Baru-baru ini Akim & The Majistret telah melancarkan video klip terbaru mereka bagi lagu ‘Lagu Untuk Laila’. Apa yang menarik adalah video klip ini telah dirakam di Pulau Jeju.

Berikut kami senaraikan 11 lokasi menarik yang telah dipilih untuk video klip ini dan boleh anda jadikan rujukan bila berkunjung ke Jeju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Jeju Swiss Village

Merupakan perkampungan comel dengan bangunan kedai, kafe dan restoran yang berwarna-warni. Jika ke sini anda boleh berjalan-jalan ambil angin atau berehat di kafe ambil menikmati suasana dan keindahan pemandangan persekitaran.

2. Saryeoni Forest Path

jeju-6

Laluan hiking trail sepanjang 550 meter ini merupakan salah satu daripada 31 tarikan tersembunyi Jeju. Trail ini juga merupakan antara kawasan hutan pokok Chedar Jepun yang dilindungi.

3. Abu Oreum

jeju-5

Terletak di Ladang Geonyeong, kira-kira 800m di sebelah tenggara masuk ke Geonyeong Farm di Jalan No. 1100 di Songdang-ri, Gujwa-eup, gunung berapi ini boleh didaki dengan mudah dari dalam ladang.

Luas lilitan luar kon gunung adalah 1,400m, lilitan lantai 500m, dan kedalaman kawah pula adalah 78m, dengan semua lereng membentuk lekukan beransur-ansur. Lereng dalam kawah telah mengalami hakisan semula jadi di bahagian tengah, mewujudkan pemandangan menarik untuk dinikmati setibanya anda di puncak.

4. Mazeland

jeju-15

JEJU-18

Terkenal di kalangan penggemar siri Running Man dan Legend of the Blue, Mazeland yang pernah menjadi lokasi penggambaran 2 siri ini merupakan antara tempat best anda rakam dan muat naik gambar ke Instagram.

5. Glass Castle

jeju-19

jeju-20

Glass Castle adalah taman tema yang memaparkan dewan pameran, taman dan model binaan yang semuanya dibuat dari kaca. Terdapat 6 taman dengan tema berbeza dengan lebih 250 model dipamerkan.

Antaranya termasuklah glass labyrinth yang pertama seumpamanya dibinadi dunia, bola kaca terbesar di dunia dan berlian kaca terbesar, stonewall kaca, tasik cermin, dan jambatan kaca. Terdapat juga karya-karya seni kaca oleh artis-artis terkenal antarabangsa dari Itali, Republik Czech, Jepun dan banyak lagi.

Para pengunjung ke Glass Castle juga berpeluang melihat bagaimana senibina dan arca kaca dihasilkan di sini. Bagi yang nak cuba buat sendiri perhiasan, belon atau botol kaca, ia boleh dicuba di dewan utama di Glass Castle ini.

6. Suwolbing Peak

jeju-1

jeju-4

Puncak setinggi 77 m dari aras laut ini menjadi lokasi untuk scene matahari naik di dalam video. Di kelilingi padang hijau dan menghadap laut, waktu terbaik berada di puncak paling barat di Pulau Jeju ini adalah sewaktu matahari naik dan matahari terbenam.

Di bahagian bawah bukit juga ada air terjun yang mengalir daripada celahan batu untuk anda membasahkan tekak atau membasuh muka selepas penat mendaki gunung.

7. Play KPop di Jeju Jungmun Resort

jeju-21

Tempat di mana teknologi media baru dan muzik k-pop bertemu. Di sini ada konsert live holo, konsert hologram, live 360 3D, video animasi 3D 360 darjah dan berbagai hiburan digital lain di sini.Ruang hiburan interaktif ini juga mempunyai pameran tetap, pameran khas, kafe dan kedai cenderahati.

8. Yongnuni Oreum

jeju-8

jeju-14

Yongnuni Oreum yang bermaksud Dragon Eye Mountain adalah gunung berapi parasit setinggi 250 meter. Nama Yongnuni Oreum kerana bentuknya seperti naga yang terbaring. Pemandangn di sinijuga sangat menarik dengan berbagai tumbuhan semulajadi. Di tengah gunung pula terdapat kawah besar.

Ada sesetengah pendapat mengatakan nama gunung ini berasal dari kawah di tengah gunung yang kelihatan seperti mata naga bila dilihat dari udara.

9. Jeju Stone Park

jeju-16

Terletak di Jocheon-eup, Jeju-si, Jeju Stone Park diilhamkan daripada sejarah mitos, sejarah, kebudayaan dan semangat Jeju. Tema utama Jeju Stone Park terdiri daripada legenda tentang Seolmundae Halmang (Nenek Seolmundae) yang mencipta Pulau Jeju dan batu-batu Obaek Janggun (Lima Ratus Jeneral).

10. Noksan-ro Windmill Power Plant

jeju-17

Gasiri Wind Power Plant yang terletak di jakan Noksan-ro ini antara hidden spot yang semakin mendapat perhatian di kalangan pelancong luark kerana keindahan pemandangannya.

11. Dongmun Traditional Market

jeju-9

Jika ke Jeju tak lengkap jika tak ke pasar ini. Pasar tradisi yang menjual berbagai barangan tempatan dan makanan seperti seafood, abalone, buah-buahan, pakaian, herba, buluh, dan coklat tangerine. Antara tempat murah untuk anda dapatkan cenderamata untuk dibawa balik nanti.

https://www.instagram.com/p/BdnLmsUggfq/?taken-by=akimahmad

Anda cari tiket penerbangan ke Jeju?

Untuk pengetahuan, AirAsia kini menyediakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju sebanyak 4 kali seminggu.

Lagi best, sekarang AirAsia tengah buat offer 20% off untuk tiket ke Jeju, Seoul dan Busan. Tempahan mesti dibuat antara 19 Feb – 25 Feb 2018 untuk penerbangan dari 26 Feb – 31 Julai 2018.

Tempahan boleh dibuat di AirAsia.com. Pulau Jeju, destinasi baru AirAsia X.