Nota Editor: Artikel ini asalnya diterbitkan di Makchic.com, sebuah laman web berbahasa Inggeris yang dibuat khas untuk ibu-ibu urban Malaysia. Mereka dengan baik hatinya telah bersetuju untuk membenarkan kami menerbitkan artikel cool ini semula di The Vocket.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perpustakaan masa kini telah menjadi lebih cool, sesuai dengan kehendak kanak-kanak moden – dengan menampilkan persembahan live, sesi bercerita, komputer, koleksi CD & DVD, kawasan permainan, dan yang paling utama – buku! Tidak kiralah sama ada jika anak anda lebih gemar membaca buku, atau melalui sesi pembelajaran yang interaktif, terdapat perpustakaan di luar sana yang sesuai dengan minat anak anda.

Ini adalah 11 perpustakaan terbaik buat anak anda di Lembah Klang:

1. Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia ialah sebuah perpustakaan yang dijaga rapi dan luas. Mereka juga menawarkan aktiviti seperti program membaca berkumpulan, sesi bercerita, program cuti sekolah, pertandingan dan pusat Hypermedia yang menyediakan komputer untuk kanak-kanak bermain sambil belajar. Mereka mempunyai kod pakaian yang harus dipatuhi – jadi pastikan anda memakai pakaian bersesuaian sebelum mengunjungi perpustakaan ini.

Yuran Keahlian: Percuma
Tempoh Pinjaman Buku: 3 buah buku untuk 3 minggu.
Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (10 pagi – 7 malam), Ahad (10 pagi – 6 petang), Tutup pada Isnin dan Cuti Am
Alamat: 232, Jalan Tun Razak, 50572 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-2687 1700
Laman Web: PNM

2. Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur

Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur terletak di Dataran Merdeka, bertentangan dengan Kelab Diraja Selangor dan merupakan sebahagian dari Perpustakaan Kuala Lumpur. Mereka menawarkan aktiviti untuk kanak-kanak seperti permainan papan, sesi bercerita, kelas komputer, pertunjukan boneka, program cuti sekolah dan sebagainya. Mereka menyediakan rak buku pada tahap ‘easy-to-read‘ yang sesuai untuk pembaca awal, serta meja dan kerusi yang mencukupi untuk pengunjung kanak-kanak.

Yuran Keahlian: RM 6 (Pendaftaran), + RM10 (Yuran Tahunan)
Tempoh Pinjaman Buku: 3 buah buku untuk 2 minggu.
Waktu Operasi: Isnin (2 petang – 6.45 petang), Selasa – Jumaat (10 pagi – 6.45 petang), Sabtu & Ahad (10 pagi – 5 petang), Tutup pada Sabtu dan Ahad pertama dan Cuti Am
Alamat: No. 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-2693 7313
Laman Web: KL Library

3. Perpustakaan Raja Tun Uda

Perpustakaan Raja Tun Uda terletak berhampiran Kelab Golf Sultan Abdul Aziz, Shah Alam. Ia agak baru dan sangat luas. Bahagian kanak-kanak terletak di tingkat bawah dan buku-buku berada dalam keadaan yang sangat baik. Mereka menawarkan pelbagai buku dalam Bahasa Inggeris dan Melayu. Mereka juga menyediakan Zon Kreatif , Zon Interaktif dan Zon Siber yang mengandungi iMacs, Wii dan Xbox. Satu lagi ciri menarik adalah ‘Reading Tree’ atau ‘Pokok Membaca’ di mana anak-anak boleh membaca sambil membaca di bawah pokok ini. Di samping itu, mereka mempunyai teater 3D untuk pelbagai tayangan filem.

Yuran Keahlian: Percuma
Tempoh Pinjaman Buku: 5 buah buku untuk 2 minggu.
Waktu Operasi: Isnin (10 pagi – 7 malam), Selasa – Jumaat (9.30 pagi – 7 malam), Sabtu & Ahad (9.30 pagi – 9 malam)
Alamat: Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
No Telefon: 03-5519 7667
Laman Web: PPAS

4. Perpustakaan KL TTDI

Perpustakaan KL TTDI adalah cawangan kepada Perpustakaan Kuala Lumpur. Ia mempunyai konsep terbuka dengan kerusi dan meja yang banyak untuk kegunaan orang dewasa dan kanak-kanak. Seperti kebanyakan perpustakaan di dalam artikel ini, Perpustakaan KL TTDI menawarkan aktiviti seperti sesi bercerita, program cuti sekolah, teka silang kata dan permainan-permainan lain. Apa uniknya, perpustakaan ini juga menawarkan aktiviti kecergasan untuk kanak-kanak.

