Nota Editor: Nota ini dicatat oleh Tuan Hasbul ‘Aqill, seorang usahawan dan CEO Majalah Niaga, semasa beliau menghadiri program The Journey, di bawah anjuran Generasi Bersatu Malaysia. Semoga kita sentiasa mewarisi nilai-nilai murni Tun Dr. Mahathir, agar negara kita menjadi semakin maju dan baik setiap hari.

 

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

11 Pesanan Tun Dr. Mahathir Mohamad Untuk Rakyat Malaysia

Sebentar tadi, saya dan tim Majalah Niaga telah dijemput untuk mengikuti program The Journey, di bawah anjuran Generasi Bersatu Malaysia yang menampilkan 3 ikon personaliti negara, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dato’ Kamaruddin Meranun (Dato’ Din Meranun), Dato’ Siti Nurhaliza.

Saya sempat menyalin perkongsian daripada Tun Dr. Mahathir di dalam nota kecil.

Jadi, ini sedikit sebanyak yang sempat saya catit untuk rujukan semua, sambil mendengar perkongsian daripada Tun M selama 45 minit:

1. Sewaktu kecil, saya membelanjakan wang yang diberi ibu bapa untuk membeli buku pada hari minggu. Saya banyak membaca buku berbahasa Inggeris, jadi sebab itu saya fasih Bahasa Inggeris.

mahathir-02
FB Hasbul ‘Aqill

2. Apabila kita buat banyak kali, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap. Jika anda banyak membaca, otak anda semakin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah daripada apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk berbelanja wang ringgit untuk dapat bacaan buku. Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan (wang ringgit), tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu).

3. Di seluruh Alor Star, banyak kedai Cina. Pekan Melayu, tetapi kebanyakan yang ada adalah kedai Cina. Saya tanya diri saya kenapa begini. Orang Melayu pada ketika itu menganggap berniaga itu hina. Dapat gaji adalah kerja mulia. Mudah kata, baru ada status. Saya rasa tak sedap hati. Majoriti orang Melayu masa itu adalah nelayan, rata-rata miskin. Kita perlu ubah mindset begini.

4. Semasa standard 4, Jepun serang Tanah Melayu. 3 tahun saya tak bersekolah. Masa itu saya hairan bagaimana Jepun boleh kalahkan orang putih. Sebab itu anda boleh lihat dimana Jepun sekarang berbanding kita.

5. Semasa Jepun kalah, British kembali semua ke Tanah Melayu. Kita orang Melayu, seronok sakan pula. British datang, kata mahu gubal cara pemerintahan, mereka rancang mahu asaskan Malayan Union, jadi tanah jajahan British. Maksudnya raja diturunkan pangkat, mereka berkuasa sepenuhnya terhadap undang-undang. Melayu marah, baru marah. Ketika isu itu melanda, saya berusia 20-25 tahun, saya bergerak aktif. Malam-malam saya tampal poster, protes terhadap British.

BACA: Tun Dr Siti Hasmah Kongsi Rahsia Kekal Cinta Dengan Tun Dr Mahathir Mohamed

mahathir
FB Hasbul ‘Aqill

6. Saya minat politik sejak remaja. Saya banyak bergerak dalam organisasi, persatuan-persatuan Melayu, NGO. Masa itu, orang tak nak dengar cakap saya. Katanya, budak kecil, budak kampung. Orang skeptikal. Sebab itu saya sambung belajar, ambil lawyer, ambil doktor.

7. Satu skil untuk jadi pemimpin. Tahu apa yang orang bawahan mahu. Anda buat, rakyat akan suka. Saya suka pemimpin yang boleh bawa orang dari bawah jadi orang berjaya. Pemimpin pertama saya kagum adalah Rasulullah S.AW (baca selawat). No 2, Peter The Great (Rujuk: Wikipedia), pemimpin dari Rusia. Ketiga, Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan.

8. Untuk buat apa-apa, buat dengan disiplin. Jika sekarang, saya perlu sampai pukul 4 ke sini (MMU Cyberjaya), saya akan sampai sebelum pukul 4. Dan saya buktikan pada anda hari ini.

9. Jangan ikut keseronokan. Macam contoh, orang kita sekarang suka jadi mat rempit daripada belajar di universiti. Dulu lain, dapat tawaran universiti, kita dulu melompat-lompat suka. Melayu sekarang perlu sedar. Tak rajin belajar ilmu baru, anda tidak akan berjaya.

mahathir-03
FB Hasbul ‘Aqill

10. Buat kerja dengan amanah, jujur. Dulu saya cipta slogan, “Bersih, Cekap, Amanah”. Kalau kita latih diri sebagai orang disiplin, jika kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih daripada negara maju yang lain.

11. Apa yang golongan muda boleh buat untuk negara. Jawapan: Kena kuasai segala-gala untuk keluarga, masyarakat, negara. Jika hasil tidak nampak sekarang, itu kerja Tuhan. Yang pastinya, insyaAllah hasil pengorbanan kita dahulu, anak cucu kita akan hidup senang-lenang. Begitu juga soal kemerdekaan, kemerdekaan negara pada hari ini adalah hasil pengorbanan daripada nenek moyang kita pada zaman mereka.

12. Soalan cepumas dari hashtag ‪#‎Thestory15‬: Apa masakan kegemaran yang Tun suka, hasil air tangan isteri tersayang, Tun Hasmah. Jawab Tun, “Erm, saya tak banyak sangat komen bab-bab makan ini. Saya makan sahaja apa yang ada. Cuma satu sahaja saya suka sangat, daging bakar cicah air asam.” Kata Tun M lagi sambil berseloroh, “Lepas saya beritahu saya suka makan ini, ramai pula bawa datang sediakan daging bakar bila saya melawat tempat mereka.”

BACA: Luahan Hati Mukhriz Ini Memberi Gambaran Sisi Sisi Lain Tun Mahathir. Dan Kami Sukakannya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram