Sudah menjadi lumrah buat manusia untuk menjamah makanan atau minuman yang enak dan dilihat mengiurkan. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila wanita ini mendedahkan beliau sudah 11 tahun ‘ketagih’ untuk makan sabun serbuk.

Menerusi perkongsian TikTok @zakiraaa.4, beliau mengakui mempunyai tabiat yang pelik apabila mencium bau sabun yang wangi di mana beliau cenderung untuk memakannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@zakiraaa.4

♬ suara asli – Elvis Trajabitu – Elvis Trajabitu

Perkongsian yang dibuat jelas menarik perhatian netizen selepas beliau mahu mendapatkan tip daripada orang ramai cara-cara untuk beliau menghentikan tabiat tidak sihat itu.

Bukan itu sahaja, para netizen juga nyata terkejut apabila terdapat manusia yang mempunyai selera yang aneh seperti memakan sabun serbuk. Terdapat netizen yang mempermainkan beliau namun tidak kurang juga netizen yang mencadangkan agar beliau bertemu dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Beliau yang menerima permintaan daripada netizen untuk membuat video memakan sabun ini turut tampil dengan sebuah lagi video dalam menceritakan bagaimana ‘ketagihan’ beliau bermula.

Difahamkan tabiat memakan sabun beliau itu bermula sekitar 11 tahun lalu di mana beliau sangat suka dengan haruman bau sabun serbuk yang digunakan untuk membasuh baju.

Gara-gara terlalu suka, beliau pada ketika itu memilih untuk mencuba memakan sabun serbuk atas alasan ingin mengetahui lebih lanjut. Menerusi perkongsian, beliau pada mulanya berasa agak pelik dengan rasa sabun serbuk tersebut, namun lama-kelamaan beliau seolah sangat selesa dengan gemar untuk memakannya.

@zakiraaa.4

Please la jangan kecam i , i try untuk berhenti 🙏🏻

♬ original sound – 🦋 – ieraa 🦋

Wanita ini menerusi perkongsian turut meminta orang ramai agar tidak mengecam beliau memandangkan beliau juga sedang dalam usaha untuk berhenti daripada tabiat aneh beliau.

Untuk pengetahuan, tabiat memakan perkara aneh ini turut dilabel sebagai pica disorder di mana seseorang manusia ini cenderung untuk memakan bahan bukan makanan seperti kertas, kaca, batu dan sebagainya.

Tular pada minggu lalu apabila penyanyi yang tular dengan lagu Sikok Bagi Duo ditahan pihak narkotik kerana didakwa mempromosikan dadah.

Dakwa ‘Promosikan’ Dadah, Penyanyi Lagu Tular Sikok Bagi Duo Ditahan Pihak Narkotik

Berang Baju Dibida Harga Rendah, Penjual Ini ‘Sekolahkan’ Pembeli Dengan Koyak Baju Secara Live