Yuran Keahlian: RM 6 (Pendaftaran), + RM10 (Yuran Tahunan)
Tempoh Pinjaman Buku: 3 buah buku untuk 2 minggu.
Waktu Operasi: Isnin (2 petang – 6.45 petang), Selasa – Jumaat (10 pagi – 6.45 petang), Sabtu & Ahad (10 pagi – 5 petang), Tutup pada Sabtu dan Ahad pertama dan Cuti Am
Alamat: Pusat Komuniti TTDI, Lot 31204, Jalan Athinahapan, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-7726 6310 / 03-7728 9244
Laman Web: My Library TTDI

5. Perpustakaan Awam Bukit Damansara

Perpustakaan ini wajar untuk tidak dilepaskan! Perpustakaan ini terletak di sebuah banglo dua tingkat yang agak besar di Damansara Heights, dengan tempat meletak kenderaan yang terhad. Bahagian kanak-kanak terletak di sebalik dinding dan pintu kaca, membolehkan ibu bapa untuk memerhati anak-anak dari jauh. Perpustakaan ini baru dibuka, jadi jangan terperanjat sekiranya anda ternampak beberapa rak buku yang kosong. Mereka menyediakan buku-buku di dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

Yuran Keahlian: Percuma
Tempoh Pinjaman Buku: 3 buah buku untuk 3 minggu.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 5 petang), Tutup pada Isnin dan Cuti Am
Alamat: No.9, Jalan Beringin, Damansara Heights, 50480 Kuala Lumpur.
Laman Web: PABD

6. Pusat Sains Negara

Perpustakaan Pusat Sains Negara terletak di tingkat tiga. Sekiranya anda baru pertama kali mendaftar, sebelum anda memohon keahlian perpustakaan, anda perlu untuk membayar yuran masuk RM6 seorang. Apabila anda sudah mendapat keahlian perpustakaan, anda boleh gunakan kad tersebut untuk mengunjungi keseluruhan Pusat Sains Negara, termasuklah perpustakaannya. Kebanyakan buku-buku di dalam perpustakaan ini terdiri daripada buku fakta, jurnal sains, buku-buku rujukan dan kamus, semuanya untuk tujuan pendidikan.

Yuran Keahlian: Kanak-kanak bawah 17 tahun (RM20 setahun), Dewasa 18 – 55 tahun (RM40 setahun)
Tempoh Pinjaman Buku: 3 buah buku untuk 3 minggu.
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9 pagi – 5 petang), Tutup pada Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Am
Alamat: Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, 50662 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-2089 3472
Laman Web: PSN

7. Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya, Puchong

Perpustakaan Majlis Perbandaran Subang Jaya menawarkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak. Mereka menyediakan ‘bilik mesyuarat’ untuk kanak-kanak – untuk kegunaan diskusi, sesi bercerita dan aktiviti-aktiviti lain. Mereka juga menawarkan pelbagai buku-buku dan komputer untuk dibaca dan digunakan. Buku-buku yang ditawarkan sesuai untuk semua peringkat umur dan dalam pelbagai bahasa seperti Cina, Inggeris dan Melayu. Perpustakaan ini tidak mempunyai banyak kerusi meja, tetapi mereka menyediakan lantai berkusyen untuk keselesaan anda.

Yuran Keahlian: Kanak-kanak 5 – 12 tahun (RM7 tahun pertama, RM5 tahun berikutnya), Dewasa 13 ke atas (RM17 tahun pertama, RM10 tahun berikutnya)
Tempoh Pinjaman Buku: 3 buah buku untuk 2 minggu.
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (9.30 pagi – 7 petang), Sabtu & Ahad (9.30 pagi – 5 petang), Tutup pada Isnin dan Cuti Am
Alamat: Persiaran Putri 1, Bandar Putri, 47100 Puchong.
No Telefon: 03-8062 7930 / 03-8065 1587
Laman Web: OCPS MPSJ

8. Perpustakaan Komuniti PJ

Perpustakaan Komuniti PJ mempunyai ruangan kanak-kanak di tingkat bawah dengan koleksi buku yang banyak. Buku-buku kelihatan lama dan tidak diselenggarakan dengan baik, tetapi mereka mempunyai pelbagai majalah pendidikan seperti Kuntum dan sebagainya. Mereka juga menjalankan aktiviti mingguan yang sering dikemaskini di papan kenyataan dan laman web.

