Nota editor: Artikel ini asalnya dipublish di Lifehack.org dan di terjemahkan semula atas kebenaran daripada laman web asal.

1. Orang sibuk mahu dilihat sebagai orang yang mempunyai misi. Orang yang produktif mempunyai misi dalam hidup mereka

Orang sibuk menyembunyikan keraguan mereka dengan berlakon konfiden dalam setiap langkah.

Orang produktif tidak kisah apabila orang lain melihat keraguan dan kelemahan mereka dalam setiap langkah kerana mereka sangat ‘clear’ dengan destinasi mereka.

2. Orang sibuk ada banyak keutamaan. Orang produktif ada beberapa sahaja keutamaan.

Di dunia ini tiada seorang pun yang terlampau sibuk. Sekiranya mereka perduli akan sesuatu perkara mereka akan cari masa untuknya. Seandainya anda ada 3 keutamaan, maka anda ada keutamaan. Sekiranya anda ada 30 keutamaan, anda serabut.

Prinsip pareto mengatakan 80% yang anda dapat datang daripada 20% tindakan dan aktiviti anda. Henry Ford membina kekayaan bukan dengan membina kereta yang lebih baik, tapi membina sistem yang lebih baik untuk membuat kereta. Orang sibuk cuba membuat kereta yang lebih baik, orang produktif membangunkan sistem yang lebih baik untuk membuat kereta.

3. Orang sibuk selalu cakap ‘yes’. Orang produktif akan cakap ‘no’ terlebih dahulu.

Definisi salah satu integriti Warren Buffet: “Katakan tidak kepada semua perkara”.

Seandainya anda tidak berkata ‘tidak’ kepada kebanyakkan perkara, anda sedang terjun ke dalam beribu ribu perkara yang melibatkan prioriti orang lain. Integriti adalah jelas terhadap nilai nilai yang anda bawa. Dan masa anda akan digunakan terhadap nilai nilai tersebut.

4. Orang sibuk fokus kepada tindakan. Orang produktif fokus kepada kejelasan sebelum bertindak.

Untuk fokus terhadap 20% aktiviti, anda perlu mendapatkan kejelasan tentang apa anda bakal dapat daripada aktiviti aktiviti itu. Sumber paling baik untuk memberi panduan ialah pengalaman diri sendiri. Ambil sedikit masa setiap hari untuk lihat semula apa yang telah anda buat, apa yang menjadi, apa yang tidak berhasil dan apa yang memberi inspirasi kepada anda.

5. Orang sibuk buka semua pintu. Orang produktif tutup semua pintu.

Sebagai orang muda bagus untuk beri peluang kepada diri sendiri kepada beberapa peluang. Bagus untuk pergi travel, belajar bahas baru, mendaki gunung, pergi universiti, bekerja dalam startup, hidup di negara lain.

Walau bagaimanapun, sampai satu masa kita perlu lepaskan semua dan fokus. Sekiranya matlamat saya tahun ini untuk membina syarikat Vocket – Syarikat Vocket akan siap pada penghujung tahun ini. Sekiranya matlamat saya tahun ini untuk bina syarikat Vocket, belajar Spanish, travel ke 10 negara, pergi semua jemputan berbuka puasa…saya tidak akan berjaya bina syarikat Vocket.

6. Orang sibuk bercakap tentang bertapa sibuknya mereka.Orang produktif membiarkan hasil kerja mereka bercakap.

Stephen King berkata: “Seorang penulis ialah seorang pengeluar perkataan. Hasilkan perkataan: anda seorang penulis. Tidak menghasilkan perkataan: anda bukan seorang penulis”.

Bercakap tentang menulis tidak sama dengan menulis. Penulis yang menghasilkan buku tidak bercakap tentang buku mereka seterusnya. Mereka fokus menghasilkan buku. Saya kurang berminat dengan apa yang orang beritahu tentang perkara yang mereka bakal lakukan. Saya selalu tanya apakah hasil kerja mereka yang lepas – kerana itu satu satunya petunjuk yang baik untuk menentukan hasil di masa hadapan.

Berasa produktif tidak sama dengan menjadi produktif. Sebagai contoh, saya berasa produktif apabila bermain bola sepak. Saya rasa kurang produktif apabila menghasilkan artikel yang membantu memberi inspirasi kepada orang ramai.

7. Orang sibuk bercakap tentang bertapa sedikit dan terhad masa yang mereka ada. Orang produktif mencari masa untuk sesuatu yang penting.

Apa saja masa yang kita beri alasan adalah masa yang kita tak gunakan untuk bertindak. Sekiranya anda mengizinkan diri anda membiasakan diri dengan alasan, anda akan semakin bagus memberi alasan. Orang produktif tidak menggunakan masa sebagai alasan. Tindakan mereka bergantung kepada sama ada dapat menyokong nilai nilai dan misi yang dibawa atau sebaliknya. Sekiranya tidak, mereka tidak akan melakukannya walaupun mereka mempunyai satu hari masa lapang.

Pepatah Irish berkata: ” Lebih baik melakukan sesuatu daripada tidak melakukan apa apa”.

Kadang kadang, lebih baik tidak melakukan apa apa yang tidak menyumbang kepada memberi nilai yang tinggi. Duduk diam.

8. Orang sibuk membuat banyak perkara pada sesuatu masa (multitask). Orang produktif fokus.

Orang produktif tahu tentang fokus.

Apakah anda tahu tentang teknk Pomodoro? Ia sangat efektif tapi susah. Kenal pasti satu tugas (sebagi contoh, menulis satu post). Setkan timer selama 20 minit bekerja. Lakukan tugas tersebut sehingga masa berbunyi.

Sebarang gangguan (cek emel, minum air, pergi tandas) anda perlu reset timer semula. Berapa banyak pomodoro yang anda boleh lengkapkan dalam satu hari?

9. Orang sibuk respon emel dengan pantas. Orang produktif ambil masa untuk respon.

Emel adalah salah satu perkara dalam senarai prioriti. Masalahnya, ia adalah prioriti orang lain, bukan anda punya. Sekiranya anda respon kepada setiap emel, anda sedang membahagikan kehidupan anda kepada beribu ribu perkara kecil yang menjadi prioriti orang lain.

Ada 3 pilihan apabila anda mahu semak inbox emel anda: Delete, Balas, Baca kemudian.

10. Orang sibuk mahu orang lain juga sibuk. Orang produktif mahu orang lain efektif.

Pengurus yang sibuk mengukur jumlah jam sesuatu aktiviti. Pengurus yang produktif mengukur hasil atau output. Pengurus sibuk akan kecewa melihat orang lain relax, melihat mereka seperti ada banyak masa, melihat mereka seperti sedang enjoy. Pengurus produktif suka melihat orang lain enjoy kerja mereka, suka mencipta suasana yang membolehkan orang lain melakukan kerja dengan cemerlang.

Orang sibuk ialah orang yang selalu kecewa. Mereka mahu dinilai dengan kesungguhan mereka, bukan hasil.

Pepatah hindu berkata: “Kita ada hak terhadap pekerja kita, tapi bukan hasil kerja pekerja kita”.

Kita mempunyai hak untuk enjoy menjadi orang yang cemerlang dalam kerja kita, tapi tiada hak untuk enjoy dengan kereta, rumah, dan wang hasil daripada mana mana kerja kerja yang bagus. Produktiviti adalah menghargai sebuah perjalanan menuju kejayaan.

11. Orang sibuk bercakap tentang bagaimana mereka akan berubah. Orang produktif melakukan perubahan tersebut.

Pelari jarak jauh, Kilian Jornet tidak menghabiskan banyak masa bercakap tentang apa yang dia akan lakukan. Dia bercakap tentang apa yang dia dah buat, apa yang dia sudah belajar dan apa yang memberi inspirasi kepadanya.

Luangkan masa yang sedikit bercakap tentang apa yang anda mahu lakukan dan dedikasikan masa selebihnya melakukan langkah pertama. Apakah yang anda boleh lakukan sekarang tanpa perlu izin orang lain? Apakah yang anda boleh buat dengan sumber, ilmu dan sokongan yang anda sekarang? Lakukan yang itu. Berhenti bercakap dan mula lakukannya.

Kita dilahirkan dengan potensi yang luar biasa. Pada umur 20, menerima kata kata daripada seseorang yang anda mempunyai banyak potensi merupakan satu pujian yang bagus. Pada umur 30, ianya masih ok. Pada umur 40, pujian bertukar menjadi hinaan. Pada umur 60, memberi tahu seseorang itu mempunyai banyak potensi merupakan satu penghinaan yang kejam kerana mereka telah membazirkan masa.

Jangan sia siakan potensi anda. Cipta sesuatu yang berguna. Pada masa yang sama dapat memberi anda hasil dan pulangan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram