Jangan lakukan beberapa perkara ini jika ada ke Istanbul. Ini adalah pengalaman saya selama 3 tahun duduk di Istanbul.

Untuk pengetahun ini adalah kes-kes terpencil sebabnya selama 3 tahun duduk di Istanbul kes-kes begini saya dengar dan alami tidak sampai pun 4, 5 kali.

Artikel ini adalah untuk tujuan waspada, bukan kata Turki ni tidak selamat. Aduhaii. Jika nak tahu di Turki ini hampir tiada kes ragut, seluk poket, gangguan seksual, simbah asid, rompakan dan lain-lain.

1. Jangan kutuk Ataturk di tempat awam

Turki ada undang-undang bagi sesiapa yang kutuk Kamal Ataturk, boleh dipenjarakan.

2. Jangan lupa semak bayaran baki jika beli di kedai-kedai tepi jalan

Bila peniaga Turki beri baki tolong semak dulu. Jangan main jalan sahaja. Beberapa kes telah berlaku kepada sya dan peserta trip. Nanti peniaga tu cakap ‘tak perasan’ duit baki tidak cukup. Tetapi jika anda orang kaya nak sedekah apa salahnya.

3. Jangan guna ‘the power of hand’ jika mahu melintas jalan di Turki

Tidak kira anda bawa stroller baby atau bawa orang tua pakai tongkat, jangan lintas jalan sebelum waktunya seperti di Malaysia.

Jangan tunjuk tangan kononnya nak tahan kereta nak lintas jalan, silap-silap anda kena hon dan kena marah.

4. Jangan ikut jika ada orang ajak minum

Modus operandi scammer di Istanbul. Ini yang paling saya banyak pernah dengar. Bila dah minum sama-sama anda akan diminta bayar. Tahukah anda akan dicaj harga untuk minum kopi sebanyak USD500!

5. Jangan berkaki ayam dari tempat wudhu ke tempat solat

Biasa orang Malaysia buat. Orang Turki amat pentingkan kebersihan! Jika dah ambil wudhu lepas tu jalan kaki ayam ke dalam masjid, tu maksudnya kaki anda sudah kotor. Nanti kena marah dengan pakcik-pakcik Turki. Ayok.

Baca: 15 Tip Travel Ke Istanbul, Turki Buat Backpacker

6. Jangan buka dompet di depan orang-orang yang jual tepi jalan

Bila jalan-jalan di Bazaar di Istanbul, akan ada orang-orang mendekati anda nak jual buku, jaket dan macam lagi. Pernah jadi ada pelancong buka dompet depan orang-orang tu, kemudian orang tu tengok dompet penuh dengan duit USD, dia ambil duit tu dan lari.

7. Jangan datang kurang 3 jam ke lapangan terbang dari jadual penerbangan

Ataturk International Airport di Istanbul sangat sensitif dan ketat sekarang. Jika mereka dapat laporan atau dapati perkara yang mencurigakan, mereka akan tahan setiap kereta yang nak masuk airport. Akibatnya jalan jammed !

Pihak airline tidak akan bertanggungjawab jika ada kata anda lambat sebab polis airport buat anda terlambat.

8. Jangan layan jika ada pasangan Arab minta tengok bentuk duit Malaysia

Scammer ini sudah 2 kali saya kena. Tetapi saya dah tahu modus operandi mereka. Pasangan Arab akan mendekati anda kemudian cerita mereka akan ke Malaysia.

Mereka nak tengok bagaimana rupa duit Malaysia. Sebaik ada buka dompet depan mereka, percayalah duit anda telah pun hilang sekeping dua! Tidak tahu betapa lajunya tangan mereka buat kerja.

9. Jangan buka makanan Malaysia di dalam pengangkutan awam

Orang Turki sensitif bau2 makanan asia ni terutamanya Nusantara. Ada yang gelarkan makanan Malaysia ni seperti stokin busuk.

Janganlah pergi makan dalam pengangkutan awam mereka. Sayasendiri pernah kena halau dari teksi kerana bawa makanan berminyak. Bawa je pun dah kena halau.

10. Jangan sibuk main hp sewaktu naik teksi

Jika anda sibuk main hp sewaktu naik teksi, anda tidak perasan pemandu teksi tersebut tidak ON kan meter teksi. Akibatnya mereka caj ikut suka mereka.

Jika sibuk main hp ketika nak tukar duit, kadangkala anda tidak perasan duit tukaran yang diberi tidak cukup. Bila anda perasan tidak cukup selepas itu, pengurup wang tersebut akan cakap anda beri wang sekadar itu sahaja. Sedangkan anda beri lebih daripada yang pengurup wang itu beritahu.

11. Jangan petik bunga

Jika musim bunga tulip (April) dan ros (Mei) ramai yang tanya, boleh ke nak petik bunga-bunga tu. Jika semua orang petik habislah bunga-bunga tu semua.

Cukuplah tengok dan ambil gambar sahaja ya, jika orang petik bunga di rumah kita pun kita marah kan.

Baca lagi: 28 Sebab Kenapa Turki Menjadi Negara Paling Saya Gemar Lawati

Artikel di atas disumbangkan oleh Aku Dan Istanbul. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