Bulan Ramadhan sememangnya di nanti-nantikan oleh ummat Islam saban tahun. Pelbagai ganjaran dan pahala di janjikan sepanjang bulan menjadikan bulan ramadhan ini bulan tumpuan bagi Ahli ibadah dan juga pencinta amal kebajikan. Perkembangan teknologi yang pesat sememangnya amat membantu aktiviti seharian. Apa yang lebih mudah, terdapat inisiatif daripada beberapa pihak yang mahu memudahkan urusan anda ketika di bulan Ramadhan.

Berikut merupakan 11 startup daripada Malaysia yang bakal memudahkan urusan anda di bulan Ramadhan. Ya, kami benar-benar maksudkan mudah urusan dimana bukan sahaja startup ini menawarkan pengkhususan ibadah, malah mencari resepi dan pakaian juga lebih mudah.

  1. Servis Hero

13329569_1075899995782773_2821243139261661881_o

Kami mulakan dengan startup yang telah kami ceritakan sebelum ini di dalam artikel ini. Tak dinafikan agak sukar buat mereka yang tidak pernah melakukan rutin jika tidak diamalkan pada bulan-bulan yang lain. Apa yang lebih berat, ketiadaan orang untuk anda kejutkan sahur kemungkinan membuatkan anda bakal terlepas pahala bangun bersahur.

ServisHero peka dengan masalah ini dan nampaknya tampil dengan sebuah solusi dimana mereka akan mengejutkan anda pada pukul 5 pagi setiap hari sepanjang bulan Ramadhan. Awesome bukan? Nak tahu apa yang lebih awesome? Servis ini ditawarkan secara percuma buat pengguna.

Buat anda yang berminat, masih belum terlambat untuk anda mendaftarkan diri anda di sini.

2. Quran Companion

quran-companion_00

Tidak asing lagi buat umat Islam berebut mengejar pahala di dalam bulan Ramadhan ini. Apatah lagi dijanjikan pahala yang berganda. Quran Companion merupakan sebuah lagi startup tempatan yang bakal membantu anda mengkhatam Al-Quran di dalam masa yang ditetapkan. Tidak kira anda seorang seorang yang sibuk atau tidak, Quran Companion bakal membantu anda menyiapkan jadual serta beberapa fungsi interaktif buat pengguna.

3. PeaceBeUponYou

Screen_Shot_2016-06-09_at_9

Pernahkah anda impikan sebuah aplikasi yang bakal memberikan info interaktif tentang Agama Islam termasuk soal jawab? Segalanya bakal tersedia melalui aplikasi PeaceBeUponYou yang dibangunkan oleh MadCat ini.

Dapatkan perkongsian daripada PeaceBeUponYou dengan memuat-turun buat telefon pintar Android melalui pautan ini.

4. Malaysia Qibla & Find Mosque

Tidak lengkap jika sekadar melakukan ibadah puasa tanpa melengkapkan solat 5 waktu pada setiap hari. Buat anda yang kerap bermusafir dan kemungkinan sukar untuk mencari masjid terdekat apabila tiba waktu, aplikasi ini bakal membantu anda sebaiknya. Selain itu, aplikasi ini juga disertakan dengan qiblat bagi memudahkan umat Muslim melalukan solat.

Dapatkan aplikasi ini di Google Play di sini.

5. Hijabforgood

Buat muslimah diluar sana, pastinya bulan Ramadhan menjadi bulan dimana anda perlukan kelengkapan pakaian yang lebih. Bukan sahaja menjual hijab, malah hijab buat kanak-kanak serta surah yasin juga boleh didapati Hijab For Good dengan harga yang berpatutan.

Syarikat ini juga mengambil inisiatif untuk menawarkan kelas menjahit bersama-sama anak-anak asnaf. Apa yang lebih menarik, segala untung daripada daripada Hijab For Good bakal disalurkan kepada meraka yang memerlukan. Dapatkan maklumat lanjut mengenai kerja kebajikan mereka melalui pautan ini.

 

6. Zakat Malaysia

Screen Shot 2016-06-10 at 2.54.45 PM

Jangan terkejut jika saya katakan Zakat Malaysia juga mempunyai aplikasi tersendiri. Aplikasi ini bakal membantu anda untuk mendapatkan informasi tentang zakat di Malaysia. Turut serta, tempat-tempat untuk anda menunaikan ibadah zakat.

Dapatkan aplikasi Zakat Malaysia di sini.

7. FlipIt

Screen Shot 2016-06-10 at 2.59.56 PM

Inginkan kupon diskaun pada bulan Ramadhan? Dapatkannya di FlipIt. FlipIt merupakan sebuah laman web dimana anda boleh dapatkan pelbagai kupon diskaun. Oh ya, syarikat-syarikat besar seperti Foodpanda, Zalora, Uber dan FashionValet juga tersenarai untuk anda mendapatkan kupon diskaun.

Tunggu apa lagi, mungkin ini masanya untuk anda bergaya dengan harga yang lebih jimat.

8. Islamic Tunes

04bb388515c0e0558832ef3aba0cf5fe

Islamic Tunes menawarkan hub hiburan secara islamik buat semua pengguna. Bukan sahaja menawarkan muzik dan rancangan islamik, malah e-book dan catatan sastera juga disediakan. Buat anda yang berminat dengan hub hiburan islamic, Islamic Tunes adalah jawapannya. Sesuai diperdengarkan sepanjang bulan Ramadhan.

9. Foodbits

foodbits5

Aplikasi terbaik buat anda yang mahukan idea untuk berbuka. Pemilihan resepi yang banyak serta sihat menjadi keutamaan Foodbits. Penggunaan bahan-bahan yang Halal membuatkan Footbits ini sesuai untuk anda gunakan sebagai rujukan. Jika anda malas untuk bersesak membeli juadah berbuka di bazar ramadhan, Footbits adalah altenatif terbaik.

10. Kevin Zahri – Cikgu Fitness Malaysia

Screen_Shot_2016-06-10_at_3

Kevin Zahri. Nama yang tidak asing lagi di Malaysia mengenai cara penjagaan makan dan fitness. Di bulan Ramadhan ini, Kevin Zahri kerap berkongsi artikel tentang bagaimana untuk bersenam dengan cara yang betul dan efektif di bulan puasa. Kevin Zahri juga ada menyediakan ebook di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengenai ’20 Tip Kurus Ramadhan’.

Buat anda ingin kelihatan lebih kurus dan berkeyakinan di bulan Ramadhan ini, ini adalah cadangan terbaik daripada kami.

11. Panduan Ramadhan

Screen Shot 2016-06-10 at 3.49.14 PM

Jika masih ada tanda tanya mengenai sebarang perkara di bulan Ramadhan, Panduan Ramadhan adalah jawapannya. Secara asasnya, aplikasi ini akan memberi info yang menyeluruh mengenai amalan-amalan yang boleh dilakukan serta yang perlu dihindarkan sepanjang bulan Ramadhan. Perkongsian daripada Hadis dan Quran bakal memberi anda kefahaman yang lebih lagi tentang ibadah yang dilakukan.

Dapatkan Panduan Ramadhan di Google Play melalui pautan ini.

Adakah anda mempunyai cadangan aplikasi lain yang perlu kami tambah? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.

Semoga dengan perkongsian aplikasi-aplikasi ini bakal memberi anda kemudahan sepanjang Bulan Ramadhan serta bakal membantu anda merapatkan hubungan sesama makhluk dan tuhan. Selamat Berpuasa kami ucapkan daripada The Vocket.