Menyebut tentang aplikasi 11street, kami yakin anda cukup kenal dengan platform e-commerce yang terkenal ini. Berjaya menjadi antara pilihan pengguna di Malaysia, telah memberikan peluang buat platform ini untuk melebarkan sayap mereka selepas berjaya menerima suntikan dana sebanyak RM90 juta daripada PUC.

Dana yang diterima bakal disalurkan melalui beberapa fasa yang berbeza dimana RM40 juta bakal ditawarkan secara berkala sehingga akhir Julai tahun ini. Baki RM50 juta lagi daripada hasil pelaburan bakal ditawarkan sekiranya berjaya mendapat persetujuan daripada ahli lembaga pengarah yang bakal disalurkan selewatnya akhir Ogos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
CEO 11street Malaysia, Hoseok Kim

Berdasarkan suntikan dana yang diterima, kini 11street Malaysia dinilai dengan nilai mencecah RM375 juta. Melalui hasil pelaburan yang dibuat, dana yang disalurkan bakal membuka peluang untuk 11street menjalankan pengiklan dengan lebih rancak lagi bagi meningkatkan jumlah pengguna.

Selain itu, sebahagian daripada dana tersebut bakal turut dimanfaatkan melalui e-wallet 11street yang dikenali sebagai Presto.

1

Mengulas dari segi perkembangan, 11street Malaysia dikatakan telah meningkat sebanyak 300% dari penjualan bermula 2015 sehingga 2017. Selain itu, platform e-commerce ini juga telah menawarkan lebih banyak barangan dimana sebanyak 13 juta barangan telah direkodkan sehingga kini melibatkan 40,000 penjual berdaftar.

Sumber