Bagi peminat-peminat games anda semestinya sudah tahu pada hujung minggu lalu (11 Disember – 13 Disember) sudah berlangsungnya satu acara yang mengumpulkan peminat games seluruh negara iaitu Malaysia Cyber Games 2015 di Stadium Negara.

Gamer seluruh Malaysia telah berkumpul pada acara tersebut untuk menjadi salah seorang calon pasukan gamer kebangsaan, TARING. Pasukan yang menang dalam pertandingan DOTA 2 akan menjadi pasukan pro-gamer kebangsaan dengan nama TARING yang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan DOTA2 seluruh dunia.

Selain DOTA2, permainan video online lain yang dipertandingkan pada Malaysia Cyber Games 2015 ialah FIFA16, Counter Strike dan Street Fighter IV ULTRA. Kami sempat meluangkan masa di sana hujung minggu lalu dan di bawah perkara-perkara menarik tentang MCG 2015 yang anda terlepas.

1. Boleh merasai pengalaman Virtual Reality. Bayangkan anda main game perang sambil pakai peranti ini. Memang real.

mcg15-vocket-1

2. Dapat jumpa kawan-kawan yang sekepala – peminat permainan video online.

mcg15-vocket-2

3. Boleh posing dan bergambar dengan Counter Terrorist (Counter Strike) in real life.

instagram.com/kjarev

4. Boleh berkenalan dengan awek-awek comel Cosplay.

instagram.com/lemonchan93

5. Ambil gambar, gambar, gambar dan lagi

instagram.com/adzraei

6. Windranger pun ada.

instagram.com/laynism

7. Dapat tengok Khairy Jamaluddin lawan FIFA16. Power ke tidak?

twitter.com/khairykj

8. Betapa ramainya peminat permainan video online. Full house dan havoc!

twitter.com/mycybergames

9. Superstar pro-gamer dari TEAM SECRET pun datang. Rugi tak ambil tandatangan mereka.

twitter.com/eezaleeza

10. Pasukan SatuDuaTiga dinobatkan juara pertandingan DOTA2. Sempoi nama pasukan mereka tapi, mereka akan mewakili Malaysia dengan nama TARING.

twitter.com/lowyatnet

11. Isu lapar semasa Malaysia Cyber Games tiada masalah, kerana banyak food truck. Makanan memang sedap.

mcg15-vocket-11

Syabas kepada Suara Anak Malaysia dan Tune Advertising yang menganjurkan acara power seperti ini. Acara ini juga disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, MDeC, MCMC, TM dan Astro.

Nampak tak bertapa ramainya pihak menyokong permainan video online? Jadi, pastikan anda berlatih permainan video online kegemaran anda untuk persiapan tahun depan. Main game bukan sekadar hobi tapi boleh jadi karier profesional.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram