Kali ini aku akan berkongsi cara untuk membuat DIY (do it yourself) poskad di negara Jepun dengan gambar pilihan korang sendiri.

Apa yang aku tahu, hanya convenient store 7-eleven sahaja yang membolehkan untuk print poskad ini. Jadi aku akan refer hanya kombini store 7-eleven sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cara-cara untuk print diy poskad di 7-eleven:

1. download software ‘seven-eleven multicopy’ (bagi ios) untuk membuat koneksi dengan mesin fotocopy di dalam 7-eleven.

cara-buat-poskad-diy-jepun-2

2. Sediakan gambar untuk print dengan saiz resolusi yang besar supaya apabila print nanti gambar tidak pecah (saiz gambar yang aku pilih adalah 5mb).

cara-buat-poskad-diy-jepun-1

3. Pilih bahasa English dan tekan butang print. Untuk cetakan poskad, tekan pada poskad print di mesin fotocopy dan tekan butang agree bagi meneruskan.

cara-buat-poskad-diy-jepun-3

4. Pilih ‘provide postcard’ untuk dapatkan poskad dari mesin print dan bagi yang ada saiz poskad kosong sendiri korang boleh masukkan di dalam mesin dan tekan ‘own postcard’.

cara-buat-poskad-diy-jepun-4

5. Pelbagai cara boleh digunakan bagi print poskad seperti cd, pendrive, wifi, sd card dan juga infrared. Tapi yang paling senang dengan peredaran arus zaman sekarang adalah wifi. Jadi proceed pada wifi.

cara-buat-poskad-diy-jepun-8

cara-buat-poskad-diy-jepun-5

6. Pilih jenis handphone korang samada ios atau android. Setiap os mempunyai application yang sama iaitu ‘seven-eleven multicopy’.

cara-buat-poskad-diy-jepun-9

cara-buat-poskad-diy-jepun-6

7. Selepas membuat pilihan jenis operation system handphone korang, bukak wifi dan connect dengan ‘711_multicopy’ dan bukak applikasi ‘seven-eleven multicopy’ bagi upload gambar ke dalam mesin fotocopy.

cara-buat-poskad-diy-jepun-8

8. Selepas gambar diupload ke dalam mesin, korang boleh buat pilihan berapa salinan yang nak dicetak dan mengikut berapa gambar yang dipilih.

cara-buat-poskad-diy-jepun-11

cara-buat-poskad-diy-jepun-10

9. Selepas itu, pilih untuk gambar black and white atau colour dan juga setting untuk pilih samada nak gambar full di atas poskad ataupun di tengah poskad dengan ada border di tepi poskad.

cara-buat-poskad-diy-jepun-7

cara-buat-poskad-diy-jepun-12

cara-buat-poskad-diy-jepun-13

cara-buat-poskad-diy-jepun-14

10. Selepas segalanya dipilih, masukkan wang syiling atas jumlah berapa amount yang ditunjukkan mengikut pada berapa helai korang nak print.

 

cara-buat-poskad-diy-jepun-15 cara-buat-poskad-diy-jepun-16

11. Siap. Dan boleh tulis ucapan, nama dan alamat di atas poskad dan beli setem di kaunter 7-eleven untuk pengeposan dan terus pos kepada sesiapa sahaja.

cara-buat-poskad-diy-jepun-17

cara-buat-poskad-diy-jepun-18

 

Sekian sahaja perkongsian kali ini dari aku. Jika ada yang nak order poskad DIY, boleh emailkan gambar kepada aku (hubungi aku di FB).

Baca lagi: 6 Tip Cari ‘Souvenir’ Murah Dan Percuma Masa Travel Di Jepun