Yuran Keahlian: RM31 tahun pertama, RM15 tahun berikutnya.
Tempoh Pinjaman Buku: 4 buah buku untuk 3 minggu.
Waktu Operasi: Isnin – Selasa (10 pagi – 1 tengahari & 2 petang – 5 petang), Jumaat (10 pagi – 12.15 tengahari & 2.45 petang – 5 petang).
Alamat: Lot 389, Jalan Selangor, Section 3, 46050, Petaling Jaya.
No Telefon: 03-7781 2775 / 03-7781 2790
Laman Web: MBPJ Library

9. Perpustakaan Playcentre

Perpustakaan Playcentre adalah sebuah perpustakaan kecil yang terletak di sebuah rumah banglo. Ia dijalankan oleh sukarelawan dan sebuah perpustakaan bukan keuntungan (NGO) yang diuruskan oleh sekumpulan ekspatriat di Kuala Lumpur. Mereka menawarkan buku sesuai untuk semua peringkat, dan buku-buku ini di dalam keadaan sangat baik. Mereka juga mengadakan kumpulan playgroup setiap hari Khamis untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun.

Yuran Keahlian: RM15 setahun (dan + RM1 untuk yuran pendaftaran).
Tempoh Pinjaman Buku: 2 buah buku untuk 2 minggu.
Waktu Operasi: Selasa (9.30 pagi – 4.30 petang); Khamis (9.30 pagi – 12.30 petang); Sabtu (2.30 petang – 4.30 petang); Tutup pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
Alamat: No. 18, Jalan 6/6, 46000 Petaling Jaya.
No Telefon: 03-7781 7813
Laman Web: Playcentre Library

10. Perpustakaan CLiC

Perpustakaan CLiC, terletak di Bandar Baru Sentul bakal menyebabkan anak anda ketawa riang dengan kawasan membaca yang berwarna-warni dan kusyen empuk, dan kawasan yang luas dan selesa untuk membaca. Perpustakaan di Sentul ini adalah salah satu perpustakaan cawangan Perpustakaan Kuala Lumpur (KL Library/PKL) di Sentul, di bawah pengurusan DBKL. Perpustakaan ini juga mempunyai makmal Chrome yang mengandungi 41 buah komputer riba sumbangan YTL Foundation untuk kegunaan kanak-kanak. Bilangan bahan bacaan fiksyen dan non-fiksyen yang banyak juga dilabel jelas pada rak buku.

Yuran Keahlian: Kanak-kanak bawah 12 tahun (RM6 setahun pertama), Dewasa 13 ke atas (RM16 setahun), Keahlian Seumur Hidup (RM150)
Tempoh Pinjaman Buku: 3 buah buku untuk 2 minggu.
Waktu Operasi: Isnin (2 – 6.45 petang), Selasa – Jumaat (10 pagi – 6.45 petang), Sabtu & Ahad (10 pagi – 5 petang), Tutup pada Sabtu dan Ahad pertama dan Cuti Am
Alamat: Bandar Baru Sentul, Level 2, Kompleks Perniagaan & Komuniti, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur.
No Telefon: 03-4041 0981
Laman Web: KL Library

11. Perpustakaan Komuniti Kurau

Perpustakaan Komuniti Kurau terletak di Lorong Kurau, Bangsar memberi clean spacious vibe dengan warna kelabu di dalam dan luar bangunan. Buku-buku yang disusun hias mengikut warna pelangi menjadi pemecah kebuntuan yang memberikan bangunan ini sedikit warna. Oleh kerana kebanyakan buku adalah dari sumbangan orang ramai, dan ada sedikit yang dibeli, terdapat campuran buku lama dan baru sesuai untuk generasi lama dan baru.

Yuran Keahlian: Percuma
Waktu Operasi: Selasa -Ahad (3 petang – 7 malam), Tutup pada Isnin.
Alamat: 45 Lorong Kurau, Off Jalan Tanduk, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Laman Web: L45

Like page The Vocket di Facebook