Pernah Dengar Tentang Negara Réunion? Ini 11 Cerita Travelnya:

Bulan lepas, Alisa berpeluang untuk meneroka sebuah negara yang Alisa jumpa secara kebetulan masa buat artikel travel ni.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Surfers dari seluruh dunia terbang ke Réunion untuk aktiviti sukan luncur air. Tapi dengan satu risiko yang amat merbahaya, pantai di Réunion mempunyai rekod tertinggi dalam kes shark attack. Setakat ni, kematian mencatatkan 90 orang hingga kini.

Jadi, selain dari rekod serangan ikan jerung, apa lagi yang kita perlu tau tentang Réunion ni?

1. Réunion adalah salah satu French Overseas Territory. Jadi, matawang yang digunakan adalah Euro dan bahasa rasmi yang digunakan adalah bahasa Perancis. Begitu juga dengan makanan, nak cari baguette lagi mudah dah cari nasi kandar. Hahahaha!

2. Walaupun ramai surfers terbang ke Réunion, tapi ia lebih dikenali sebagai lubuk hiking. Beginner level ada, intermediate pon ada, difficult level pon ada. Nak hike sampai puncak gunung pon ada, hike dari satu kampung ke kampung yang lain pon ada. Macam2 pilihan.

3. Camne nak ke sana? Kebanyakan flight memang available dari Eropah, terutamanya dari Paris melalui Air Austral. Alisa flew dari Mauritius hari tu. Dan Air Austral baru saja bukak route dari China tahun ni, untuk menarik lebih ramai pelancong dari China.

4. Pengangkutan terbaik adalah sewa kereta atau motorsikal. Public transport tu boleh tapi tak boleh pegi jauh sangat. Bergantung pada destinasi yang nak kita pegi, kalau kita nak ke kawasan pergunungan macam Cirque de Cilaos, lebih baik sewa kereta lagi.

5. Sebelum nak ke kawasan pergunungan, Cirque de Cilaos, Alisa memang highly recommend untuk korang amek carsick tablets sebelum gerak. Sebabnya, jalan dia sangat kecik, penuh simpang siur, dan memerlukan kita drive dan lalui dalam 400+ selekoh tajam untuk ke sana.

6. Alisa jugak highly recommend untuk bawak hiking poles bila nak hike tu. Sejak Alisa mula hiking dari tahun 2014 di Grand Canyon, ni trek paling ekstrem sekali Alisa pernah hike. Trek di Réunion ni bukan calang-calang. Sebabnya, topografi Réunion adalah dari ancient super volcano dan kebanyakan pekannya dibina di atas kawah gunung berapi.

7. Orang tempatan di Réunion memang tak suka pelancong ambil gambar mereka. Even Alisa yang cuba ambil gambar bangunan pun, tapi disebabkan mereka ingat arah kamera tu aimed pada mereka, kena tegur waktu tu.

8. Kebanyakan restoran kat sini tutup pukul 5pm. Restoran halal pon ada, cuma diorg banyak kat Saint Denis, ibu kota Réunion. Bagi yang nak drive jauh dari city, belilah stok makanan. Tak pon, pegi mana-mana Asian restaurant atau Pizza restaurant. Kebanyakan restoran pizza sini dia jual kebab sekali, jadi kebanyakan owner die pak Arab.

9. Alisa sarankan pakai Maps.me untuk hiking trail map. Untuk driving, pakai lah offline map yang lain. Alisa pakai Maps.me untuk driving navigation, memang hampeh. Jadi, lepas balik hike, uninstall Maps.me dan install Sygic.

10. Kalau anda nak ke Cirque de Salazie, jangan lupa bawak insect repellant yang sangat power. Sebabnya, Cirque de Salazie adalah area yang paling lembab sebab banyak waterfall. Jadi nyamuk memang boleh buat kenduri kendara kat sana.

11. Untuk yang ni, terpulang pada korang tapi Alisa beli kan baguette extra untuk kasi makanan pada anjing jalanan. Jangan risau, mereka tak kan datang usap-usap pada kita. Mereka dah cukup bersyukur kalau kita beri makan. Penduduk di Réunion seems like sukakan kucing lagi dari anjing. Tak pernah nampak stray cats, tapi stray dogs memang merata.