Setiap hari saya bertemu ramai usahawan yang baru memulakan bisnes. Apabila mereka bercerita “masalah” yang dihadapi, saya perhatikan isu yang mereka hadapi sama. Begitu juga “kesilapan” mereka juga serupa.

1. Usahawan memulakan sendiri, tanpa partner

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti yang saya selalu sebutkan, “cinta tak semestinya bersatu.” Ber-partner bukan bererti kesemuanya harus berada dalam satu syarikat. Sebaliknya, cari kawan untuk saling mendokong ekosistem bisnes yang sama.

2. Usahawan memulakan bisnes tanpa modal kewangan yang cukup

Sesetengahnya tidak mempunyai sebarang perancangan bagaimana untuk mencari modal yang diperlukan.

3. Usahawan gagal menyimpan rekod kewangan yang baik

Apabila berurusan dengan agensi pembiayaan atau pelabur individu, mereka gagal mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.

4. Usahawan tidak menguasai angka-angka bisnes

Malah, angka-angka asas untuk cakap-cakap bisnes pun tidak ada. Apabila ditanya berapa jualan tahunan atau bulanan, berapa pertumbuhan jualan, berapa profit margin, berapa kos operasi, dan seumpamanya, mereka tidak dapat jawab.

5. Usahawan “malu” untuk menyatakan wish list atau apa yang mereka perlukan secara berterus-terang.

Seringkali, berpusing-pusing. Nak jadi usahawan, beranikan diri untuk kemukakan cadangan dan menerima jawapan “tidak.”

6. Usahawan buat bisnes disebabkan mengikut trend atau cakap orang lain

Orang buat food truck, dia pun nak buat food truck. Orang buat bisnes dobi, dia pun nak buat bisnes dobi. Akhirnya, dia sendiri tak faham bisnes yang dia buat.

7. Usahawan tidak menguasai ‘big picture’

Ini menjadikan dia hilang dalam rimba bisnes. Setiap usahawan mesti memahami industri yang disertai dan di manakah dia berada dalam ekosistem tersebut.

8. Usahawan tidak fokus

Dia nak buat semua benda. Walaupun dalam bisnes kita boleh pelbagaikan aktiviti, mulakan dengan satu projek dulu. Apabila berkembang dan matang, barulah kita berpindah ke projek lain. Kalau kita ada pasukan yang besar, boleh kita gerakkkan banyak projek sekaligus.

9. Usahawan tak tahan ujian

Apabila diuji sikit saja, sudah nak give up. Baru kena “cuit” dalam bisnes, sudah mula buat resume untuk minta kerja.

10. Usahawan mempunyai reputasi yang tidak elok

Apabila reputasi kewangan buruk, susah nak dapatkan pembiayaan dari banyak atau agensi pembiayaan kerajaan. Apabila usahawan mempunyai reputasi menipu, orang tidak mahu bekerjasama dengan dia. Susah nak cari partner.

11. Usahawan sering mempertahankan diri atau bersikap defensif apabila ditunjukkan kelemahan diri atau syarikat

Ada juga yang lebih teruk, mula menghentam pihak lain untuk mempertahankan diri. Perbuatan sebegini bukan saja menyerlahkan kelemahan dia, tetapi lebih teruk menunjukkan sikap degil. Orang tidak berminat untuk berkolaborasi dengan orang degil.