Setelah berkali-kali saya berjaya beli, baru berani saya kongsi 13 langkah untuk korang dapat tiket bas murah.

Mic Drop
HYPE
Sterk Production Buat Hal Lagi Dengan Parodi Mantap ‘Mic Drop’ BTS
Baca lagi →

Carian boleh dibuat di laman web www.redbus.my. Sangat jimat bagi yang selalu naik bas dan nak balik kampung.

Bas nak ke KLiA pun ada ok. Khas untuk traveller.

cara-beli-tiket-bas-murah-1

1- Korang buka laman web www.Redbus.my. Kalau guna desktop, akan keluar laman begini dan korang tulis la korang nak kemana dan bila. Then klik Search Buses.  (Jika guna mobile better klik View Desktop)

cara-beli-tiket-bas-murah-2

2. Maka akan keluarlah senarai bas berkaitan perjalanan anda. Pilihla mana yang korang nak. Setelah lihat tempat duduk bas yang masih ada, klik View Seats.

cara-beli-tiket-bas-murah-3

3. Ok sekarang dah keluar laman ni. Korang klik dan pilih kerusi yang korang nak. Jangan pilih kerusi driver pula. Bukan ada pun.

cara-beli-tiket-bas-murah-4

4. Ok sekarang korang masukkan detail perjalanan. Isi semua yang diorang minta tu. Senang je.

cara-beli-tiket-bas-murah-5

5. Ok sekarang ni korang tengok harga sebelah kanan tu, pada asalnya RM54.00 untuk dua orang. Ini memang harga asal. Kalau beli kat kaunter bas inilah harganya. Sekarang , apa yang korang kena buat adalah. Taip redbus20 pada kotak ‘I Have an Offer Code‘. Lepas taip tu dengan lafaz basmalah korang klik Apply.

cara-beli-tiket-bas-murah-6

6. Nah, sekarang harga telah turun. Banyak tu. Offer ni tengok juga, pernah diorang bagi offer sampai 50% . Kalau ada offer tu kena taip Redbus50 . Tapi biasanya diorang akan bagi 20% . Bersyukur.

cara-beli-tiket-bas-murah-7

7. Dah sekarang bayarlah, mana ada free. Untuk mudah bayar. Korang klik dekat Net Banking tu. Ini untuk pembayaran online. Pilihan Net Banking mungkin tak keluar jika guna mobile, so better guna Desktop ok.

cara-beli-tiket-bas-murah-7

8. Sekarang klik Make Payment tu dan tunggu sat.

cara-beli-tiket-bas-murah-8

9. Ok ini list pembayaran online yang boleh korang pilih. Klik je mana-mana, contoh kalau korang ada duit dekat cimb Clicks, korang click la situ. Lepas klik tunggu sat lagi. Then ikutlah langkah seterusnya. Lebih kurang macam beli tiket flight juga.

cara-beli-tiket-bas-murah-9

10. Akan keluar laman ni, korang klik processing tu untuk proses pembayaran seperti biasa.

cara-beli-tiket-bas-murah-10

11. Taraaa, lepas berjaya korang akan dapat comfirmation tiket dekat email dan hp korang. Korang nak print boleh, tak nak print pon boleh. Tunjuk dekat kaunter tiket bila korang nak balik tu.

Macam di TBS, diorang akan bagi tiket baru lepas korang tunjuk nombor booking tu. Selesai. Naiklah bas tersebut dan jangan lupa baca doa naik kenderaan. Selamat Mencuba Semua

cara-beli-tiket-bas-murah-11

Ini saya kongsikan sikit tips dalam buku Travelog MR Traveller ‘Untold Stories’.

Baca lagi: 13 ‘Trick’ Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas

Artikel di atas disumbangkan oleh Travelog MR.Traveller. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group