Cubaan RAMPASAN KUASA (coup d’etat) atau lebih dikenali sebagai KUDETA oleh SEGELINTIR TENTERA yang berlangsung di Turkey baru-baru mengejutkan dunia.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Mengapa rampasan kuasa ini gagal dari sudut pengurusan persepsi (Perception Management). Berdasarkan laporan di media, ini yang dapat disimpulkan:

1. Kegagalan utama ialah dimana pihak rampasan kuasa gagal membuatkan rampasan kuasa itu nampak berjaya. Propaganda bagi menanamkan idea ke dalam minda masyarakat Turki bahawa rampasan kuasa itu berjaya tidak berlaku dengan efektif.

2. Jika rampasan kuasa ini gagal, rakyat Turki tidak mahu dilihat terlibat dengan pihak yang salah, lagi-lagi apabila telah diumumkan secara meluas bahawa rampasan kuasa itu gagal.

erdogan-2

3. Menurut Perdana Menteri Turki, Binali Yildrim, 265 orang terbunuh, tetapi nilai ini terlalu kecil dengan penggunaan tentera, kereta kebal dan jet pejuang. Fakta ini membuatkan rakyat melihat rampasan kuasa ini tidak cukup ‘gah’ untuk jadi realiti.

4. Rakyat yang menyokong rampasan kuasa tidak mampu berjuang habis-habisan. Pada hakikatnya mereka tidak mahu sebarang pertumpahan darah, oleh itu mereka akan lebih cenderung untuk berpihak kepada pihak yang menang.

5. Sekiranya ramai pemimpin yang terlibat dalam penggulingan kuasa berjaya mencipta persepsi bahawa Recep Tayyip Erdogan telah diturunkan kuasanya, maka ramai pihak yang rapat dengan Erdogan termasuk Intel akan berpaling tadah terhadap Erdogan.

6. Penggunaan perkataan penting dalam pengumuman bahawa rampasan kuasa itu gagal.

i. Rampasan kuasa gagal
ii. Sebilangan (seolah menggambarkan jumlah yang kecil) tentera terlibat dalam rampasan kuasa gagal.

7. Ramai yang masih atas pagar dan mereka ini akan berpihak kepada pihak yang menang kerana itulah kemenangan yang sebenar buat mereka.

8. Pihak rampasan kuasa sudah ambil alih sepenuhnya media seperti televisyen, radio dan internet. Mereka sepatutnya yakinkan rakyat bahawa penggulingan kerajaan telah berjaya, membuatkan orang ramai akan berpihak dengan pihak rampasan kuasa.

Baca: 20 Dosa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan Yang Dibenci Oleh Musuhnya

erdogan-1

9. Erdogan berjaya sampaikan mesej ke tv melalui Facetime. Pemimpin parti termasuk daripada parti pembangkang juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga menentang usaha rampasan kuasa.

Bukan setakat itu sahaja, Erdogan berjaya menyampaikan mesej kepada imam-imam masjid supaya menggunakan pembesar suara bagi menyampaikan amanat kepada rakyat. Penggunaan media sosial dilakukan secara efektif sepenuhnya.

10. Pihak rampasan kuasa gagal menggunakan media yang dikuasai sepenuhnya. Tiada kenyataan yang jelas dari pihak penggulingan kuasa. Ini membuktikan pihak rampasan kuasa mempunyai chain of command  yang lemah dan penggunaan media yang kurang efektif.

11. Pihak rampasan kuasa gagal mencipta persepsi bahawa rampasan kuasa telah berjaya dan ini menyebabkan mereka gagal meraih sokongan pihak tentera yang tidak terlibat.

Penggunaan media baru terutama sekali media sosial ini dapat mempercepatkan sesebuah ideologi untuk ditanam dalam minda orang ramai dan masyarakat.

Dalam isu ini, ia lebih kepada teknik propaganda dan usaha mendapatkan hati dan minda masyarakat supaya semua mengikut kehendak yang telah ditetapkan.

Baca lagi: 10 Salah Lapor Memalukan Oleh Media Barat Tentang Cubaan Rampas Kuasa Di Turki

Artikel di atas disumbangkan oleh Muhammad bin Kamarulazizi. Pengasas Kindness Malaysia. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group