Pertama sekali ini adalah pendapat peribadi saya sendiri. Dan segala yang berlaku ialah dengan ketentuanNya dan tanpa izin Allah semua takkan berlaku.

Boleh jadi Allah menjemput kalian dan memudahkn urusan kalian kerana sayangkn kalian. Dan memberi seribu satu dugaan kerana sayangkan kalian juga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi ini sekadar pendapat dari pemerhatian saya bukan untuk menakutkn anda. Saya juga pernah ber-backpack di sini. Jika anda sudah datang berkali-kali OK lah. For first timer, tidak kot.

11 sebab mengapa saya rasa backpack umrah dah tak relevan. Banyak lagi tapi saya sibuk untuk tulis panjang lagi. Tapi anda boleh tanya jika ada sebarang pertanyaan. InsyaAllah saya boleh tolong jawab.

1. Kepala kusut.

Apabila backpack anda kena uruskan sendiri segalanya. Kadang-kadang memeningkn kepala. Dengan pakej semua disediakan. Anda boeh berlapang dada dan fokus dengan ibadah.

2. Visa.

Kerajaan Saudi telah mengetatkan proses visa. Kementerian Pelancongan Malaysia telah menetapkan bahawa travel agent umrah tidak lagi dibenarkn menjual visa sahaja. Mesti mengambil mana-mana pakej. Bukan untuk untung tetapi keselamatan. Nanti saya terangkan.

3. Muhasasah.

Muhasasah ialah sebuah company atau agent yang akan menguruskan anda di sini. Jangan silap faham di antara mutawif dan muhasasah.

Skop kerja muhasasah ialah menjaga hal kebajikan anda di sini. Head to toe. Dari proses visa bermula sehingga anda selamat pulang.

Sakit ke, hilang ke, sesat ke, makan ke, tidur ke, semua muhasasah yang bertanggungjawab.

4. Kebajikan dan keselamatan.

Seperti yang saya nyatakan di poin nombor 3. Jika anda sakit muhasasah akan uruskan hospital anda, extention of visa etc. Banyak saja kes sakit atau kemalangan dan tak tahu waris. Passport hilang. Tak tahu warganegara apa.

Maka tersadailah anda di situ sehingga ada pihak yang boleh mengesahkan anda rakyat Malaysia. Jika anda tidak sedarkan diri di ICU? Bayangkanlah. Malang tak berbau.

5. Bahasa.

Jika anda fasih berbahasa Arab saya yakin juga anda akan selamat. Jika tidak saya tak berani jamin. Memang benar ada yang boleh berbahasa English tetapi jumlahnya sangat sikit.

Dan jika anda dilihat tidak boleh berbahasa Arab, potensi untuk anda ditipu sangat tinggi. Jangan ingat Tanah Haram tempat suci tiada jenayah dilakukan. Tetapi sentiasalah bersangka baik.

6. Tiada ketetapan.

Ketahuilah bahawa kerajaan di sini mempunyai sistem yang berubah-ubah. Dan sentiasa berubah. Boleh jadi hotel yang anda pergi tahun lepas sudah tiada.

Boleh jadi di airport dulu macam ini. Sekarang macam ini. Semalam macam ini. Hari ini lain pula. Dan sebagai warga asing kita tidak mampu untuk berkata apa-apa.

7. Mutawif

Mutawif ialah orang yang akan lead anda. Dan selalunye semasa ziarah akan menceritakan sirah-sirah nabi. Pergi backpack boleh juga ziarah dengan taxi tapi sekadar ambil gambar sajalah. Penghayatan itu tiada.

8. Ini umrah bukan melancong.

Selalu orang terbawa-bawa semangat nak melancong ketika umrah. Nak gambar sana sini. Nak tengok sana sini. Tak pergi sana, pergi sini. Tapi pengertian kenapa anda melakukan umrah tiada. Ini adalah sangat merugikan.

9. Ingat di mana anda berada.

Saudi bukan seperti negara yang anda pernah backpack sebelum ini. Jangan ingat anda survive half globe anda boleh survive di sini.

Percayalah. Saya telah menetap di sini agak lama. Seluruh pelusuk Saudi telah saya kunjungi. Negara Saudi sangat berbeza dari segala aspek.

Setiap daerah berbeza-beza. Custom dan budaya juga berbeza. Jeddah tak sama Riyadh. Mekah tak sama Madinah. Dan begitulah seterusnya. Tapi Alhamdullillah dengan izin Allah anda akan selamat. Banyak-banyakkan bersyukur.

10. Kursus umrah dan fadilat umrah.

Rata-rata yang datang dengan backpack tidak ambil pusing tentang ini. Islam itu mudah tapi jangan ambil mudah. Pantang larang ihram nampak senang tapi jika tak sedar kita dah kena dam.

Dengan pakej anda datang secara berkelompok. Jadi boleh ingat-mengingati. Boleh bantu sama lain. Terlanggar pantang larang ihram ada mutawif boleh rujuk. Boleh tolong tetapkan dam untuk anda bayar.

Kalau pergi sendiri kekadang dah terlanggar pun tak sedar. Dah sedar pun letak hukum sendiri kata “OK je sebab tak sengaja”. Teruskan perjalanan. Ragu-ragu pun yakinkan hati its ok. Tak boleh macam itu. Jangan ambil mudah. Ada mutawif boleh rujuk. Boleh uruskan bayaran dam dengan segera.

11. Hotel untuk backpackers jauh bak hang.

Untuk yang muda OK lah. Yang tua kesian. Ini sahaja. Tetapi seperti yang saya katakan, boleh jadi urusan anda dipermudahkan. Ini semua dengan izin Allah.

Untuk negara lain saya tak pernah ambil pakej. Saya memang gemarkan mengembara secara budget. Tetapi tidak saya suggest-kan untuk umrah.