Jika anda ke Singapura, mungkin ada antara makanan berikut telah anda cuba. Tapi mungkin juga ada yang anda tak pernah tahu kewujudannya di negara tersebut.

Kami bawakan 11 makanan unik yang ada di negara ini. Mungkin ada yang boleh ditiruvasi dan diusahakan oleh usahawan di negara kita pula.

1. Claypot kaki katak

makanan-singapura-1

Err, ini dah masuk kategori eksotik. Sekali imbas kelihatan seperti peha burung puyuh pula. Jika anda berkunjung ke Singapura, ini antara kategori makanan yang perlu anda waspada terutama bagi Muslim.

Lokasi:

1. Eminent Frog Porridge and Seafood, 323 Geylang Rd, Singapore 389359

2. Tiong Shan Porridge Centre, 265 New Bridge Road, Chinatown, Singapore 088745

2. Kopi dan sirap bandung

makanan-singapura-2

Tu dia. Tengok nama kopi tu. Kopi-C, Kopi-Po, semua ada. Harga sekitar SGD0.80 ke SGD1.50 saja. Boleh ucap selmaat tinggal kat Starbuck kalau macam ni.

makanan-singapura-3

Atau boleh juga cuba bandung cincau gaya ice blended.

Lokasi: Mana-mana gerai dan kopitiam yang terdapat di negara ini.

3. Air Micheal Jackson

makanan-singapura-4

Kelas nama air kau Jah! Micheal Jackson!

Jika berkunjung ke Singapura, anda boleh order air soya cincau dengan memberitahu nak air Micheal Jackson.

Lokasi: Mana-mana gerai dan kopitiam yang terdapat di negara ini.

4. Sarapan gaya orang Singapura

makanan-singapura-5

Terdiri dari kopi atau teh, telur separuh masak dan roti bakar sapu kaya. Oh, ini kat kopitiam di Malaysia pun banyak.

Tapi jika berkunjung ke Singapura, apa salahnya cuba yang di sana pula.

Lokasi: Mana-mana gerai dan kopitiam yang terdapat di negara ini.

5. Kari kepala ikan

makanan-singapura-6

Ini bukan kari mamak, tapi kari kepala ikan Chinese Style. Mungkinkah rasa karinya berbeza?

Lokasi: Ocean Curry Fishhead, 92 Lor 4 Toa Payoh, Singapore 310092

Kari gaya mamak pun ada dan anda boleh cuba di Karu’s Indian Banana Leaf Restaurant, 808 Upper Bukit Timah Rd, Singapore 678144.

6. Rojak Singapura

makanan-singapura-8

Sememangnya rojak Singapura sedap dan menyelerakan. Jika anda ke Singapura, ini antara makanan yang wajib dicuba.

makanan-singapura-9

Jangan lupa untuk cuba rojak buah juga.

Lokasi:
1. Al Mahboob Rojak, S11 Food Court, 506 Tampines Avenue 4, Singapore 520506
2. Toa Payoh Rojak, 51 Old Airport Rd, Singapore 390019

7. Minuman pencuci mulut

makanan-singapura-10

ABC gaya Singapura. Ada bezakah dengan ABC Malaysia? Mungkin bagi yang dah pernah cuba boleh berikan pendapat mereka.

makanan-singapura-11

Bagaimana pula dengan air longan di sana? Sama atau berbeza?

8. Aiskrim tepi jalan

makanan-singapura-12

Jika anda ke Singapura, mungkin ini antara yang mesti dicuba.

makanan-singapura-14

Rotinya pun dah nampak menarik dan berwarna-warni, belum lagi aiskrimnya yang tebal kat dalam tu.

Aiskrim seperti ni mudah ditemui di Orchard Road.

9. Koktel Singapura

makanan-singapura-13

Minuman koktel dicampur dengan milo dan gula melaka. Dihidang juga dengan roti bakar sapu kaya.

10. Roti prata aiskrim

makanan-singapura-15

Roti canai sudah biasa bagi kita, seperti gambar di atas.

makanan-singapura-16

Tapi bagaimana dengan roti prata dengan aiskrim? Ah, kecur pulak air liur di bulan Ramadhan ni.

Lokasi:

1. Mr and Mrs Mohgan’s Prata, 7 Crane Rd, Singapore 429356

2. The Roti Prata House, 246M Upper Thomson Rd, Singapore 574370

11. Hidangan di kafe

makanan-singapura-17

Kafe di Singapura tumbuh bak cendawan selepas hujan dengan aneka hidangan. Anda boleh mencuba hidangan yang dutawarkan di kafe sewaktu berkunjung ke sana.

Sumber: TheSmartLocal

BACA: 10 Makanan Malaysia Yang Buatkan Lelaki Jadi Penyayang Dan Setia. Perempuan Pasti Suka

BACA juga: Makanan Barat Sedap Tapi 62 Makanan Tempatan Ini Akan Buatkan Anda Menggigil (SFW)

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram