluarga mereka.

4. Frikkadel

Frikkadel
Frikkadel
Frikkadel
Frikkadel

Frikkadel tidak ubah seperti bergedil, sama ada bergedil daging, atau ikan yang dicampur dengan sedikit tepung.

5. Roti

Roti
Roti

Roti, rasanya seperti Roti Canai yang tebal dan besar, tetapi mereka tidak makan dengan kuah dhal. Selain nasi, orang Melayu disini kebanyakkannya makan roti dan jagung sebagai ganti kerana ia adalah makanan yang paling murah dan banyak didapati di sini.

6. Penangkerrie

Penangkerrie, atau Kari Penang juga salah satu masakan orang Melayu disini. Saya masih belum berpeluang merasakan masakan ini tetapi ada membaca bahawa mereka memasukkan cuka di dalam masakan, mungkinkah untuk menggantikan asam jawa? Namun begitu, saya sempat merasakan kari ayam yang tidak ubah seperti kari ayam di Malaysia.

7. Yellow Rice

‘Yellow rice’ atau Nasi kuning seakan pulut kuning tetapi diganti dengan nasi. Rasanya manis dan agak basah. Kebanyakan nasi di sini memang manis-manis yang dicampur dengan rempah ratus.

8. Achney

Achney
Achney

Achney, rasanya seperti nasi daging, dan cara membuatnya juga menggunakan nasi dan daging serta rempah.

9. Samoosa

Samoosa
Samoosa

Samoosa, orang Melayu disini juga gemar membuat Samosa, ia akan dicicah bersama Blantjang.

10. Falooda

Falooda
Falooda

Falooda, ia tidak ubah seperti air bandung yang dicampur dengan sagu, dan sedikit aiskrim. Saya sempat merasakannya semasa kenduri kahwin orang Melayu disini.

Oleh kerana ada perkahwinan campur antara orang Melayu dengan orang India, maka ada juga masakan orang Melayu dipengaruhi oleh masakan India seperti Falooda.

11. Boentjies

Boentjies
Boentjies

Boentjies (Buncis), masakan ini selalunya dimakan semasa hari pengebumian orang Melayu, ia dibuat daripada kacang merah atau ‘bake beans’, kentang, dan daging kambing atau daging lembu.

Menurut host, masakan ini semakin jarang dihidang oleh orang Melayu masa kini dan diganti dengan briyani atau Achney, sandwich dan sebagainya.

Namun, beliau menceritakan bahawa terdapat banyak khasiat disebalik masakan ini kerana apabila seseorang muslim itu meninggal, bukan sahaja keluarga yang bersedih akan kematian ahli keluarganya, bahkan komuniti di sekeliling keluarga itu yang turut bersedih (jiran tetangga, sahabat handai dan sebagainya).

Oleh itu, untuk membawa keluar keluarga tersebut dari kesedihan, penawar yang paling baik ialah melalui makanan. Beliau menyebut tentang hadis Nabi SAW yang mengalakkan umat Islam untuk memberi makan keluarga yang sedang berkabung.

Kifayat Kos

Makanan berbentuk kekacang amat bagus untuk menghilangkan rasa ‘depress’ dan sedih seperti Boentjie. Masakan yang dimakan semasa ‘janazah’ atau pengebumian dinamakan ‘Kifayat Kos’, biasanya berasaskan Ertjie (lobak merah), Woraltjie (kacang pea), dan Boentjie (kacang).

‘Jie’ disebut ‘chi’ (kechik) kerana apa saja yang kecil akan ditambah ‘jie’ dibelakang. Ertjie dan Woraltjie pula dicampur bersama dengan nasi.

Ini menunjukkan bahawa orang Melayu masa dahulu amat arif tentang penggunaan makanan dan kaitannya dengan kesihatan kerana di dalam Islam sendiri ada menyebut tentang jenis jenis makanan yang baik untuk kesihatan.

Contohnya, jika sedang minum, kita perlu duduk kerana ia bagus untuk buah pinggang kerana buah pinggang akan memproses air dan menghilangkan dahaga. Tetapi jika kita minum sambil berdiri, air tidak dapat disalurkan ke buah pinggang dan terus ke pundi kencing.

Beliau turut membaca satu kajian dari Amerika yang mendapati bahawa makanan berbentuk kekacang boleh membantu mengurangkan ‘depression’.

Jadi beliau berharap orang Melayu disini dapat kembali mengamalkan masakan ‘Kifayat Kos’ kerana ia baik untuk kesihatan. Dan dapat membantu keluarga yang sedang berkabung untuk keluar dari kesedihan.

Baca: Undangan Tinggal Di Capetown Digunakan Sebaiknya Mencari Melayu Yang Dibuang

Baca: Jawapan Penyelidik Bebas Tentang Orang Melayu Capetown Yang Anda Mahu Tahu

Baca: 11 Jenis Masakan Melayu Capetown Seakan Di Negara Kita Kecuali ‘Kifayat Kos’

Bonus: Minuman

Air teh Roiboos
Air teh Roiboos

Kebanyakan rumah orang Melayu disini akan menghidangkan air gas kepada tetamunya selain air teh. Jika berkesempatan datang, cubalah teh Roiboos yang merupakan teh yang ditanam di Capetown.